Assalam,
Khamis 28hb Julai 2011 - Puan Roza di bawa ke masjid Serusop bagi menyampaikan ceramah kepada kumpulan muslimah Serusop sementara Prof menyampai ceramah beliau di KUPU kepada tenaga pengajar di sana. Sebelah petang prof menyampaikan ceramah "cemerlang" kepada siswa siswi KUPU.
Tajuk yang di sampaikan oleh Puan Roza: "Ya Allah, hebatnya kasih sayangMu."
Selepas solat tahyatul masjid, ceramah pun di mulakan kira kira jam 0845 pagi. Suasana di Masjid Serusop begitu tenang sekali. Kumpulan muslimah Serusop yang datang begitu teruja sekali akan kedatangan Puan Roza.
|
28 July 2011 - Masjid Serusop |
Penyampaian Puan Roza begitu santai sekali. Huraian dan petikan dari tafsir surah surah yang terpilih di kaitkan dengan perjalanan hidup beliau dan prof. Ianya membuka minda bahawa tiap yang terjadi yang baik atau buruk, ada hikmah di sebaliknya. Keikhlasan dari penyampaian beliau penuh dengan nasihat dan petujuk akan kasih sayang Allah menyentuh hati sehingga tak disedari air mata menintis tanpa di paksa. Beliau sendiri pun sebak ketika menceritakan bab ayah beliau. Walaupun buku beliau di baca berkali kali, datang mendengar ceramah beliau sungguh tidak membosankan sehingga waktu berlalu begitu cepat sekali. Diri ini merasa begitu bersyukur kerana Allah buka pintu hati prof & puan Roza datang ke "Abode of Peace".
|
28th July 2011 - KUPU |
CEMERLANG
Ceramah Prof di sebelah petang bagi siswa siswi di KUPU pun begitu bersemangat dengan tips tips bagaimana menjadi pelajar cemerlang dan bagaimama nanti bila mereka harus berdepan dengan pelajar di kala mereka bertukar menjadi tenaga pengajar. Prof sempat memberi tips "reverse psychology" jika mereka nanti berdepan dengan siswa siswi. Semoga ceramah prof terkesan di hati mereka dan menjadikan mereka insan cemerlang seperti prof & puan Roza dunia & akhirat. Amin
Jumaat 29hb Julai - Transformasi Diri
|
29th July 2011 - Dewan Kemasyarakatan Kampong Pandan KB (selepas ceramah) |
Malam jummat prof & keluarga di bawa nun jauh ke Daerah KB bagi ceramah buat masyarakat umum yang bertajuk "Transfomasi Diri".
Dari ceramah beliau ianya membuat diri ini insaf dan betapa kerdil nya kita sebagai manusia. KepadaNya lah tempat kita mengadu & meminta kerana Dia yang maha berkuasa lagi maha penyayang dan maha mengasihani. Ceramah beliau menyedarkan kita bahawa nikmat dan kasih sayang Allah begitu besar sekali. Dan Allah sesungguhnya maha pengampun walau kita sejahil jahil manusia sekali pun kerana Dia sentiasa membuka pintu taubat buat kita. Ya Allah, aku mohon pengampunan Mu. Ampunkan lah aku.
Selepas ceramah saya sempat bertanya kepada kawan kawan yang saya kenali apa pendapat mereka akan ceramah prof. Rata rata mereka tersentuh dan ada yang meninitskan air mata. Semoga para hadirin yang hadir di beri hidayah Allah berubah kepada yang lebih baik dan sentiasa muhasabah diri. Sesungguh nya jalan menuju ke titik terakhir begitu dekat sekali. Mereka mereka yang hadir ini ada lah insan terpilih kerana Allah lah yang mengerakan hati mereka untuk hadir pada malam itu.
Setinggi tinggi terima kasih buat prof & keluarga kerana dalam kesibukan untuk berhijrah ke Madinah, prof masih sudi datang ke "Abode of Peace". Semoga penghijrahan prof dan keluarga di permudahkan dan dirahmati Allah. Kenang lah kami di bumi "Abode of Peace" dalam doa Prof & keluarga di Madinah nanti terutamanya di Raudhah. amin
Penulisan & mutiara kata dari blog prof & puan Roza dari Madinah sangat sangat dinantikan.