Monday, August 29, 2011

Astaghfirullah

Assalam,

Beberapa minggu kebelakangan ini kala memandu atau ketika duduk sendirian, atau melihat keolahan orang sekeliling, fikiran mudah melayang betapa diri ini tanpa di sedari 'menjudge' orang sama ada dari segi ketrampilan atau sebagainya.  Bila terlihat sesuatu, belum lagi buka mulut tetapi hati sudah berkata kata tanpa kita di sedari. Bila kita menyedarinya, maka kita terus istighfar.  Ini lumrah manusia.

Tiap tiap manusia ciptaan Allah adalah cukup sifat dan mempunyai keistimewaan masing masing.  Tapi kita manusia lah yang membezakannya dengan pangkat, darjat dan sebagainya.  Bila teringat akan ini, apa lah ada pada diri ini nak mengata orang.  Astaghfirullah. 

Bagi saya ini adalah ujian yang hebat kalau tak di hadirkan hati dan di lidah kita tidak dibasahi dengan zikir zikir memuji Allah.  Contohnya di bulan ramadhan ini, kita kan solat tarawih di masjid.  Kadang kadang semasa menunggu waktu nak solat, kita terpandang jemaah jemaah yang masok. Kerana dek mata lah hati kita mudah berkata kata e.g  Telekong orang senget pun nak di ucap.  Sebab itu saya masa duduk cuma meliat arah tempat sujud bagi mengelakan ini terjadi.

Atau semasa kita jalan jalan kat kedai, ternampak orang itu berbadan besar dan pakairannya memang tak kena dengan size dia. Astaghfirullah.  Ya Allah, aku mohon kau bersihkan hati ku supaya sentiasa berzikir dan mengingati Mu.  Ampun kan aku ya Allah.

Ya Allah, terima lah ibadat kami di bulan Ramadhan ini. 

No comments:

Post a Comment