Sunday, November 13, 2011

Ketika Berlabuh

My cabin (room) - door to the left is toilet; door to the right is sitting/living room 

Living room in my cabin
 
13 Nov 2011 - Sunrise
 Assalam,

Sabtu 12hb Nov 2011.
Bertolak dari rumah 1525. kita menunggu di pintu hingga 1615.  Setelah melepasi sekuriti, kami menaiki van untuk ke jeti.  Pada waktu 1640 kami menaiki train sepanjang 4.44km untuk ke tanker Belanak yang memakan masa 20 minit.

Kami di bawa naik tangga hingga sampai ke tanker Belanak dan terus naik sehingga ke bilik captain yang bernama Capt. Shahid Maqsood.  Kami di hendaki mengisi borang borang tertentu.  kami di jamu dengan minuman sejuk kerana terasa penat juga selepas menaiki tangga demi tangga.  Kapal ini ada 6 deck. Selepas mengisi borang, kami di bawa ke cabin masing masing di mana nama kami tertera di dinding.  Bilik kami bersebelahan captain.

Kami diberitahu waktu makan malam jam 1800.  Makanan nya buffet iaitu sup sayor, ayam kurma, daging tak ingat masak apa, ikan masak masam manis dan buah buahan kerana chief cook pergi shore leave (turun kapal buat beberapa jam jumpa famili.  Mereka mesti berada dalam kapal sebelum 2100).  Boleh tahan.  Teman saya SSP cuma makan nasi dengan sup sayor kerana beliau vegetarian.  Selepas makan kami sempat melihat matahari terbenam.  Sungguh menakjubkan.

Malam nya saya tidor jam 2100....tapi tak juga dapat melelapkan mata.

Sehingga berjumpa lagi......

 

No comments:

Post a Comment