Showing posts with label Japan. Show all posts
Showing posts with label Japan. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Approaching Sodegaura

Assalam,

Ahad, 21hb November 2011

Awal pagi lagi bangun sekitar jam 0400.  Nampak di kanan kiri ada lampu neon tapi masih dikejauhan.  Tepat jam 0530 kapten tekan butang "standby" to have manual control of the ship.  Ketika itu kapal berlayar dikelajuan 10.8knots iaitu 20km/jam.

0612 melepasi Su-no Saki lighthouse.  Tapi Gunung Fuji setinggi 3775m tak kelihatan kerana di tutupi oleh awan.  Sayang sekali!!

0700 kita melepasi Tateyama Wan (wan erti nya bay), Minami Basa dan Uki Shima.  Pics di bawa adalah gambar ketika memasoki bay to Sodegaura, Japan.


Aft side of the ship (belakang) - tali putih di ikat bagi preparation for berthing nanti

Sunrise on at 5.36am 21/11/2011

Land at last with sunrise 21/11/2011



passenger ship
 
tug boat carrying harbout pilot
 
War ship
 
boats in white are the fishing boats

Kapten berkata di hari biasa selalunya kawasan ini penuh dengan kapal ikan. Tapi bagi saya bila melihat kapal kapal yang besar, tongkang, kapal perang, kapal nelayan yang kecil, kapal container kereta dan sebagainya, sungguh menakjubkan.  Tak pernah saya melihat kapal begitu banyak sekali.  Seperti airport di London di mana runaway nya every minit mesti ada kapal terbang yang mendarat atau berlepas.  Kita nampak di kejauhan satu statue besar berwarna putih (pagoda perempuan berpakaian traditional).  Boleh di katakan statue of liberty orang Jepun lah tu.  Rupanya patong itu bagi orang jepun di percayai sebagai The God of Mercy (ini kami dapat tahu dari hotel staff ketika sarapan pagi).

akan bersambong......


Thursday, March 29, 2012

Abandon Ship Drill

Assalam,

Tuesday 15th November 2011



Chief Engineer Gordon at his desk next to it is his room

Chief Engineer Gordon with SSP - talking about the budget, Refit

Pagi ini bersarapan dengan mee goreng mata lemba, tomato omelete dan sausage, jus mangga dan teh.  Chief cook nya bila memberi kita makan, waduh...banyak sekali.  Tak abis.  Kita minta sikit, masih juga banyak.  Bila kita duduk makan dengan captain dan officers nya, mereka akan menghabiskan makanan mereka.  Dari cerita Chief cook, rata rata mereka yang makan di sini mesti licin pingan nya.  Walau pun mereka pernah mempunyai captain perempuan, masih juga licin pingan tu.  Barangkali penat bekerja....

Today, we have session with the chief enginner Gordon in the morning at 0900.  we finished at 1000.  He is basically the person in charge of the ship budget, maintenance of the bridge deck, spare parts, fuel oil.  On a monthly basis he will make order for the ship requirements.  They have agents who help them with the ordering of spare parts and consumables both in Japan and Lumut as well as to transport people on shore leave.  They have the PTW being discussed in the daily workplan before execution of the work.

During the voyage lumut-Japan-Lumut, the ship uses about 2% to 3% of boil of gas.  Only when loading and off loading they use 50/50 i.e. boil of gas and bunker fuel.  The tank of B class can hold 75000m3 of gas.  On reaching Japan, while off loading; seawater will be pumped into the ballast tanks to ensure the tanker does not tilted.  On the way back to Lumut, they have about 1000m3 of gas to cool the tanks.  The measurement at Lumut was called gaging.  One measurement was taken before loading and another one after loading to determine how much quantity is in the cargo tank.  From Lumut to Japan it takes 2400miles.

Afternoon around 1330 we go to the engine rooms with chief engineer from Flat 3 to bottom (that is 4 floors). We were brought to Deck 1 first to see the inspection work activity done by the crew on the lifeboat.  The lifeboat can accommodate 45 crew.  The inspection is done weekly and every three months the lifeboat will be lowered to the sea.  We then went to the engine control room at Flat 3.  Here we were briefed that the ship needed 10tons of water for domestic used e.g. drinking, shower, toilets, galley etc.  The ship also requires 13tons of distilled water for the turbines to run electricity for the ship.  All waters for ship are from the sea and processed accordingly on the ship.  We went to see the boilers, worshop, furnance, rudder, burners, steering gear which is attached to rudder.  We come to know that the B Class are built by France in 1975 and were called the G ship. Belanak was called Gauldia.  From 1986 till present, they become the B Class. 

We also heard from C/E that there was a test run at full speed i.e. at 100rpm (revaluation per minute) from 1100 to 1300 Tue.
  
1520 hours we gathered at the bridge for the "Abandon ship drill".  We then moved to upper deck to our muster point.  We had to wear full PPE with life jacket and brought the immersion suit with us.  At 1530 hours, we heard the alarm with 7 shorts and 1 long.  The C/O (chief officer) proceed with the drill by instructing some of the crews who has the duties to lower the liftboat halfway.  Then they  restore it back to original position.  All new joiners like us were to put on the immersion suit so that we know what to do when the real abandon ship occurs.  Unfortunately, as upper deck is outside, we can't take pictures.  We did take some at the accommodation on deck 4.  We finished the drill by 1600.

From 0800 Tuesday, we were still passing through the Luzon island of the Phillippines.



Tuesday, November 29, 2011

Tahun Hijrah 1433 - 2011

Assalam,

Penerbangan dari Jepun ke Singapore memakan masa 7 jam 45 minit.  Dari Jepun sudah bertanya kepada keluarga tarikh awal Muharam dimana bermulanya tahun baru hijrah.

Alhamdulillah sampai Singapore jam 1255 tengah hari  dan terus transfer desk tetapi belum buka lagi. Cari bilik solat lepas tu jalan jalan tengok tengok kedai buku, kedai ubat dan sebagainya.  

Jam 1800 ke counter transfer desk, setelah selesai saya ke bilik solat menunggu maghrib.  Sebelum tu baca doa akhir tahun.  Saya bersyukur sangat sangat masa duduk menunggu maghrib, sudah ada kaki tangan lapangan terbang yang juga menunggu waktu solat. Dalam hati agaknya mereka pun menunggu untuk membaca doa awal tahun hijrah.  Terima kasih Allah kerana permudahkan segala nya.

Lepas solat, saya cuba telipon bekas kawan sekolah yang menetap di Singapore.  Kali ini dapat.  Cerita punya cerita, rupaynya ayah beliau kena stroke 2 bulan lepas dan sudah di operasi.  Sampai jam 2000 saya ke lounge.  Lepas minum dan makan saya turun ke gate F54 sambail sambil tu sempat juga membeli sedikit oleh oleh.

Kapal terbang sampai ke destinasi tepat jam 2400 tengah malam (flight delayed by half an hour) terus ke kereta yang menunggu.  Kata driver ada 2 orang lagi yang ikut sama.  Rupanya yang dengan balik satu kereta pun orang orang yang di kenal juga.  Cerita punya cerita rupanya dia yang jadi imam masa solat maghrib di bilik solat di Changi airport.

Terasa betul betul bahawa Allah maha pengasih dan penyayang kerana menolong hamba NYA.  DIA permudahkan semua urusan juga amal ibadat kita.  Saya bersyukur atas nikmat MU ya Allah.

Friday, November 25, 2011

uniknya Japan



tu button untuk toilet
Assalam,

pertama kali menjejaki ke negara matahari naik, saya begitu teruja.  Ketika sampai, ia musim autumn. Terasa begitu sejuk bagi saya.

Yang unik nya di Jepun adalah, bila saya ke mana mana restaurant, cara hidangan begitu unik  sekali.  setiap hidangan di hias begitu cantik sekali dengan cawan, pingan yang unik unik dan kecil sizenya.

Tempat parking pula pun lain dari yang lain.  Bila datang ke tempat parking, kerita akan berpusing dan tanpa di pandu, ianya membelakang dan masok ke garage seperti container.  Gambarnya nanti di sertakan.

Yang paling unik sekali bagi saya ada lah bila ke bilik air.  Masok saja, tempat toilet seat naik dengan sendirinya.  Bila duduk, terasa lega kerana toilet seat nya heated.  Tidak seperti ketika saya di Uk dulu bila duduk saja kadang nak melompat disebabkan toilet seat nya terlalu sejuk.  Lebih lebih lagi air untuk membersihkan diri lepas buang air kecil dan besar.

Di Jepun, bukan lagi heated toilet seat, bahkan ianya complete dengan bidet, spray untuk mencuci selepas buang air kecil atau besar dan airnya air suam bukan air sejuk.  Bila kita dah selesai, dengan sendirinya ianya flush sendiri.  Tapi ada tempat tempat lain tak ada auto flush.  Yang seronoknya bilik air nya bersih.  Saya rasa lebih bersih dari tempat tempat yang pernah saya kunjungi.  Sila tengak gambar yang disertakan.  Tanda tanda untuk bilik air perempuan dan lelaki pun unik.  Untuk lelaki ada tanda ikan jerung sementara untuk wanita ikan emas. 

Di jalan raya pun tak ada sampah yang berselerak.  Ini di Tokyo lah yang saya nampak.  Tong sampah pun tak tau di mana.  Ini kerana bila kita balik akhir dan kena naik keretapi selamat satu jam, kita membeli makanan untuk makan malam dan duduk di stesen keretapi.  Pusing pusing kita cari tong sampah, tak jumpa juga.  Dah tu pikir bila menunggu keretapi datang mungkin ada tong sampah, tak ada juga.  Kita bawa balik hingga balik ke hotel.  Ada ada saja.

Monday, November 21, 2011

Masa sembang....

Assalam,

Hujan tak henti henti pada hari Sabtu 19/11/2011. Kerja kerja di luar ada yang terpaksa di tangguhkan.

Waktu pagi oleh kerana tak dapat tidur saya duduk di office SAO dan ketika chief cook masok beliau terkejut.  So kita sembang sembang.  Saya fikir beliau tak akan mabuk laut memandangkan sudah sekian lama bekerja di kapal.  Tetapi ada ketika dan masa nya pun masih juga terasa kata beliau.  Bila ombak kuat mereka tak akan dapat memasak untuk anak anak kapal.  Anak anak kapal cuma makan makanan dalam tin saja - benda yang kering seperti roti dan sebagainya.

Beliau kemudian bercerita bahawa pernah masa ombak kuat ketika tengah menghidang telur dadar, disebabkan di lambung ombak yang kuat, telur itu terhumban ke dinding.
Kita juga sembang sembang dengan SAO. Beliau pernah merasai ketika typhoon melanda dimana kapal menjunam 45 darjah.  Bla lihat ke bawah ianya lautan, bila kapal tu naik balik, nampak bulan di langit.  Ketika itu beliau sebagai chief cook sekitar tahun 2000. Periuk belanga di galley (dapor) yang sudah siap dengan makanan terhumbang dan berterbangan ke lantai.  Beliau sendiri terhumban ke bawah dapur dimana food mixer juga turut terjatuh dan menghala ke arah beliau.  Of course, mestilah beliau menyelamatkan diri.

Pernah juga ketika menghidang kapten di waktu itu, belum pun sempat beliau menyedok untuk di simpan ke pingan kapten, makan itu sendiri tumpah ke pingan.  Dan jika kapten tidak cepat cepat memegang pingan makannya, alamat jatuh ke lantai lah makanan itu.  Cerita ini membuat kita gelak walau masa itu kita rasa agak mual sedikit.  Katanya obat untuk mabuk laut ialah minum coke.  So kita turun ke Deck 1 untuk mengambil coke.  Alhamdulillah bila angin keluar, terasa sedap juga.

Pernah juga beliau mabuk laut masa mula mula bekerja sebagai chief cook sehingga berbaring di lantai tempat makan.  Beliau bercerita penuh semangat dengan gaya gaya nya sekali membuat kita gelak kerana begitu lucu.

Anak anak kapal semua nya mesra.  Tak lokek berkongsi pengalaman.  Semuga mereka sentiasa dalam perlindungan Allah dalam pelayaran mereka.



Sunday, November 20, 2011

seterusnya.....

Assalam,

Sabtu 19hb Nov 2011

Air laut bergelor dengan kelajuan 80km/hour SSW

akhir nya dapat saya ambi gambar di mana ombak menhempas kapal.  Nampak depan tu?
 


Saya terjaga jam 0300 pagi.  Kini kapal melepasi Shikoku.  Lepas solat mata tak dapat tidor hingga ke pagi. Dari petang semalam, awan mendung dan dari ramalan cuacu hujan akan turun.  Pagi ini hujan turun dengan lebatnya menhempas jendala kapal.  Lautan juga berombak dan bergelora.  Mana mana tempat tak kira dalam bilik, bilik rehat, dan di kamar mandi; berbagai bunyi kedenganran seharian dari bunyi kaca hingga bunyi deruan angin dan desiran ombak.  Telinga dah tak kisah dengan bunyi bunyi ini, janji dapat tidor.  Kekadang bila ada pintu yang tak tutup kuat, ianya akan tertutup sendiri.  Gegaran terasa di mana mana. Kami di beritahu during restricted visibility, ship horn will be sounded every 2 minutes to let other ships know where we are.

