Assalam,
Jet lag masih lagi terasa dan bangun agak lewat. Di sebelah petang bawa Aqeel gunting rambut dan selepas itu ke rumah nenek. Kesian nenek. Selepas sembang sembang dengan nenek lumut, saya memandu melepasi pos kawalan polis. Kenapa? Aqeel begitu teruja ingin mencuba memandu kereta hingga ke rumah. Kereta jenis gear automatic, ok..boleh lah. Excited nya anak yang sorang ni. Sampai rumah sempat ambil gambar.
Aqeel mengambil pepereksaan bahagian tulisan pada 19hb November 2011 dan lulus. Hari jumaat 2hb Disember, 2011 dia mulai belajar memandu minima 10 jam di minggu minggu yang mendatang. Keberangkalian dia perlu belajar lebih dari 10 jam. Begitu juga dengan kakak nya dulu. Semalam lepas balik dari pekan, sempat juga dia memandu kereta jenis manual. Tapi saya pula yang ketakutan bila dia hendak berundur. Tak boleh jadi ni!...dia belum steady lagi..... Bedegup juga jantung di buat nya. Phewwww!!!
Aqeel and Amira, pesan mama, memandu kereta ada tanggong jawab yang berat sebab nyawa kita dan penumpang di tangan kita. Jadi, pandu dengan selamat. Jangan gopoh dan bersabar selalu. Baca lah doa doa sebelum keluar rumah dan memandu kenderaan seperti yang di pesan. Semuga dalam perlindungan Allah selalu. Amin Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment