Tuesday, August 9, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Assalam,

Selasa 2 Ogos 2011 - Hari Pertama Ramadhan


Before berbuka - Mak Uda's house

The ladies
 
after tarawih - watching Amirul's video school project where some of them are in the video
Buat hari pertama Ramadhan, kami di jemput mak uda berbuka di rumah nya.  Ini lah masa anak anak berkumpul dengan sepupu mereka.  Selepas tarawih, anak anak menonton video clip yang di rakam di rumah Amirul bagi project sekolah nya.  Semua teruja meliat video clip itu termasok lah ibu ibu sekali.  Macam macam lah komen keluar, ada yang tergelak melihat keolahan sendiri walau pun video tu masih dalam process editing.  Mudah mudahan bila siap nanti dapat tengok lagi.  May you have a very good grade with that video Amirul.

Sabtu 6 Ogos 2011 - Berbuka di Holiday Lodge

6 ogos 2011 - Kids group pic at Holiday Lodge
Rezeki datang lagi di mana mak iring menjemput kami berbuka di Hotel Holiday Lodge.  Kita bertolak 5.30 petang memandangkan Khairee ada kelas tusyen.  Kita sampai betul betul beduk berbuka puasa kedengaran di radio kira 6.36 petang.  Kita terus menuju ke ground floor tapi restaurat macam lengang saja.  Kita tanya rupanya dah tukar ke di tingkat satu.  Kita pikir salah tempat!
Naik tingkat satu semua dah duduk di meja dengan juadah buffet yang tersedia.  Saya tegok penuh meja.  Saya tengok tengok apa kueh kueh yang ada bagi berbuka.  Main course tak tengok lagi.

All and all okay juga lah.  Terima kasih mak iring, semoga di murahkan rezeki.

Ahad 7 Ogos 2011 - Tarawih


7 Ogos 2011 - nenek lumut

7 Ogos 2011 lumut - Izzat & Amira

Seminggu dah kita sepakat untuk ziarah kubur nenek ayah.  Anak saudara saya Hj Yamin lah membaca tahlil kerana beliau lepasan tahfiz.  Kini beliau menunggu untuk melanjutkan master di UK.  Adik beliau Hj Yazid masih di tahun kedua dalam jurusan sarjana syariah di Malaysia.   Alhamdulillah ada juga anak anak saudara yang ikut jejak datok (nenek kepada emak adalah seorang alim ulama yang di kenali sebagai Sheikh Usman Abdul Wahab As-Sarawaki.  Buku yang menunjukkan emak keturunan nya ada di bukukan).  Semoga mereka berdua berjaya dunia akhirat.

Lepas tahlil, semua sudah maklom berbuka di rumah nenek di lumut, di teruskan dengan solat maghrib, isyak, & tarawih berjemaah.  Begitu sayu kerana ketiadaan ayah tersayang.

Semoga ibadah kita diterima Allah dan di redhai Nya.  Amin

No comments:

Post a Comment