Jam 0600 saya naik ke bridge.  Langit masih mendung dan matahari terbit tak nampak.  Agaknya beginilah cuaca di hari hari yang akan datang sehingga kami sampai di Jepun.  Di sana sini kabus dan lautan bergelora. Saya dapat tahu sekitar jam 0630 kapal berpatah balik atas instructions dari pihak Jepun disebabkan cuaca tak mengizinkan.   Tiupan angin masa ini dari south south westerly winds dengan kelajuan 80km/hour.  Sekitar jam 1100 kapal berpusing balik menuju ke Jepun.  Kemestian untuk kapal ini sampai ke Inanbu Shima jam 12 malam nanti.  Kerja kerja seperti memasang tali untuk mooring sebanyak 12 pieces ie 6 di depan dan 6 di balakang di sediakan.

Sekitar jam 0730 saya turun sarapan pagi.  Dari jendela saya nampak alunan ombak besar menghempasi kapal.  Dalam hati berkata, beginilah ketentuan Allah.  Ada masanya air laut tenang, ada masanya berombak, ada masa nya hujan dan ada masa dan ketikanya langit secerah cerah nya.  Terpikir juga yang kapal mempunyai muatan LNG 75000 meter kube dan di perbuat dari besi.  Begitu besar nya kuasa Allah jika di perintahkan NYA laut untuk menelan kapal ini.  Tak sanggup saya memikirkan nya.  Tapi zikir tak henti henti semuga Allah permudahkan.

Kita juga melepasi kawasan tempat latihan pengeboman orang Jepun.




Friday, November 18, 2011

Sudu, Garpu pandai menari???

Assalam,

Jumaat 18hb November 2011

Semenjak pelayaran ini iaitu selepas bertolak dari Lumut menuju Jepun, rutin saya setiap hari pergi ke bridge untuk mendapatkan dari officer yang duti jadual solat dan kiblat.  Bila di bridge saya akan bertanya " Dimana kita berada sekarang?"  Saya juga akan melihat paper chart yang mereka tanda tiap 30 minit atau satu jam.  Begitu menakjubkan ciptaan Allah di mana pulau pulau yang besar dan kecil ada di mana mana.  Maha Suci Allah.

Ketika melihat lautan dan langit, hati betul betul terasa akan cipataan Allah yang Maha Besar. 

Bila melihat paper chart teringat di waktu sekolah dulu dimana kita kena lukis map negeri negeri, lautan, pulau pulau, sungai sungai, sawah padi dan sebagainya.  Semua nya leceh lah bagi saya yang tidak suka melukis atau mewarna.   Tapi sedikit sebanyak boleh ingat juga.

Dalam kapal ini ketika waktu solat kena jaga sikit.  Kuda kuda kena kuat dimana kekadang bila kapal dilambung ombak ke kiri dan kanan, badan kita pun ikut bergoyang.  Setakat ini Alhamdulillah dapat dikerjakan.  Ini yang buat saya terkenangkan teman yang selalu buat sms alarm untuk solat malam.  Kat kapal ni tak ada signal handphone.  Kemarin masa melalui atas Filipin, ada signal tapi terputus putus.  Alhamdulillah Allah kejutkan dan terbangun dengan sendirinya. Insya Allah.

Masa mula masok cabin dulu, diatas katil tersedia 3 buku sabun dan 3 helai tuala mandi.  Makanan di kapal ini sedap sedap belaka.  Makanan ala barat, cina, melayu dan india semua ada.  Perut saja kena tahan makan.  Badan pun kena jaga ni! Silap hari, seluar jeans yang di bawa tak muat nanti bila tiba di Jepun.

Gambar yang sempat saya simpan di sini adalah gambar sarapan pagi dan ketika makan ambuyat dengan chief cook dan yang lain.  Gambar makan tengah hari dan malam dalam camera digital belum upload lagi.  Orang orang di kapal ini semuanya mesra tak kira bangsa.  Kapten berbangsa Pakistan, Chief Officer & Gas Engineer berbangsa Croatia, Chief Engineer berbangsa Welsh, Deck officer orang kitani, crew lainnya orang Filipina.

