Sunday, January 29, 2012

Kehidupan

Assalam,


Dalam hidup ini dalam pergaulan sehari hari, kita ramai kenalan.  Kita mengenali adik beradik, handai taulan dan sebagainya.  Di rumah, di pejabat, di masyarakat keliling.  Apa yang kita kongsikan dengan adik beradik adalah berlainan dengan sahabat karib, rakan sejawat dan lain lain.  Mereka ada categori nya bagi kita.

Kadang kadang walau kita hidup serumah tapi tak semesti nya kita mengenali mereka.  Ada yang mengenali kita secara luaran saja.  Walau kita mengenalinya bertahun tahun lama nya, ini tak bermakna kita dah kena betul hadi budinya.  Kadang bila orang itu sudah meninggalkan kita buat selama lama nya, baru kita terpikir atau bertanya diri, "Apa warna yang dia suka?"  Benda benda yang kecil seperti itu, kita tak mengetahui nya.

Bagi mereka yang nak berkenal dengan kita, ada yang ikhlas, ada yang cuma nak cari kelemahan kita.  Ada yang kita belum cakap lagi, dia dah tau apa isi hati kita.  Boleh tahan juga!! Atau ada yang nak tumpang galmour! Ada yang bermuka muka saja, di depan kita lain; di belakang kita lain.  Lebih lebih lagi di zaman moden ini, macam macam perangai manusia ini.  Ialah....lumrah alam.  Dan ianya terjadi kepada sesiapa saja.  Jadi kita kena pandai berhati hati bila memilih teman.  Bak kata pepatah, "Teman ketawa senang di cari, teman menangis ........"

Alhamdulillah, saya mempunyai teman teman yang sekepala.  Semuga ianya berpanjangan hingga ke akhir hayat.  Semuga mereka tahu, mereka penting buat kita dan sebahagian dari kita.  Semuga Allah meredhai persahabatan ini.
Semuga kita ditemukan dengan mereka yang ikhlas dan menerima kita se ada nya.

Ya Allah, temukan  kami dengan mereka yang berhati mulia dan permudahkan lah apa juga urusan kami.



 

Friday, January 27, 2012

Rabiulawal


Assalam,

Rabiulawal 1433 Datang lagi.  12 Rabiulawal adalah tanggal kelahiran Nabi Muhammad saw ( selawat dan salam kepada baginda serta keluarga dan sahabat).  Seluruh negara akan mengadakan zikir dan sebagainya dari 1hb hingga 12hb sempena tarikh kelahiran Nabi saw kita di masjid masjid.

Marilah kita berselawat kepada baginda supaya mendapat syufaatnya di akhirat kelak, insya Allah.

Di hari ini juga adalah hari cuti awam.

Marilah kita sama berselawat kepada Nabi saw dan sedekah kan Al Fatihah kepada baginda.





Sunday, January 22, 2012

Should I??

Assalam,

Disepanjang minggu lepas saya mengikuti kursus di pusat latihan kami.

Selepas tamat kursus itu which was more work related than spiritually, I found it interesting to up our game in the way we work.  A lot have changed since my years of working i.e. be it process, procedures, standards, etc.  It is also good for me to attend this type of course to learn the experience from others and to compare best practice.  Seeing the younger generation during the course, the way they think were far different then during my time.

What I found out at the end of the course was that what I planned last year to improve my understanding in other areas and to start in May 2012, was actually in this course.  What I ddin't realised was that some aspect of the course I attended offer what I had planned.  So, should I proceed or not by sacrificing my family time etc to do this for 18 months?  A lot of sacrifices for me!!  I need to think thoroughly and choose the right path.

These are new to me especially the content is not in my field of expertise.  It includes various other aspect some technical, some commercial..etc  I don't know whether I can do this. 

Do I have the courage to do this?

I pray to HIM to guide me to do the right thing.

Ya Allah, sekiranya ia nya baik buat ku, iman ku dan keluargaku, aku redha.  KAU berilah kekuatan dan kesabaran bagi ku dan keluargaku dalam menempuh ujian ujian MU. 

Ya Allah, sekiranya ianya buruk buat ku, iman ku dan keluargaku, KAU tunjukilah yang baik buat ku.







Sunday, January 15, 2012

Paip ayer

As salam,

Teringat ketika masa zaman budak budak, kita tinggal di shell quarters.  Dan di kawasan rumah kami, jiran kita kebanyakan nya mempunyai anak anak sebaya dengan kita adik beradik.  Jadi, tentu sekali jika ada masa lapang kita tak duduk rumah.  Mesti main kat luar.

Kita suka berlari dari hujung ke hujung di atas paip air yang panjang sekitar 10 buah rumah dan diameter pipe nya 3 kaki (contoh pipe see above pic).  kita lebih lebih lagi begitu suka sekali apabila musim rumput yang panjang di sepanjang pipeline dipotong.  Ia seperti ada semacam bauan yang unik.  Kawasan menjadi luas selepas rumput di potong. Bila rumput kering, kita loggokkan rumput itu dan bermain di atas nya (see pic).

Kita bermain  sepuas puas nya dilonggokan rumput itu sehingga lewat petang.  Best nyer zaman budak budak!!!  Tak hirau kan kena sengat ke, atau bakteria ke.  Sungguh seronok!!

Tapi budak budak sekarang ini, kita kena paksa mereka bermain di luar.  Tapi main nya cuma sekejap tak sampai 30 minit dah masok balik ke rumah.   Nak duduk dalam rumah aje main games dan tengok tv.

Rindu betul akan zaman kanak kanak!!!

Friday, January 13, 2012

One year ago...

Assalam,
13 Jan 2012 (19 Safar 1433)

Setahun sudah berlalu dan dalam setahun itu banyak perkara telah berlaku.  Tak di sangka anak anak pun membesar dan ada yang sudah melanjutkan pelajaran ke luarga negara.  Umur pun makin meningkat and makin dekat menuju ke titik akhir.  Semuga anak anak semua berjaya dan selamat di dunia dan akhirat.

Esok 14 Jan 2012 genap setahun ayah meninggalkan kami buat selama lama nya.  Tetapi senyum dan tawa ayah tetap di hati dan bermain di mata.  Akan jadi kenagan abadi hingga akhir hayat.

Semuga roh ayah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang orang yang soleh dan beriman. 



Thursday, January 12, 2012

Manusia

Assalam,
Dalam tempuh pekerjaan saya selama ini, banyak yang di harungi.  Suka duka dalam pekerjaan adalah asam garam di termpat kerja.  Banyak kejadian berlaku dalam tempuh ini.  Kita tahu bahawa manusia di dunia ini yang membezakan mereka adalah jantina nya dan tahap keimanan seseorang.  Selama inilah pengalaman diri, pengalaman dari memerhati yang terjadi di sekeliling dan juga pengalaman yang di kongsikan oleh kawan kawan menjadi panduan dan pengajaran.

Adat resam di kerja, ada yang ikhlas bekerja, ada yang tak putus dengan fitnah, dengki dan sumpah saranah.  Ada juga yang talam dua muka atau seperti gunting dalam lipatan.  Silap silap hari kita sendiri yang terkena.  Lebih lebih lagi di dunia yang materialistik ini, ada yang tak kisah siapa yang terhimpit atau terpijak; asalkan mereka dapat apa yang mereka hajati.  Nauzubillah.

Alhamdulillah, bila berjumpa dengan orang yang begini kita sudah tahu supaya jauhi diri dari mereka.  Biarlah mereka dengan dunia mereka.  Tapi sekali sekala bila berbual dengan mereka secara tidak sengaja tersentuh juga topik "kepada orang kejar sangat akan dunia ini sehingga tak terpikir akan akhirat kita kelak macam mana."  Ada dengan macam macam penjelasan, ada yang tak kisah, ada yang alasannya masih muda lagi dan masih jauh lagi kehidupan ini.  Ada yang tak ingat dan tak terpikir akan mati.  Ada yang berkerja ini seperti  mereka hidup selama lama nya.  Astaghfirullah.

Bila saya lihat orang yang sebegini, hati berdoa semuga mereka di beri taufiq dan hidayah.

Ya Allah, tetap lah kami dalam agama MU.

Hiduplah kami dengan iman,

Matikan kami dengan iman,

Dan masokkan kami kedalam syurga MU berserta iman.

Sunday, January 8, 2012

Ikhlas

Assalam,

Jumaat 6hb Dis 2012 (1 Safar 1433)

Segala perkara yang berlaku ada lah diluar dugaan kita.  Ada yang baik, ada yang menyakitkan hati, ada yang membuat kita geram, ada yang membuat kita meluat dan macam macam lagi.

Tiap kita punya cara tersendiri untuk mengatasi nya.  Ada dengan membawa diri ronda ronda hingga larut malam, ada dengan makanan, ada dengan menonton wayang, ada dengan bersembang dengan kawan kawan, ada dengan membaca buku, ada dengan terperuk di rumah dan tidor seharian dan sebagainya.  Tapi mereka mereka yang sedar dunia ini hanya pinjaman, mereka akan terus berwudhu, solat dan bermunajat kepada Allah dengan penyerahan yang sepenuhnya kepada Allah.

Alhamdulilah, Allah sentiasa menujukkan jalan kepada diri ini.  Semasa pulang waktu tengah hari tadi, saya terus ke channel 119 - Tanyalah Ustazah.  Kebetulan soalan yang di ajukan oleh penonton ketika itu berkenaan, "Ada kah orang yang ikhlas bahagia dunia akhirat?"  Sedikit sebanyak soalan itu pun melibatkan apa yang saya alami ketika ini.  Ustazah ceritakan di zaman Amirul mukminin Umar r.a., panglima perang Khalid Al Walid di ganti dengan yang lebih muda walau selama dia memegang jawatan itu, pehak islam tidak pernah kalah.  Sehingga Umar r.a bertanya beliau, apa perasaan nya.  Khalid Al Walid menjawab, dia bertugas bukan kerana Umar r.a atau siapa siapa tapi kerana Allah.  Ini lah ikhlas semata mata kerana Allah.  Terasa diri ini kadang kadang ada sedikit perubahan dah mengeluh dan bertanya pada diri kenapa jadi macam ini dan itu.  Astaghfirullah. 

Rupanya diri ini masih lagi kurang dari segi ini.  Masih lagi kekadang perasaan geram tu ada.  Semuga diri ini dapat mensucikan hati agar seperti Khalid Al Walid dan sahabat sahabat Nabi saw (selawat kepada Baginda serta keluarga dan sahabat) yang lain. 

Ya Allah, aku hambaMu yang jahil.

Ya Allah, aku mohon pertolongan MU.

Ya Allah, Bimbinglah dan berilah aku kekuatan menempuhinya.

Ya Allah, berilah aku kesebaran atas ujian MU.

Ya Allah, ampun kan lah aku.

Thursday, January 5, 2012

Ronda Ronda

Assalam,
lepas-subuh
Seminggu yang lepas semasa berada di ibu kota bersama keluarga, kita berada di Mall.  Seingat saya dah lama kami tak bersiar siar dengan keluarga.  Ramainya orang di sana kerana cuti sekolah hujung tahun.  Ada yang tengok wayang, ada yang sibuk cari alat alat persekolahan, dan sebagainya.  Masa ni lah agak nya mereka bersuka ria dengan famili.

Saya sebenarnya tak berapa nak jalan jalan kalau tak ada tujuan atau benda yang di cari.  Selalunya lepas tujuan selesai, saya akan terus pulang.  Tak suka saya lama lama jalan tanpa tujuan.

Sebelum pulang tu, kita singgah makan kat food court lepas beli belah barang anak anak.  Masa duduk duduk tu, saya tengok sekitar food court dan pelangan pelangan di sana.  Suasana cuti sekolah anak anak nampak ceria duduk makan dengan famili.

Masa itu lah saya betul betul terasa kalau saya nak lepak lama lama kat kedai makan ke etc, memang not for me.  Gelisah rasa kalau lama lama.  Lebih lebih lagi bila teringat bahawa syaitan memang suka kat kedai kedai.  Tu lagi buat diri ini gelisah.  Hati bagaikan di garu garu untuk balik.  Lepas makan cepat cepat teman kan anak anak ke kedai buku.  Ini lah tempat yang mereka suka pergi.  Anak anak kalau ke Mall tak beli buku, tak sah lah outing tu.  Dalam kereta masa dalam perjalanan pergi ke Mall, mereka memang bawa buku untuk di baca (termasok saya...hee..hee).  Tapi bila sampai dekat destinasi barulah kedengaran gelak ketawa mereka adik beradik.   Dalam perjalanan balik, mereka akan baca buku yang baru.

Dalam kereta bila nak balik, mereka semua akan berkata one after the other: "Thank you mama!  Thank you bapa!"  dengan suara excited!  Bila mereka berkata begitu, happy sangat walau penat terasa.

Semuga anak anak mama menjadi anak anak yang soleh dan solehah serta bersyukur atas nikmat Allah.  Amin

DIA tetap bersama

Assalam,

Semenjak Q4 2011, memang apa yang di buat serba serbi tak kena.  Entah lah.  Mood pun tak berapa sangat nak look forward to New year.  Suram aje....No excitement at all!  Saya lebih teruja menyambut Maal Hijrah 1433.

Perasaan begini berlarutan dan kemuncaknya bila tiba di hujung tahun dan awal Jan 2012.  Semua nya bagai berjanji one after the other dimana ianya "happening at the same time".  Berserabut fikiran oleh nya.  Pening juga di buat nya.  Tetapi Allah Maha Mengetahui akan hati hamba hambaNYA.

Setelah melihat dalam diri, redha bahawa ini ada lah ketentuan NYA.  Hati ini diajak untuk perlahan lahan menolak yang negative.  OK, tarik nafas panjang panjang dan hembus keluar.  ahhhhh...Selepas itu tukar pikiran yang negative kepada positive.  Benak hati pun berkata: "DIA mencuba kita adakah makin teguh penyerahan kita kepadaNYA atau sebalik nya."

Alhamdulillah, bila di fikir dengan tenang, istighfar dan berzikir sambil mendengar ayat ayat suci NYA; terasa dari dalam diri nampak semuanya "falls into perspective".  Dalam diri YAKIN akan pertolongan NYA.  Kerana DIA lah Maha Mendengar, Maha Mengasihani dan Maha Pengampun. 

Saya juga yakin bahawa "What goes around comes around!!"

Hari ini selepas check check dalam diri, walaupun yang di harungi itu perit dan pedih, tapi hati terasa tenang kerana DIA ada bersama, sentiasa bersama, akan bersama dan tetap bersama hingga akhir hayat.

Maha Suci Allah.  KepadaMU lah tempat kami kembali.

Kami mohon keampunanMU, ya Allah.


Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru 2012

Assalam,

2011 baru berlalu dan kini kita memasoki tahun baru 2012.

Semuga kita semua menjadi hambaNYA yang lebih bertaqwa, beriman dan beramal soleh.

Semuga di tahun baru segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan diredhai Allah.


Kami mohon pertolongan MU, ya Allah.


Berkati dan rahmatilah kami semua di dunia dan akhirat.


Amin amin yarabbal alamin