Assalam,
Jumaat 9hb December, 2011
Tiap tiap hari jumaat saya memang tak lepas dari menonton siaran Al Kuliyah TV3 dari jam 5 hingga 6 petang. Kekadang tu terlepas juga disebabkan tugas dan akhir sampai ke rumah.
Topic kali ini berkenaan gerhana. Menarik sungguh topic kali ini dan membuka minda bagi saya yang kurang arif dalam bidang ini. Penjelasan dari ustaz yang di undang sungguh jelas, sehingga anak anak saya panggil untuk mendengar sama. Kerana gerhana bulan terjadi pada Sabtu 10hb December 2011. Penjelasan dari ustaz bahawa gerhana bulan kali ini adalah ulangan dari apa yang berlaku pada 7 November 1957 (kalau tak silap saya). Saya beritahu anak anak untuk solat di masjid keesokan hari nya.
Sabtu 10hb December 2011
Ketika keluar rumah untuk ke masjid, bulan terang benderang. Fenomena gerhana belum lagi berlaku. Sungguh terang dan besar nya bulan ketika itu and sungguh besarnya kuasa Allah. Saya memang suka melihat bulan ketika mengambang begini. Sampai di masjid saya berasa begitu aman sekali dan ianya membawa kenangan haji 2009. Saya begitu rindu untuk kesana lagi. Saya mohon kepada Allah agar di perkenankan lagi untuk ke rumah MU Baitullah.
Lepas solat isyak dan doa, kita sambung dengan solat gerhana bulan. Khubah nya membawa kita supaya kejadian gerhana ini bukan kerana ada orang kenamaan akan meninggal dunia atau ada perkara anih akan berlaku; tapi ianya semata mata hanya kekuasaan Allah. Sesungguhnya DIA lah yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu. Ini ditekankan supaya kita tak lupa dan yakin akan kekuasaan dan kebesaran Allah. Allahu Akbar!
Kita juga di ingatkan agar melihat segala alam keliling baik tanaman, haiwan, cekera wala, baik yang di langit mahu pun di bumi. Jangan kita sibuk dengan dunia tetapi bersedialah untuk tempat yang kekal abadi dan hakiki.
Balik dari solat isyak, bulan masih terang dan ada sedikit ditutupi, bermulanya gerhana. Saya sempat mengambil gambar gerhana buat kenangan akan kebesaran Allah. Sambil tu istighfar tak lepas dari mulut. Sungguh menakjubkan! Maha Suci Allah!! Allahu Akbar!!
Aku mohon keampunan Mu, Ya Allah.
All pics taken using Canon Powershot S5
No comments:
Post a Comment