Waktu kerja di kapal dari jam 0800 ke 1700.  Waktu makan tengah hari jam 1200 (dimana siren akan di bunyikan menandakan jam sudah tepat 12 tengah hari).  Waktu rehat 1000-1030 di panggil smoko (smoking & coffee).  Makan malam jam 1800. Yang di bridge ikut 3 shif kerja iaitu 0400 - 0800, 0800 - 1200, 1200 - 1600 dan seterus nya.

Masa mula perlayaran sehingga sampai menuju Taiwan, dalam kapal panas dan terpaksa mandi 3 ke 4 kali sehari.  Bilik cabin tempat tidor pun panas.  Masa makan pun sama sehingga berpeluh.  Yang lucu nya bila kapal bergoyang dan bergegar; segala sudu, garpu bila di simpan atas pingan akan mengeluarkan bunyi musik.  Menari dan berlagu!!  Bunyi akan semakin kuat bila gegaran nya kuat.  Kekadang boleh jatuh ke lantai.  Teringat saya lagu P. Ramlee "Tudung Periuk pandai menari".  Hee..hee...ini bukan tudung periuk tapi sudu, garpu, pingan bila disatukan pun menari.  Sebab tu yang bulat di atas meja itu mereka selitkan napkin supaya ianya tidak berpusing.  Kapten berucap, bila ombak kuat, apa yang di meja akan terhumban ke lantai.  Alhamdulillah buat masa ini cuaca ok.  Mudah mudahan cuaca nya baik sehingga sampai ke Tokyo, Jepun.  Tapi kita di kabarkan tadi lepas makan tengah hari Jumaat 18hb Nov 2011, bahawa kapal ini akan sampai Tokyo 21hb Nov bukan 20hb Nov disebabkan cuaca tidak mengizinkan.  Ya Allah, KAU permudahkan lah pelayaran kami ini.

Pada hari Rabu 16hb Nov 2011, adalah hari dimana semasa inspection, perut rasa tak sedap.  Saya cuma sempat ikut captain, SAO, Chief cook dari Deck 4 ke Deck 1.  Ini di buat seminggu sekali.  Lepas tu saya balik cabin.

Saya sangka gastric, rupanya captain memberitahu ia adalah mabuk kapal atau mabuk laut.  Saya kena muntah sehingga 4 kali.  Begitu juga dengan teman saya SSP.  Saya dan SSP tak makan langsong hari itu.  Cuma roti kering dan buah buahan.  Semalam Khamis 17hb Nov 2011 baru saya turun ke deck 1 untuk makan ayam percik bersama nasi putih dan sayor.  Sedap tapi pedas.  SSP masih melayan loya nya di cabin dan tidor.

Di bawah ini saya sertakan gambar gambar yang sempat di ambil ketika di kapal ini.

ambuyating dengan crew

breakfast - bila kapal di alum ombak, yg tengah itu berpusing dan semua cutlery mengeluarkan bunyi

pic taken from my cabin window 17/11/2011


Thursday, November 17, 2011

Kan Hal Nya

Assalam,

Semasa kami di bridge menunggu perlayaran ini bermula Ahad 13hb November, 2011; saya sempat bertanya kepada officers di deck berkenaan sepanjang pengalaman mereka, ada kah mereka mengalami yang paranormal.

Mereka tidak lokek bercerita.  2nd officer Syukri menceritakan pernah dulu beliau ketika giliran shiftnya di waktu malam, beliau ternampak ikan pari putih yang besar terbang.  Bukan dalam air tetapi di atas air.  Di waktu yang lain, beliau pernah perasan yang di jendela luar bridge ada seorang perempuan memandang kedalam bridge.  Pernah juga di waktu yang lain paip air di bridge kena buka tapi tak ada orang.  Beliau tutup saja.  Semasa semua ini terjadi, mereka cuma diam dan tak berkata apa apa.

Bila di tanya adakah pernah orang histeria?  Pernah di sebuah kapal yang lain.  Alhamdulillah, kapal itu mempunya ramai orang melayu.

Ada juga teman mereka ketika meronda keluar, ada benda yang mengikuti balik ke bridge.  Macam macam!  Ada terliat seperti lampu hijau terbang lalu......ini cuma dari cerita mereka yang sempat saya ketahui.  Semuga ini tidak terjadi kepada saya dan SSP.  Ketika bangan jam 0300 pagi tadi, saya sebenar nya suka meliat ke luar jendela.  Oleh kerana cerita cerita itu, saya tak jadi.  Tunggu siang aje lah!! 

YA Allah, berikan kami kekuatan dan ketabahan dalam iman kami.

Tuesday, November 15, 2011

Aktiviti kapal Belanak

Assalam,

Hari ini Isnin 14hb November.


conference room di Belanak tempat Daily Workplan meeting
 Rupanya safety tour kami bertukar dari jam 1030 ke 0900. Kami berkumpul di bridge.  3rd engineer bernama Vinod membawa kami dari bridge ke bilik engin atau flat 3.  Sebenarnya kapal ini mempunyai upper deck hingga bridge iaitu 5.  Bilik engin ada 4 ( 0 hingga 3) deck/flat.  Kami sampai ke Flat 3 saja buat hari ini kerana besok kami ada taklimat bersama Chief Engineer Gordon.  Beliau adalah orang Wales.  Beliau adalah ketua di bilik engin dan beliau juga mengendalikan nya baget kapal.  Di tiap kapal ada empat jurutera ie chief engineer, 2nd engineer, 3rd and 4th engineer.  Kadang2 ada cadet pilot juga.

Our safety tour started from the bridge.  This safety tour are for new joiners in the ship.  So there were five of us including the safety officer who was bringing us around the ship.  We were shown the muster list.  Ini this list it displays the roles & duties, and what lifeboat we are to go to in case we have to abandon ship (I am on no.2).  We were also shown where the fire alarm, fire hose, muster point/assembly area.  We went to upper deck ( breezy and windy...I like!!!) where the loading area.  If I am not strong enough especially when we were at the forward (front fo the ship) due to very strong wind we might have been blown away.  I can see seagulls flying close to the ship.  But unfortunately, no camera once on upper deck.  We finished our tour by 1020.

About 1030 we then continue to join in the daily work plan meeting where they discussed safety (512 form - PAKAT), BBS (Behaviour Best Safety or Best Being Safe) like our CAR - 12 lifesaving rules,the days work as well as the next day work plan.  Here they adopt the 12 lifesaving rules into their BBS which they do by observing and feedback in 10mins.  I see this is better than the one we had as people  see it as a positive tool to use unlike the pakat.  The general idea of the Daily work plan meeting involve all from captain, engineer, safety officer, gas engineer, bosun, SAO and chief cook.  This afternoon we have the day to ourself.

Semuga semuanya berjalan dengan lancar, insya Allah.  Dengan meliat lautan dan langit, aku melihat kebesarMu ya Allah.  Begitu luas nya lautan ini.  Maha Suci Allah.

Monday, November 14, 2011

The Voyage


Officers' Lounge & smoking area sebelah nya dining area

Belanak during daytime

ping pong area and VCD shelves

our chief cook - Ahmad

Assalam,

Isnin, 14hb November, 2011

Selepas sarapan pagi saya pergi ke conference room.

Kemarin selepas di beri progam bagi pelayaran ini (programe ini untuk pergi dan balik), kami hanya mengikuti pelayaran ini satu hala sahaja iaitu dari Brunei ke Jepun.  Dari program ini, hari ini 3rd Officer akan membawa kami buat "safety visit" sekitar jam 1030 sehingga ke engine room.  Kami dikehendaki memakai full PPE.

Mengenai kapal ini, deck atas sekali adalah Bridge, dibawahnya deck no.4 (ini cabin tempat tidor dan office deck officers termasok captain dan kami). Deck no. 3 tempat conference room (ada internet dimana saya menaip blog ini) dan tempat tinggal officer lain, pantry dan laundry area.  Deck no.2 tempat crew lain iaitu Bosun, able body seperti cleaners, machinists, etc, pantry dan laundry area and drier room. Deck no.1 tempat makan, galley i.e. kitchen yang mempunyai 3 cook, gym, TV room for crew and officers tapi berlainan bilik, bilik ping pong etc.  Deck U (uppder deck) and 2 Flat (engine rooms).

Kami akan mengetahui nya  selepas the safety tour.

Buat keluarga semua, missing you all very much.  Semuga dalam rahmat dan perlindungan Allah hendaknya.  Amin

p/s Aqeel, Khairee & Nasreen - study for your exam.  Mama doakan semua berjaya termasok Amira.

Bermulanya

Assalam,

Ahad, 13hb November 2011.



Kapal Belanak waktu malam - sedang loading

Bridge
 Saya terbangun 12:01 pagi.  Terus pergi ke jendela dan melihat suasana malam.  Di kejauhan nampak cahaya lampu sepanjang jeti hingga ke darat. Di tengah malam ini ianya di terangi bulan yang mengambang dan bintang bintang yang berkelipan. Ternampak nun jauh di sebelah Bandar pancaran kilat.  Saya berdoa semuga ditempat saya berada ketika ini dan di hari hari yang seterusnya akan menemui hari hari yang cerah dan lautan yang tenang.  Dengan memandang laut saja hati berbisik "Maha Suci Allah!  Begitu besar ciptaan mu ya Allah."  Saya berasa begitu kerdil sekali.  Saya teringat satu ceramah yang mengatakan apa bila kita memandang lautan, kita akan dapat pahala iaitu seperti memandang Kaabah, orang tua kita, air zam zam dan Al Quran.

Dalam tanker, waktu nya mengikut waktu Japan ie 1 jam (local time jam 1600, Japan 1700).  Lepas sarapan bagi dengan omelete, juice manga dan teh susu, kami bersembang dengan sAO (Ship Admin Officer, Akim namanya) di mana beliau memberi taklimat safety.  Sebelum itu kami menemui Kaptan bagi Daily Work programe (program ini adalah untuk sepanjang pelayaran mereka selama 2 minggu) yang akan beliau berikan kepada kami.  Disni kami mempelajari kata kata yang di gunakan dalam kapal.  Smoko erti nya masa untuk rehat bagi perokok dan minum kopi.

Kami berada di bridge bagi persediaan pelayaran jam 1210.  Kita betul betul bertolak jam 1306 (all clear).  Sebelum pelayaran, banyak kerja kerja yang di lakukan.  Nama nama tali yang mengikat kapal pun macam macam i.e. 6 (head, breast, spring) di forward (front) dan 6 (stern, breast, spring) di aft (belakang) - semuanya in naviational technical terms.  Nak ingat susah.  Ketika persedian kapal untuk belayar, walau pun ia masa makan tengah hari, mereka tetap bekerja.  Saya solat zohor dan kemudian naik balik ke bridge.  Saya dapati rupanya mereka yang tak sempat makan di Officer's lounge & dining room, mereka akan hantar makanan ke bilik.  Kami turun ke cabin kami sekitar 1400.  Tak sangka saya begitu lapar sekali sehingga chlli concarni dengan chips habis saya makan (gambar nya nanti saya upload).  Walaupun baru dua hari di kapal ini, ia sangat memenatkan.  Satu ialah kami cepat berpeluh dan cepat haus.  Kedua, untuk kemana mana kami menaiki tangga.  Ada lift, tetapi panas sekali kerana captain pernah membawa kami menggunakan nya.

Dari Akim kami mengetahui kapal ini muat nya 45 orang max.  Ketika ini semua anak kapal termasok kami 43 orang.  Ada lapan deck semua nya.  Nanti saya terang kan.

Dalam pelayaran keluarga dari jetty, kami melalui kawasan anchorage 'C' dimana ia tempat standby boat melabuh.  Kami melalui Magpie, Champion dan Maharajelela field.

Malam nya lepas makan saya tidor awal tapi dikejutkan alarm jam 0300.  Terkenang kan teman yang selalu membangunkan saya sekitar jam 0400.

bersambung........









Sunday, November 13, 2011

Ketika Berlabuh

My cabin (room) - door to the left is toilet; door to the right is sitting/living room 

Living room in my cabin
 
13 Nov 2011 - Sunrise
 Assalam,

Sabtu 12hb Nov 2011.
Bertolak dari rumah 1525. kita menunggu di pintu hingga 1615.  Setelah melepasi sekuriti, kami menaiki van untuk ke jeti.  Pada waktu 1640 kami menaiki train sepanjang 4.44km untuk ke tanker Belanak yang memakan masa 20 minit.

Kami di bawa naik tangga hingga sampai ke tanker Belanak dan terus naik sehingga ke bilik captain yang bernama Capt. Shahid Maqsood.  Kami di hendaki mengisi borang borang tertentu.  kami di jamu dengan minuman sejuk kerana terasa penat juga selepas menaiki tangga demi tangga.  Kapal ini ada 6 deck. Selepas mengisi borang, kami di bawa ke cabin masing masing di mana nama kami tertera di dinding.  Bilik kami bersebelahan captain.

