Teringat ketika masa zaman budak budak, kita tinggal di shell quarters. Dan di kawasan rumah kami, jiran kita kebanyakan nya mempunyai anak anak sebaya dengan kita adik beradik. Jadi, tentu sekali jika ada masa lapang kita tak duduk rumah. Mesti main kat luar.
Kita suka berlari dari hujung ke hujung di atas paip air yang panjang sekitar 10 buah rumah dan diameter pipe nya 3 kaki (contoh pipe see above pic). kita lebih lebih lagi begitu suka sekali apabila musim rumput yang panjang di sepanjang pipeline dipotong. Ia seperti ada semacam bauan yang unik. Kawasan menjadi luas selepas rumput di potong. Bila rumput kering, kita loggokkan rumput itu dan bermain di atas nya (see pic).
Kita bermain sepuas puas nya dilonggokan rumput itu sehingga lewat petang. Best nyer zaman budak budak!!! Tak hirau kan kena sengat ke, atau bakteria ke. Sungguh seronok!!
Tapi budak budak sekarang ini, kita kena paksa mereka bermain di luar. Tapi main nya cuma sekejap tak sampai 30 minit dah masok balik ke rumah. Nak duduk dalam rumah aje main games dan tengok tv.
Rindu betul akan zaman kanak kanak!!!
No comments:
Post a Comment