Tuesday, November 29, 2011

Tahun Hijrah 1433 - 2011

Assalam,

Penerbangan dari Jepun ke Singapore memakan masa 7 jam 45 minit.  Dari Jepun sudah bertanya kepada keluarga tarikh awal Muharam dimana bermulanya tahun baru hijrah.

Alhamdulillah sampai Singapore jam 1255 tengah hari  dan terus transfer desk tetapi belum buka lagi. Cari bilik solat lepas tu jalan jalan tengok tengok kedai buku, kedai ubat dan sebagainya.  

Jam 1800 ke counter transfer desk, setelah selesai saya ke bilik solat menunggu maghrib.  Sebelum tu baca doa akhir tahun.  Saya bersyukur sangat sangat masa duduk menunggu maghrib, sudah ada kaki tangan lapangan terbang yang juga menunggu waktu solat. Dalam hati agaknya mereka pun menunggu untuk membaca doa awal tahun hijrah.  Terima kasih Allah kerana permudahkan segala nya.

Lepas solat, saya cuba telipon bekas kawan sekolah yang menetap di Singapore.  Kali ini dapat.  Cerita punya cerita, rupaynya ayah beliau kena stroke 2 bulan lepas dan sudah di operasi.  Sampai jam 2000 saya ke lounge.  Lepas minum dan makan saya turun ke gate F54 sambail sambil tu sempat juga membeli sedikit oleh oleh.

Kapal terbang sampai ke destinasi tepat jam 2400 tengah malam (flight delayed by half an hour) terus ke kereta yang menunggu.  Kata driver ada 2 orang lagi yang ikut sama.  Rupanya yang dengan balik satu kereta pun orang orang yang di kenal juga.  Cerita punya cerita rupanya dia yang jadi imam masa solat maghrib di bilik solat di Changi airport.

Terasa betul betul bahawa Allah maha pengasih dan penyayang kerana menolong hamba NYA.  DIA permudahkan semua urusan juga amal ibadat kita.  Saya bersyukur atas nikmat MU ya Allah.

Friday, November 25, 2011

uniknya Japan



tu button untuk toilet
Assalam,

pertama kali menjejaki ke negara matahari naik, saya begitu teruja.  Ketika sampai, ia musim autumn. Terasa begitu sejuk bagi saya.

Yang unik nya di Jepun adalah, bila saya ke mana mana restaurant, cara hidangan begitu unik  sekali.  setiap hidangan di hias begitu cantik sekali dengan cawan, pingan yang unik unik dan kecil sizenya.

Tempat parking pula pun lain dari yang lain.  Bila datang ke tempat parking, kerita akan berpusing dan tanpa di pandu, ianya membelakang dan masok ke garage seperti container.  Gambarnya nanti di sertakan.

Yang paling unik sekali bagi saya ada lah bila ke bilik air.  Masok saja, tempat toilet seat naik dengan sendirinya.  Bila duduk, terasa lega kerana toilet seat nya heated.  Tidak seperti ketika saya di Uk dulu bila duduk saja kadang nak melompat disebabkan toilet seat nya terlalu sejuk.  Lebih lebih lagi air untuk membersihkan diri lepas buang air kecil dan besar.

Di Jepun, bukan lagi heated toilet seat, bahkan ianya complete dengan bidet, spray untuk mencuci selepas buang air kecil atau besar dan airnya air suam bukan air sejuk.  Bila kita dah selesai, dengan sendirinya ianya flush sendiri.  Tapi ada tempat tempat lain tak ada auto flush.  Yang seronoknya bilik air nya bersih.  Saya rasa lebih bersih dari tempat tempat yang pernah saya kunjungi.  Sila tengak gambar yang disertakan.  Tanda tanda untuk bilik air perempuan dan lelaki pun unik.  Untuk lelaki ada tanda ikan jerung sementara untuk wanita ikan emas. 

Di jalan raya pun tak ada sampah yang berselerak.  Ini di Tokyo lah yang saya nampak.  Tong sampah pun tak tau di mana.  Ini kerana bila kita balik akhir dan kena naik keretapi selamat satu jam, kita membeli makanan untuk makan malam dan duduk di stesen keretapi.  Pusing pusing kita cari tong sampah, tak jumpa juga.  Dah tu pikir bila menunggu keretapi datang mungkin ada tong sampah, tak ada juga.  Kita bawa balik hingga balik ke hotel.  Ada ada saja.

Monday, November 21, 2011

Masa sembang....

Assalam,

Hujan tak henti henti pada hari Sabtu 19/11/2011. Kerja kerja di luar ada yang terpaksa di tangguhkan.

Waktu pagi oleh kerana tak dapat tidur saya duduk di office SAO dan ketika chief cook masok beliau terkejut.  So kita sembang sembang.  Saya fikir beliau tak akan mabuk laut memandangkan sudah sekian lama bekerja di kapal.  Tetapi ada ketika dan masa nya pun masih juga terasa kata beliau.  Bila ombak kuat mereka tak akan dapat memasak untuk anak anak kapal.  Anak anak kapal cuma makan makanan dalam tin saja - benda yang kering seperti roti dan sebagainya.

Beliau kemudian bercerita bahawa pernah masa ombak kuat ketika tengah menghidang telur dadar, disebabkan di lambung ombak yang kuat, telur itu terhumban ke dinding.
Kita juga sembang sembang dengan SAO. Beliau pernah merasai ketika typhoon melanda dimana kapal menjunam 45 darjah.  Bla lihat ke bawah ianya lautan, bila kapal tu naik balik, nampak bulan di langit.  Ketika itu beliau sebagai chief cook sekitar tahun 2000. Periuk belanga di galley (dapor) yang sudah siap dengan makanan terhumbang dan berterbangan ke lantai.  Beliau sendiri terhumban ke bawah dapur dimana food mixer juga turut terjatuh dan menghala ke arah beliau.  Of course, mestilah beliau menyelamatkan diri.

Pernah juga ketika menghidang kapten di waktu itu, belum pun sempat beliau menyedok untuk di simpan ke pingan kapten, makan itu sendiri tumpah ke pingan.  Dan jika kapten tidak cepat cepat memegang pingan makannya, alamat jatuh ke lantai lah makanan itu.  Cerita ini membuat kita gelak walau masa itu kita rasa agak mual sedikit.  Katanya obat untuk mabuk laut ialah minum coke.  So kita turun ke Deck 1 untuk mengambil coke.  Alhamdulillah bila angin keluar, terasa sedap juga.

Pernah juga beliau mabuk laut masa mula mula bekerja sebagai chief cook sehingga berbaring di lantai tempat makan.  Beliau bercerita penuh semangat dengan gaya gaya nya sekali membuat kita gelak kerana begitu lucu.

Anak anak kapal semua nya mesra.  Tak lokek berkongsi pengalaman.  Semuga mereka sentiasa dalam perlindungan Allah dalam pelayaran mereka.



Sunday, November 20, 2011

seterusnya.....

Assalam,

Sabtu 19hb Nov 2011

Air laut bergelor dengan kelajuan 80km/hour SSW

akhir nya dapat saya ambi gambar di mana ombak menhempas kapal.  Nampak depan tu?
 


Saya terjaga jam 0300 pagi.  Kini kapal melepasi Shikoku.  Lepas solat mata tak dapat tidor hingga ke pagi. Dari petang semalam, awan mendung dan dari ramalan cuacu hujan akan turun.  Pagi ini hujan turun dengan lebatnya menhempas jendala kapal.  Lautan juga berombak dan bergelora.  Mana mana tempat tak kira dalam bilik, bilik rehat, dan di kamar mandi; berbagai bunyi kedenganran seharian dari bunyi kaca hingga bunyi deruan angin dan desiran ombak.  Telinga dah tak kisah dengan bunyi bunyi ini, janji dapat tidor.  Kekadang bila ada pintu yang tak tutup kuat, ianya akan tertutup sendiri.  Gegaran terasa di mana mana. Kami di beritahu during restricted visibility, ship horn will be sounded every 2 minutes to let other ships know where we are.

Jam 0600 saya naik ke bridge.  Langit masih mendung dan matahari terbit tak nampak.  Agaknya beginilah cuaca di hari hari yang akan datang sehingga kami sampai di Jepun.  Di sana sini kabus dan lautan bergelora. Saya dapat tahu sekitar jam 0630 kapal berpatah balik atas instructions dari pihak Jepun disebabkan cuaca tak mengizinkan.   Tiupan angin masa ini dari south south westerly winds dengan kelajuan 80km/hour.  Sekitar jam 1100 kapal berpusing balik menuju ke Jepun.  Kemestian untuk kapal ini sampai ke Inanbu Shima jam 12 malam nanti.  Kerja kerja seperti memasang tali untuk mooring sebanyak 12 pieces ie 6 di depan dan 6 di balakang di sediakan.

Sekitar jam 0730 saya turun sarapan pagi.  Dari jendela saya nampak alunan ombak besar menghempasi kapal.  Dalam hati berkata, beginilah ketentuan Allah.  Ada masanya air laut tenang, ada masanya berombak, ada masa nya hujan dan ada masa dan ketikanya langit secerah cerah nya.  Terpikir juga yang kapal mempunyai muatan LNG 75000 meter kube dan di perbuat dari besi.  Begitu besar nya kuasa Allah jika di perintahkan NYA laut untuk menelan kapal ini.  Tak sanggup saya memikirkan nya.  Tapi zikir tak henti henti semuga Allah permudahkan.

Kita juga melepasi kawasan tempat latihan pengeboman orang Jepun.




Saturday, November 19, 2011

Wukuf



Assalam,


Alhamdulillah!  Tahun ini hati begitu sayu dengan kedatangan Hari Raya Aidil Adha 1432.  Khabar dari Mekah memang tak ketinggalan melalui radio dan TV.  Lebih lebih lagi bila ianya waktu wukuf di Arafah.  Nostalgia haji 2009 kembali bertandang.  Ianya memang tak boleh di lupakan.  Sungguh shahdu bila terkenang kembali dan ada kah berkesempatan lagi untuk ke sana di waktu terdekat?
Siaran secara langsung dari TV dan radio mengimbau kembali kenangan lalu.

Ya Allah, jemputkan lah kami ke rumah MU.  Kami begitu rindu Ya Allah.  Kami memohon keampunan dan keredhaan MU ya Allah.  Perkenankanlah.

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin.