Sunday, November 6, 2011

Nasi bungkus


Assalam,

Beberapa minggu ini begitu padat sekali di mana anak anak menduduki peperiksaan akhir tahun, tusyen yang tak pernah susut, dan kerja yang tak habis habisnya. Tolak dari rumah 6.30 malam lepas maghrib, balik rumah paling akhir 9.30 malam. Bila tiba kat rumah waktu dah lewat, makan malam memang kekadang tak makan langsung.  Cuma holik panas pengalas perut sebelum tidor.  Letih sekali.

Minggu ini disebabkan terlalu penat agaknya, kepala berdenyut denyut sehingga masa menunggu anak balik tusyen ketika dalam kereta tangan ini mengurut diri sendiri.  Alhamdulilah, terasa ringan sikit kepala.

Ada beberapa kali, pernah perut terasa lapar.  Tetapi maha suci Allah, bila sampai ke masjid, ada orang sedekah nasi bungkus dan minuman.  Selepas isyak sementara menunggu anak anak, saya makan dalam kereta.  Begitu lazat sekali dan nikmatnya!  Ini lah nama nya rezeki Allah.  Sebelum bertolak dari rumah, memang ada terasa lapar.  Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui.

Sesunggunhnya Allah mengetahui apa yang tersirat di hati.

Terima kasih Allah kerana sentiasa memerhatikan aku.






No comments:

Post a Comment