Thursday, January 5, 2012

Ronda Ronda

Assalam,
lepas-subuh
Seminggu yang lepas semasa berada di ibu kota bersama keluarga, kita berada di Mall.  Seingat saya dah lama kami tak bersiar siar dengan keluarga.  Ramainya orang di sana kerana cuti sekolah hujung tahun.  Ada yang tengok wayang, ada yang sibuk cari alat alat persekolahan, dan sebagainya.  Masa ni lah agak nya mereka bersuka ria dengan famili.

Saya sebenarnya tak berapa nak jalan jalan kalau tak ada tujuan atau benda yang di cari.  Selalunya lepas tujuan selesai, saya akan terus pulang.  Tak suka saya lama lama jalan tanpa tujuan.

Sebelum pulang tu, kita singgah makan kat food court lepas beli belah barang anak anak.  Masa duduk duduk tu, saya tengok sekitar food court dan pelangan pelangan di sana.  Suasana cuti sekolah anak anak nampak ceria duduk makan dengan famili.

Masa itu lah saya betul betul terasa kalau saya nak lepak lama lama kat kedai makan ke etc, memang not for me.  Gelisah rasa kalau lama lama.  Lebih lebih lagi bila teringat bahawa syaitan memang suka kat kedai kedai.  Tu lagi buat diri ini gelisah.  Hati bagaikan di garu garu untuk balik.  Lepas makan cepat cepat teman kan anak anak ke kedai buku.  Ini lah tempat yang mereka suka pergi.  Anak anak kalau ke Mall tak beli buku, tak sah lah outing tu.  Dalam kereta masa dalam perjalanan pergi ke Mall, mereka memang bawa buku untuk di baca (termasok saya...hee..hee).  Tapi bila sampai dekat destinasi barulah kedengaran gelak ketawa mereka adik beradik.   Dalam perjalanan balik, mereka akan baca buku yang baru.

Dalam kereta bila nak balik, mereka semua akan berkata one after the other: "Thank you mama!  Thank you bapa!"  dengan suara excited!  Bila mereka berkata begitu, happy sangat walau penat terasa.

Semuga anak anak mama menjadi anak anak yang soleh dan solehah serta bersyukur atas nikmat Allah.  Amin

No comments:

Post a Comment