Friday, December 30, 2011

Buntu

Assalam,
agamawan duit 2
Kebelakangan ini fikiran bercelaru dek macam macam yang timbul lepas satu selesai datang satu lagi.  Ini lah cubaan dunia buat kita manusia yang bernyawa.  Allah bagi ujian kepada kita apa yang mampu kita tangani.  DIA sesungguhnya Maha Pengasih dan Penyayang dan tidak akan membebankan kita.  Mesti ada jalan keluar atas tiap tiap yang kita harungi.

Ya Allah, permudahanlah semua urusan kami.  Kami mohon keampunan MU dan kami mohon pertolongan MU, ya Allah.

....saja untuk melepaskan apa yang terbuku di hati....

Sunday, December 25, 2011

XBOX 360 and KINECT!!

Assalam,
XBOX 360 & KINECT

22hb Disember 2011, tujuan utama kita ke ibu kota adalah untuk mendapat kan XBOX 360 buat Khairee yang tertangguh semenjak awal tahun ini.  Kita tak beli disebabkan beliau akan menghadapi peperiksaan O level.  Ini juga outing buat famili setelah pepereksaan hujung tahun. 

Kita menuju ke Mall mencari XBOX 360.  Kita bertanya di dua buah kedai.  Yang pertama service boleh tahan sebab ada good customer service.  Di tempat yang kedua, cuma suami saja yang bertanya disebabkan cara salesgirl tu memberi penjelasan yang saya tak suka.  Tak ada in writing apa package yang ada yang boleh kita compare.  Bosan! Saya signal kat suami.  Dia ucapkan kan "TQ" kepada salesgirl dan kita balik ke tingkat atas tempat kedai yang pertama.  Kita test the player.  Nak beli benda macam ni pun kena sabar sebab memakan masa, sehingga kaki dan belakang saya sakit dek berdiri terlalu lama.  Saya pun mencari tempat duduk.  Lepas tanya itu ini dan lihat pros and cons, Khairee memberitahu bahawa Aqeel dan Nasreen nak sekali KINECT! KINECT ni macam permain Wii.  Best juga!

Dah di test ada masaalah sebab mereka belum buat "flushing" untuk mainkan latest game.  So kita beritahu, mereka buat apa yang patut dan kita ambil hari berikutnya.  Package nya ada 6 free games and KINECT ada free 1 game.  Mereka bertiga pergi memilih free games.  Mestilah games yang terkini!

Jumaat 23hb Dis 2011, lepas solat zohor jam 2.15 petang, cuma saya dan Khairee bertolak untuk mengambil XBOX 360 dan KINECT.  Suami kerja.  Aqeel and Nasreen tak nak ikut.  So saya ada mom dan son outing.  Selalunya dalam kereta mesti ada perbualan saya menyentuh rohaniah ke arah kehidupan, supaya anak faham apa tujuan hidup, zikir, solat dan sebagainya.  Saya bagi contoh dengan catatan dari prof Kamil dan saudari Hj Firdaus.  Kadang kadang saya minta pandang Khairee. 

Sabtu 24hb Dis 2011, saya kedengaran bunyi teriakan Aqeel.  Rupanya mereka bertiga main XBOX 360 dan KINECT!! Saya dapat tahu game itu perlawanan antara manusia dengan Alien.  Tiap kali alien itu dekat, Aqeel pause the game.  Dia main dengan Khairee. Saya takut bukan kerana meliat alien itu, tapi disebabkan terkejut dek teriakan Aqeel.  Nasreen di kerusi sebelah pun cemas tengok game ni.  Lepas tu saya tinggalkan mereka bertiga bermain di situ.  Akhir akhir ni lepas jam 5 petang mereka bertiga main badminton di taman.

Buat Amira, they wait for your return to play with you.

Kepada anak anak semua, main game tu berpatutan ya.  Solat jangan tinggal.  Ikut apa yang mama pesan.  Masa cuti sekolah ni ada waktu untuk main tapi kena ikut masa tau!!  Bila sekolah buka nanti, kena pandai jaga waktu main dan waktu belajar!!  Semuga anak anak pandai seimbangkan waktu.

Saturday, December 24, 2011

Takziah

Assalam,
Selasa 20hb Dis 2011.  Kita digemparkan dengan berita kemalangan bas di KK di mana rombongan rakyat Brunei 6 daripada 30-40 orang meninggal dunia.  Itu yang saya tahu diketika itu.  Berita terkini ia nya melebihi dari 6 orang. Al Fatihah.  Semuga roh mereka di tempatkan bersama sama orang orang yang beramal soleh. Amin 

Pagi 21hb Dis 2011 jam 6 pagi, saya membuka FB.  Saya baca status kawan menyatakan "hard to believe...my bro passed away..."  Saya kira kawan dia atau close friend dia yang meninggal dunia.  Saya teruskan bacaan lagi previous status beliau, saya tersentak bila mengetahui bahawa abang beliau adalah diantara salah seorang daripada mangsa kemalangan bas yang meninggal dunia.  Saya terkenang kembali di mana pada tahun lepas, kakak beliau meninggal dunia.  Tahun ini abang beliau.  Saya doakan semuga beliau dan keluarga tabah dalam mengahapi ujian ini.

Di pejabat, cerita hangat ini bersambung.  Lepas zohor, teman yang sorang lagi memberitahu bahawa ibu bapa kepada kawan kami meninggal dunia juga iaitu dalam kemalangan bas yang sama.  Saya tak terkata....kerana dalam otak pikiran saya tak dapat terpikir atau bayangkan jika kedua orang tua saya sekali gus meninggal kan kami buat selama lamanya.  Bila seseorang dari pada nya meninggal dunia, kita sudah terasa sedih (ini dari pengalaman sendiri).  Ini kan pula dua orang?  Semuga teman kami akan tabah dan sabar dengan ujian Allah buat dia dan keluarga.  Semua nya perancangan Allah.  Cepat atau lambat, kita akan menemui ajal bila tiba masa nya. Tak lambat sedetik, tak cepat sesaat.  Kita kena buat persiapan untuk meraih hidupan yang hakiki.  Itu matlamat kita hidup di dunia ini.  Tetapi kita manusia mudah lalai.  Sibuk dengan kerja, anak anak, suami, keluarga dan sebagainya.  Sehingga tanggung jawab yang utama kepada NYA kita leka dan kadang kadang acuh tah acuh.  Ya Allah, jadikan lah kami hamba MU yang bersyukur akan nikmat MU dan istiqmah dalam beribadat kepada MU.

Mendengar berita ini, ia betul betul menghambat emosi saya.  Saya rasa gelisah.  Saya muhasabah diri.  Saya bertanya kepada diri ini: "Cukupkah amalan saya?  Macam mana nanti akhir hayat saya?"  Saya berdoa semuga akhir hayat saya nanti, saya akhiri dalam iman.

Lalu saya berdoa, "Ya Allah, hidup kan lah kami dengan iman, matikan lah kami dalam iman, dan masok kan kami kedalam syurga firdaus MU beserta iman."  Tak disedari air mata menitis.

Friday, December 23, 2011

30th Long Service

Assalam,

Picture of Number Thirty - Free Pictures - FreeFoto.com
7hb Disember adalah satu tarikh dimana ianya ada lah mercu tanda 30 tahun saya berkhimat dengan syarikat.  Ia satu jangka masa yang panjang di mana saya sendiri semasa mula mula bekerja dulu tak terfikir akan sampai ke tahap ini.  Tahun ini juga saya naik satu tingkat dimana usia saya menjangkau "5" series.

Bagi syarikat saya, bila mencapai 25 tahun ke atas perkhidmatan, setiap kaki tangan akan mendapat cuti sehari.  Saya memilih untuk bercuti 22hb Disember dan di sambung dengan cuti tahunan hingga 28hb Disember 2011.

Masa mula mula kerja dulu, perancangan saya bila dan sampai 5 tahun berkhidmat, jika tak serasi saya akan meletak jawatan.  Tiap tiap 5 tahun saya tengok perkembangan saya.  Kini pejam celik pejam celik, ia nya sudah mencecah 30 tahun.  Saya rasa bersyukur atas segala yang Allah limpahkan kepada saya dan keluarga.

Ya Allah, aku bersyukur atas limpah kurnia MU.
Limpahkan lah rahmat Mu kepada kami,
Bantulah kami menghadapi masa hadapan kami dengan tabah.
Teguhkan lah iman kami,
Berilah kami kesehatan tubuh badan,
Agar kami dapat beribadat kepada MU.
Tempatkan lah kami di syurga firdaus MU,
Ampunkan lah kami,
Jauhkanlah kami dari fitnah hidup, fitnah mati, fitnah kubur, fitnah kubur
fitnah azab kubur dan azab api neraka.
Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kami dunia dan akhirat.

Kita tengok lagi 5 tahun akan datang.



Monday, December 12, 2011

Role Model

Assalam,
Panorama Holidays - Holiday Search
Boleh di katakan kebanyakan kita mempunyai role model.  Sama ada tokoh tokoh yang masyhur, orang kenamaan, menteri, penyanyi, pelakon, guru, nenek, ibu, bapa, adik, kakak, abang atau kawan kita sendiri. Mereka lah yang ingin kita contohi i.e. akhlak yang baik, budi pekerti yang mulia dan sebagainya.  Kalau pun tak seratus peratus, sebahagian yang baik yang boleh kita ikuti pun mencukupi.  Ketika perasaan dan emosi berada di radar negative, inspirasi dan motivasi yang sentiasa kita dapat dari role model ini lah yang menjadi "emotional booster" buat kita dan secara tidak langsung membantu kita dalam ujian ujian yang kita lalui.

Kadang kadang buku buku motivasi atau blog di alam maya turut membantu.  Terasa kita bukan seorang diri yang melaluinya.  Mereka dengan tidak sengaja membantu tanpa mereka sedari.  Yang di luar sana pun ada yang mengalami turun naik nya ujian dalam kehidupan sehari hari.

Saya ingin bertanya, jika ada orang memberitahu "You are my role model."  Apa kah perasaan anda?  Terkejut?  Gembira?  Serba salah?  Takut?

Bagi saya, jika ada orang berkata begitu kepada saya; saya mungkin berasa terkejut dan takut.  Kenapa?  Saya akan TERKEJUT disebabkan saya cuma seorang yang biasa biasa saja.  Saya tidak suka menonjolkan diri.  Kedua, saya akan berasa TAKUT kerana bagi saya ia satu tanggung jawab yang besar.  Example: Bagi mereka yang "look up to us", kepercayaan mereka akan hilang jika apa yang kita buat "cakap tak serupa bikin".  Kadang kadang yang kita buat kita rasa betul, tapi bagi orang lain ianya salah.  Lain lagi jika role model itu seorang public figure!  Lagi besar tanggung jawab.  Segala tingkah laku, tutur kata, pakaian, pergaulan, pokok nya serba serbi kena fikir apa effect nya jika kita buat begini dan begitu.

Semuga Allah beri keimanan dan ketaqwaan dalam menempuh hari hari yang akan datang.  Saya berpesan kepada diri sendiri : Melihat lah dengan "mata hati'.  Sesungguhnya aku hanya manusia biasa ya Allah.  Ampunkan lah aku.

So, I ask you again, nak jadi role model?  Jawaban nya ada pada ANDA!

Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan

Assalam,

Jumaat 9hb December, 2011

Tiap tiap hari jumaat saya memang tak lepas dari menonton siaran Al Kuliyah TV3 dari jam 5 hingga 6 petang.  Kekadang tu terlepas juga disebabkan tugas dan akhir sampai ke rumah.

Topic kali ini berkenaan gerhana.  Menarik sungguh topic kali ini dan membuka minda bagi saya yang kurang arif dalam bidang ini.  Penjelasan dari ustaz yang di undang sungguh jelas, sehingga anak anak saya panggil untuk mendengar sama.  Kerana gerhana bulan terjadi pada Sabtu 10hb December 2011.  Penjelasan dari ustaz bahawa gerhana bulan kali ini adalah ulangan dari apa yang berlaku pada 7 November 1957 (kalau tak silap saya).  Saya beritahu anak anak untuk solat di masjid keesokan hari nya.

Sabtu 10hb December 2011

Ketika keluar rumah untuk ke masjid, bulan terang benderang.  Fenomena gerhana belum lagi berlaku.  Sungguh terang dan besar nya bulan ketika itu and sungguh besarnya kuasa Allah.  Saya memang suka melihat bulan ketika mengambang begini.  Sampai di masjid saya berasa begitu aman sekali dan ianya membawa kenangan haji 2009.  Saya begitu rindu untuk kesana lagi.  Saya mohon kepada Allah agar di perkenankan lagi untuk ke rumah MU Baitullah.

Lepas solat isyak dan doa, kita sambung dengan solat gerhana bulan.  Khubah nya membawa kita supaya kejadian gerhana ini bukan kerana ada orang kenamaan akan meninggal dunia atau ada perkara anih akan berlaku; tapi ianya semata mata hanya kekuasaan Allah.  Sesungguhnya DIA lah yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.  Ini ditekankan supaya kita tak lupa dan yakin akan kekuasaan dan kebesaran Allah.  Allahu Akbar!

Kita juga di ingatkan agar melihat segala alam keliling baik tanaman, haiwan, cekera wala, baik yang di langit mahu pun di bumi.  Jangan kita sibuk dengan dunia tetapi bersedialah untuk tempat yang kekal abadi dan hakiki. 

Balik dari solat isyak, bulan masih terang dan ada sedikit ditutupi, bermulanya gerhana. Saya sempat mengambil gambar gerhana buat kenangan akan kebesaran Allah.  Sambil tu istighfar tak lepas dari mulut.  Sungguh menakjubkan!  Maha Suci Allah!!  Allahu Akbar!!

Aku mohon keampunan Mu, Ya Allah.

All pics taken using Canon Powershot S5

taken at 8.56pm

takan at 8.59pm

takan at 9pm

takan at 9.12pm

taken at 9.21pm

taken at 9.33pm

taken at 9.48pm

taken at 10:03pm

taken at 10:09:30pm using using night snapshot

taken at 10:09:53pm - using night snapshot

taken at 10:11:53pm
 
taken at 10:13:38 - using night snapshot
 
taken at 10:14:08pm

taken at 10:15:45pm using night snapshot


taken at 10:20:03pm

taken at 10:24:23pm

fully covered taken at 10:34:57


Saturday, December 3, 2011

Aqeel

Assalam,

Ahad 27 November, 2011

Jet lag masih lagi terasa dan bangun agak lewat.  Di sebelah petang bawa Aqeel gunting rambut dan selepas itu ke rumah nenek.  Kesian nenek.  Selepas sembang sembang dengan nenek lumut, saya memandu melepasi pos kawalan polis.  Kenapa?  Aqeel begitu teruja ingin mencuba memandu kereta hingga ke rumah.  Kereta jenis gear automatic, ok..boleh lah. Excited nya anak yang sorang ni.  Sampai rumah sempat ambil gambar.

Aqeel mengambil pepereksaan bahagian tulisan pada 19hb November 2011 dan lulus.  Hari jumaat 2hb Disember, 2011 dia mulai belajar memandu minima 10 jam di minggu minggu yang mendatang.  Keberangkalian dia perlu belajar lebih dari 10 jam.  Begitu juga dengan kakak nya dulu.  Semalam lepas balik dari pekan, sempat juga dia memandu kereta jenis manual.  Tapi saya pula yang ketakutan bila dia hendak berundur.  Tak boleh jadi ni!...dia belum steady lagi.....  Bedegup juga jantung di buat nya.  Phewwww!!!

Aqeel and Amira, pesan mama, memandu kereta ada tanggong jawab yang berat sebab nyawa kita dan penumpang di tangan kita.  Jadi, pandu dengan selamat.  Jangan gopoh dan bersabar selalu.  Baca lah doa doa sebelum keluar rumah dan memandu kenderaan seperti yang di pesan.  Semuga dalam perlindungan Allah selalu.  Amin Ya Rabb.

Tuesday, November 29, 2011

Tahun Hijrah 1433 - 2011

Assalam,

Penerbangan dari Jepun ke Singapore memakan masa 7 jam 45 minit.  Dari Jepun sudah bertanya kepada keluarga tarikh awal Muharam dimana bermulanya tahun baru hijrah.

Alhamdulillah sampai Singapore jam 1255 tengah hari  dan terus transfer desk tetapi belum buka lagi. Cari bilik solat lepas tu jalan jalan tengok tengok kedai buku, kedai ubat dan sebagainya.  

Jam 1800 ke counter transfer desk, setelah selesai saya ke bilik solat menunggu maghrib.  Sebelum tu baca doa akhir tahun.  Saya bersyukur sangat sangat masa duduk menunggu maghrib, sudah ada kaki tangan lapangan terbang yang juga menunggu waktu solat. Dalam hati agaknya mereka pun menunggu untuk membaca doa awal tahun hijrah.  Terima kasih Allah kerana permudahkan segala nya.

Lepas solat, saya cuba telipon bekas kawan sekolah yang menetap di Singapore.  Kali ini dapat.  Cerita punya cerita, rupaynya ayah beliau kena stroke 2 bulan lepas dan sudah di operasi.  Sampai jam 2000 saya ke lounge.  Lepas minum dan makan saya turun ke gate F54 sambail sambil tu sempat juga membeli sedikit oleh oleh.