Kami diberitahu waktu makan malam jam 1800.  Makanan nya buffet iaitu sup sayor, ayam kurma, daging tak ingat masak apa, ikan masak masam manis dan buah buahan kerana chief cook pergi shore leave (turun kapal buat beberapa jam jumpa famili.  Mereka mesti berada dalam kapal sebelum 2100).  Boleh tahan.  Teman saya SSP cuma makan nasi dengan sup sayor kerana beliau vegetarian.  Selepas makan kami sempat melihat matahari terbenam.  Sungguh menakjubkan.

Malam nya saya tidor jam 2100....tapi tak juga dapat melelapkan mata.

Sehingga berjumpa lagi......

 

Saturday, November 12, 2011

Brunei To Japan

Assalam,

Belanak Route

 Sabtu 12hb Nov 2011

Gambar di atas adalah perlayaran yang akan kami lalui iaitu yang berwarna hijau.

Hari ini adalah satu tapak permulaan bagi pelayaran saya dan SSP menaiki tanker Belanak menunju "Land of the Rising Sun".

Dari email yang kami terima semalam, kami dikehendaki berada di pintu jam 1845 di mana kami terus mengikuti shift yang akan berangkat juga.

Lepas balik dari mengambil anak dari sekolah, rupanya ada beberapa miss call.  Selepas di telefon, rupanya kami di hendaki berada di gate 1545 iaitu 3 jam lebih awal.  Jatung berdegup dan berdebar debar juga kerana ini adalah kali pertama membuat pelayaran yang memakan masa selama 6 ke 7 hari.  Macam macam yang bermain di fikiran dari semalam. 
 
Dengan menyebut namaMU ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah

Ya Allah, KAU permudahkan lah perjalanan pergi dan balik kami.  Temukan kami dengan orang orang yang baik baik.  Kami mohon rahmat dan redha MU.  Berilah aku ketenangan Ya Allah.  Kami mohon keampuanan MU.








Friday, November 11, 2011

Brunei to Japan

Assalam,

Khamis 10hb November 2011.

Hari ini saya dan SSP menghantar suitcase kami ke Jasra Harrison siapa yang akan mengurus penghantaran beg beg kami ke Tanker Belanak.  Sebelum itu, ianya mesti di bawa ke immigresen dan kastam. 

Ikut jadual, Belanak akan bertolak 13hb Nov 2011.  SSP dan saya di kehendaki menaiki tanker Belanak melalui jeti sehari sebelum Belanak bertolak ia itu pada petang hari Sabtu 12hb November 2011.  Alahai....  saya akan menyambut hari lahir dalam tanker ini. Sungguh teruja!  Ini akan menjadi kenangan sepanjang hayat.

Ya Allah, aku mohon KAU permudahkan perjalanan kami ini dan aku titipkan anak anak ku, suami, emak dan mereka yang ku tinggalkan kepada MU.  Lindungilah mereka dengan rahmat MU.

Belanak
Gambar atas adalah rupa tanker bernama Belanak (B-Class) yang akan kami naiki pada hari Ahad 13hb November 2011 nanti.  Berdebar debar rasa nya.  Tak tau mabuk laut ke tidak ni!!  Ini lah pengalaman sekali seumur hidup mengikuti tanker ini.
 
Pengurusan untuk ke Jepun menaiki BLNG tanker Belanak membuat saya dan teman begitu teruja.  Ini adalah pelayaran sambil belajar.  Setelah beberapa kali tertunda oleh sebab sebab yang tertentu, akhirnya kami akan dapat membuat pelayaran ini.

Disini terima kasih kepada semua pehak yang merialisasikan program bagi kami.

Jumaat, 11hb November 2011

Hari ini saya dan SSP sebelum menaiki tanker Belanak mesti mengikuti "safety briefing" di Bandar.  Jam 8 pagi kami berada di sana sehingga jam 10 pagi.  Kami sampai office jam 11 pagi.  Macam macam yang kami tanya dan ianya satu yang baru buat saya dan SSP.  Banyak kerja nak di clear sebelum berangkat esok. 

Kami berserah dan bertawakal kepada MU ya Allah.  Permudahkanlah ya Allah.  Amin amin yarabbal alamin.