Assalam,
Semenjak Q4 2011, memang apa yang di buat serba serbi tak kena. Entah lah. Mood pun tak berapa sangat nak look forward to New year. Suram aje....No excitement at all! Saya lebih teruja menyambut Maal Hijrah 1433.
Perasaan begini berlarutan dan kemuncaknya bila tiba di hujung tahun dan awal Jan 2012. Semua nya bagai berjanji one after the other dimana ianya "happening at the same time". Berserabut fikiran oleh nya. Pening juga di buat nya. Tetapi Allah Maha Mengetahui akan hati hamba hambaNYA.
Setelah melihat dalam diri, redha bahawa ini ada lah ketentuan NYA. Hati ini diajak untuk perlahan lahan menolak yang negative. OK, tarik nafas panjang panjang dan hembus keluar. ahhhhh...Selepas itu tukar pikiran yang negative kepada positive. Benak hati pun berkata: "DIA mencuba kita adakah makin teguh penyerahan kita kepadaNYA atau sebalik nya."
Alhamdulillah, bila di fikir dengan tenang, istighfar dan berzikir sambil mendengar ayat ayat suci NYA; terasa dari dalam diri nampak semuanya "falls into perspective". Dalam diri YAKIN akan pertolongan NYA. Kerana DIA lah Maha Mendengar, Maha Mengasihani dan Maha Pengampun.
Saya juga yakin bahawa "What goes around comes around!!"
Hari ini selepas check check dalam diri, walaupun yang di harungi itu perit dan pedih, tapi hati terasa tenang kerana DIA ada bersama, sentiasa bersama, akan bersama dan tetap bersama hingga akhir hayat.
Maha Suci Allah. KepadaMU lah tempat kami kembali.
Kami mohon keampunanMU, ya Allah.
No comments:
Post a Comment