Assalam,
Ramadhan menjelang lagi. Tidak terasa waktu berlalu begitu cepat sekali. Hati tersentuh dan di hambat rindu yang teramat sangat. Ramadhan kali ini tidak seperti tahun tahun yang lalu. Kita kehilangan ayah yang tersayang. Pemergian nya pada 14 Jan 2011 (10 Safar 1432) tidak di sangka sangka (hari ini 203 hari). 14 Julai ada lah hari lahir ayah. Dia begitu berbangga disebabkan tiap tiap tahun pada hari lahir ayah akan diadakan solat hajat berjemaah di masjid masjid di seluruh negara sempena menyambut HM birthday. Kini ianya tinggal kenangan abadi.
Ya Allah, ampunkan lah dosa dosa ayah ku. Cucuri lah rohnya dengan rahmatMU, perluaskan dan terangilah kuburnya, Kau tempatkan lah ayah di syurga firdausMu bersama-sama orang orang yang beriman dan beramal soleh. Amin amin yarabbalalamin.
Al Fatihah
Taken a few years back during hari raya aidil fitri |
Al Fatihah
No comments:
Post a Comment