Assalam,
Hujan tak henti henti pada hari Sabtu 19/11/2011. Kerja kerja di luar ada yang terpaksa di tangguhkan.
Waktu pagi oleh kerana tak dapat tidur saya duduk di office SAO dan ketika chief cook masok beliau terkejut. So kita sembang sembang. Saya fikir beliau tak akan mabuk laut memandangkan sudah sekian lama bekerja di kapal. Tetapi ada ketika dan masa nya pun masih juga terasa kata beliau. Bila ombak kuat mereka tak akan dapat memasak untuk anak anak kapal. Anak anak kapal cuma makan makanan dalam tin saja - benda yang kering seperti roti dan sebagainya.
Beliau kemudian bercerita bahawa pernah masa ombak kuat ketika tengah menghidang telur dadar, disebabkan di lambung ombak yang kuat, telur itu terhumban ke dinding.
Kita juga sembang sembang dengan SAO. Beliau pernah merasai ketika typhoon melanda dimana kapal menjunam 45 darjah. Bla lihat ke bawah ianya lautan, bila kapal tu naik balik, nampak bulan di langit. Ketika itu beliau sebagai chief cook sekitar tahun 2000. Periuk belanga di galley (dapor) yang sudah siap dengan makanan terhumbang dan berterbangan ke lantai. Beliau sendiri terhumban ke bawah dapur dimana food mixer juga turut terjatuh dan menghala ke arah beliau. Of course, mestilah beliau menyelamatkan diri.
Pernah juga ketika menghidang kapten di waktu itu, belum pun sempat beliau menyedok untuk di simpan ke pingan kapten, makan itu sendiri tumpah ke pingan. Dan jika kapten tidak cepat cepat memegang pingan makannya, alamat jatuh ke lantai lah makanan itu. Cerita ini membuat kita gelak walau masa itu kita rasa agak mual sedikit. Katanya obat untuk mabuk laut ialah minum coke. So kita turun ke Deck 1 untuk mengambil coke. Alhamdulillah bila angin keluar, terasa sedap juga.

Pernah juga beliau mabuk laut masa mula mula bekerja sebagai chief cook sehingga berbaring di lantai tempat makan. Beliau bercerita penuh semangat dengan gaya gaya nya sekali membuat kita gelak kerana begitu lucu.
Anak anak kapal semua nya mesra. Tak lokek berkongsi pengalaman. Semuga mereka sentiasa dalam perlindungan Allah dalam pelayaran mereka.
Anak anak kapal semua nya mesra. Tak lokek berkongsi pengalaman. Semuga mereka sentiasa dalam perlindungan Allah dalam pelayaran mereka.
No comments:
Post a Comment