Assalam,
Selasa 20hb Dis 2011. Kita digemparkan dengan berita kemalangan bas di KK di mana rombongan rakyat Brunei 6 daripada 30-40 orang meninggal dunia. Itu yang saya tahu diketika itu. Berita terkini ia nya melebihi dari 6 orang. Al Fatihah. Semuga roh mereka di tempatkan bersama sama orang orang yang beramal soleh. Amin
Pagi 21hb Dis 2011 jam 6 pagi, saya membuka FB. Saya baca status kawan menyatakan "hard to believe...my bro passed away..." Saya kira kawan dia atau close friend dia yang meninggal dunia. Saya teruskan bacaan lagi previous status beliau, saya tersentak bila mengetahui bahawa abang beliau adalah diantara salah seorang daripada mangsa kemalangan bas yang meninggal dunia. Saya terkenang kembali di mana pada tahun lepas, kakak beliau meninggal dunia. Tahun ini abang beliau. Saya doakan semuga beliau dan keluarga tabah dalam mengahapi ujian ini.
Di pejabat, cerita hangat ini bersambung. Lepas zohor, teman yang sorang lagi memberitahu bahawa ibu bapa kepada kawan kami meninggal dunia juga iaitu dalam kemalangan bas yang sama. Saya tak terkata....kerana dalam otak pikiran saya tak dapat terpikir atau bayangkan jika kedua orang tua saya sekali gus meninggal kan kami buat selama lamanya. Bila seseorang dari pada nya meninggal dunia, kita sudah terasa sedih (ini dari pengalaman sendiri). Ini kan pula dua orang? Semuga teman kami akan tabah dan sabar dengan ujian Allah buat dia dan keluarga. Semua nya perancangan Allah. Cepat atau lambat, kita akan menemui ajal bila tiba masa nya. Tak lambat sedetik, tak cepat sesaat. Kita kena buat persiapan untuk meraih hidupan yang hakiki. Itu matlamat kita hidup di dunia ini. Tetapi kita manusia mudah lalai. Sibuk dengan kerja, anak anak, suami, keluarga dan sebagainya. Sehingga tanggung jawab yang utama kepada NYA kita leka dan kadang kadang acuh tah acuh. Ya Allah, jadikan lah kami hamba MU yang bersyukur akan nikmat MU dan istiqmah dalam beribadat kepada MU.
Mendengar berita ini, ia betul betul menghambat emosi saya. Saya rasa gelisah. Saya muhasabah diri. Saya bertanya kepada diri ini: "Cukupkah amalan saya? Macam mana nanti akhir hayat saya?" Saya berdoa semuga akhir hayat saya nanti, saya akhiri dalam iman.
Lalu saya berdoa, "Ya Allah, hidup kan lah kami dengan iman, matikan lah kami dalam iman, dan masok kan kami kedalam syurga firdaus MU beserta iman." Tak disedari air mata menitis.
Lalu saya berdoa, "Ya Allah, hidup kan lah kami dengan iman, matikan lah kami dalam iman, dan masok kan kami kedalam syurga firdaus MU beserta iman." Tak disedari air mata menitis.
No comments:
Post a Comment