Kapal terbang sampai ke destinasi tepat jam 2400 tengah malam (flight delayed by half an hour) terus ke kereta yang menunggu.  Kata driver ada 2 orang lagi yang ikut sama.  Rupanya yang dengan balik satu kereta pun orang orang yang di kenal juga.  Cerita punya cerita rupanya dia yang jadi imam masa solat maghrib di bilik solat di Changi airport.

Terasa betul betul bahawa Allah maha pengasih dan penyayang kerana menolong hamba NYA.  DIA permudahkan semua urusan juga amal ibadat kita.  Saya bersyukur atas nikmat MU ya Allah.

Friday, November 25, 2011

uniknya Japan



tu button untuk toilet
Assalam,

pertama kali menjejaki ke negara matahari naik, saya begitu teruja.  Ketika sampai, ia musim autumn. Terasa begitu sejuk bagi saya.

Yang unik nya di Jepun adalah, bila saya ke mana mana restaurant, cara hidangan begitu unik  sekali.  setiap hidangan di hias begitu cantik sekali dengan cawan, pingan yang unik unik dan kecil sizenya.

Tempat parking pula pun lain dari yang lain.  Bila datang ke tempat parking, kerita akan berpusing dan tanpa di pandu, ianya membelakang dan masok ke garage seperti container.  Gambarnya nanti di sertakan.

Yang paling unik sekali bagi saya ada lah bila ke bilik air.  Masok saja, tempat toilet seat naik dengan sendirinya.  Bila duduk, terasa lega kerana toilet seat nya heated.  Tidak seperti ketika saya di Uk dulu bila duduk saja kadang nak melompat disebabkan toilet seat nya terlalu sejuk.  Lebih lebih lagi air untuk membersihkan diri lepas buang air kecil dan besar.

Di Jepun, bukan lagi heated toilet seat, bahkan ianya complete dengan bidet, spray untuk mencuci selepas buang air kecil atau besar dan airnya air suam bukan air sejuk.  Bila kita dah selesai, dengan sendirinya ianya flush sendiri.  Tapi ada tempat tempat lain tak ada auto flush.  Yang seronoknya bilik air nya bersih.  Saya rasa lebih bersih dari tempat tempat yang pernah saya kunjungi.  Sila tengak gambar yang disertakan.  Tanda tanda untuk bilik air perempuan dan lelaki pun unik.  Untuk lelaki ada tanda ikan jerung sementara untuk wanita ikan emas. 

Di jalan raya pun tak ada sampah yang berselerak.  Ini di Tokyo lah yang saya nampak.  Tong sampah pun tak tau di mana.  Ini kerana bila kita balik akhir dan kena naik keretapi selamat satu jam, kita membeli makanan untuk makan malam dan duduk di stesen keretapi.  Pusing pusing kita cari tong sampah, tak jumpa juga.  Dah tu pikir bila menunggu keretapi datang mungkin ada tong sampah, tak ada juga.  Kita bawa balik hingga balik ke hotel.  Ada ada saja.

Monday, November 21, 2011

Masa sembang....

Assalam,

Hujan tak henti henti pada hari Sabtu 19/11/2011. Kerja kerja di luar ada yang terpaksa di tangguhkan.

Waktu pagi oleh kerana tak dapat tidur saya duduk di office SAO dan ketika chief cook masok beliau terkejut.  So kita sembang sembang.  Saya fikir beliau tak akan mabuk laut memandangkan sudah sekian lama bekerja di kapal.  Tetapi ada ketika dan masa nya pun masih juga terasa kata beliau.  Bila ombak kuat mereka tak akan dapat memasak untuk anak anak kapal.  Anak anak kapal cuma makan makanan dalam tin saja - benda yang kering seperti roti dan sebagainya.

Beliau kemudian bercerita bahawa pernah masa ombak kuat ketika tengah menghidang telur dadar, disebabkan di lambung ombak yang kuat, telur itu terhumban ke dinding.
Kita juga sembang sembang dengan SAO. Beliau pernah merasai ketika typhoon melanda dimana kapal menjunam 45 darjah.  Bla lihat ke bawah ianya lautan, bila kapal tu naik balik, nampak bulan di langit.  Ketika itu beliau sebagai chief cook sekitar tahun 2000. Periuk belanga di galley (dapor) yang sudah siap dengan makanan terhumbang dan berterbangan ke lantai.  Beliau sendiri terhumban ke bawah dapur dimana food mixer juga turut terjatuh dan menghala ke arah beliau.  Of course, mestilah beliau menyelamatkan diri.

Pernah juga ketika menghidang kapten di waktu itu, belum pun sempat beliau menyedok untuk di simpan ke pingan kapten, makan itu sendiri tumpah ke pingan.  Dan jika kapten tidak cepat cepat memegang pingan makannya, alamat jatuh ke lantai lah makanan itu.  Cerita ini membuat kita gelak walau masa itu kita rasa agak mual sedikit.  Katanya obat untuk mabuk laut ialah minum coke.  So kita turun ke Deck 1 untuk mengambil coke.  Alhamdulillah bila angin keluar, terasa sedap juga.

Pernah juga beliau mabuk laut masa mula mula bekerja sebagai chief cook sehingga berbaring di lantai tempat makan.  Beliau bercerita penuh semangat dengan gaya gaya nya sekali membuat kita gelak kerana begitu lucu.

Anak anak kapal semua nya mesra.  Tak lokek berkongsi pengalaman.  Semuga mereka sentiasa dalam perlindungan Allah dalam pelayaran mereka.



Sunday, November 20, 2011

seterusnya.....

Assalam,

Sabtu 19hb Nov 2011

Air laut bergelor dengan kelajuan 80km/hour SSW

akhir nya dapat saya ambi gambar di mana ombak menhempas kapal.  Nampak depan tu?
 


Saya terjaga jam 0300 pagi.  Kini kapal melepasi Shikoku.  Lepas solat mata tak dapat tidor hingga ke pagi. Dari petang semalam, awan mendung dan dari ramalan cuacu hujan akan turun.  Pagi ini hujan turun dengan lebatnya menhempas jendala kapal.  Lautan juga berombak dan bergelora.  Mana mana tempat tak kira dalam bilik, bilik rehat, dan di kamar mandi; berbagai bunyi kedenganran seharian dari bunyi kaca hingga bunyi deruan angin dan desiran ombak.  Telinga dah tak kisah dengan bunyi bunyi ini, janji dapat tidor.  Kekadang bila ada pintu yang tak tutup kuat, ianya akan tertutup sendiri.  Gegaran terasa di mana mana. Kami di beritahu during restricted visibility, ship horn will be sounded every 2 minutes to let other ships know where we are.

Jam 0600 saya naik ke bridge.  Langit masih mendung dan matahari terbit tak nampak.  Agaknya beginilah cuaca di hari hari yang akan datang sehingga kami sampai di Jepun.  Di sana sini kabus dan lautan bergelora. Saya dapat tahu sekitar jam 0630 kapal berpatah balik atas instructions dari pihak Jepun disebabkan cuaca tak mengizinkan.   Tiupan angin masa ini dari south south westerly winds dengan kelajuan 80km/hour.  Sekitar jam 1100 kapal berpusing balik menuju ke Jepun.  Kemestian untuk kapal ini sampai ke Inanbu Shima jam 12 malam nanti.  Kerja kerja seperti memasang tali untuk mooring sebanyak 12 pieces ie 6 di depan dan 6 di balakang di sediakan.

Sekitar jam 0730 saya turun sarapan pagi.  Dari jendela saya nampak alunan ombak besar menghempasi kapal.  Dalam hati berkata, beginilah ketentuan Allah.  Ada masanya air laut tenang, ada masanya berombak, ada masa nya hujan dan ada masa dan ketikanya langit secerah cerah nya.  Terpikir juga yang kapal mempunyai muatan LNG 75000 meter kube dan di perbuat dari besi.  Begitu besar nya kuasa Allah jika di perintahkan NYA laut untuk menelan kapal ini.  Tak sanggup saya memikirkan nya.  Tapi zikir tak henti henti semuga Allah permudahkan.

Kita juga melepasi kawasan tempat latihan pengeboman orang Jepun.




Saturday, November 19, 2011

Wukuf



Assalam,


Alhamdulillah!  Tahun ini hati begitu sayu dengan kedatangan Hari Raya Aidil Adha 1432.  Khabar dari Mekah memang tak ketinggalan melalui radio dan TV.  Lebih lebih lagi bila ianya waktu wukuf di Arafah.  Nostalgia haji 2009 kembali bertandang.  Ianya memang tak boleh di lupakan.  Sungguh shahdu bila terkenang kembali dan ada kah berkesempatan lagi untuk ke sana di waktu terdekat?
Siaran secara langsung dari TV dan radio mengimbau kembali kenangan lalu.

Ya Allah, jemputkan lah kami ke rumah MU.  Kami begitu rindu Ya Allah.  Kami memohon keampunan dan keredhaan MU ya Allah.  Perkenankanlah.

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin.