Sunday, January 8, 2012

Ikhlas

Assalam,

Jumaat 6hb Dis 2012 (1 Safar 1433)

Segala perkara yang berlaku ada lah diluar dugaan kita.  Ada yang baik, ada yang menyakitkan hati, ada yang membuat kita geram, ada yang membuat kita meluat dan macam macam lagi.

Tiap kita punya cara tersendiri untuk mengatasi nya.  Ada dengan membawa diri ronda ronda hingga larut malam, ada dengan makanan, ada dengan menonton wayang, ada dengan bersembang dengan kawan kawan, ada dengan membaca buku, ada dengan terperuk di rumah dan tidor seharian dan sebagainya.  Tapi mereka mereka yang sedar dunia ini hanya pinjaman, mereka akan terus berwudhu, solat dan bermunajat kepada Allah dengan penyerahan yang sepenuhnya kepada Allah.

Alhamdulilah, Allah sentiasa menujukkan jalan kepada diri ini.  Semasa pulang waktu tengah hari tadi, saya terus ke channel 119 - Tanyalah Ustazah.  Kebetulan soalan yang di ajukan oleh penonton ketika itu berkenaan, "Ada kah orang yang ikhlas bahagia dunia akhirat?"  Sedikit sebanyak soalan itu pun melibatkan apa yang saya alami ketika ini.  Ustazah ceritakan di zaman Amirul mukminin Umar r.a., panglima perang Khalid Al Walid di ganti dengan yang lebih muda walau selama dia memegang jawatan itu, pehak islam tidak pernah kalah.  Sehingga Umar r.a bertanya beliau, apa perasaan nya.  Khalid Al Walid menjawab, dia bertugas bukan kerana Umar r.a atau siapa siapa tapi kerana Allah.  Ini lah ikhlas semata mata kerana Allah.  Terasa diri ini kadang kadang ada sedikit perubahan dah mengeluh dan bertanya pada diri kenapa jadi macam ini dan itu.  Astaghfirullah. 

Rupanya diri ini masih lagi kurang dari segi ini.  Masih lagi kekadang perasaan geram tu ada.  Semuga diri ini dapat mensucikan hati agar seperti Khalid Al Walid dan sahabat sahabat Nabi saw (selawat kepada Baginda serta keluarga dan sahabat) yang lain. 

Ya Allah, aku hambaMu yang jahil.

Ya Allah, aku mohon pertolongan MU.

Ya Allah, Bimbinglah dan berilah aku kekuatan menempuhinya.

Ya Allah, berilah aku kesebaran atas ujian MU.

Ya Allah, ampun kan lah aku.

No comments:

Post a Comment