Assalam,
7hb Disember adalah satu tarikh dimana ianya ada lah mercu tanda 30 tahun saya berkhimat dengan syarikat. Ia satu jangka masa yang panjang di mana saya sendiri semasa mula mula bekerja dulu tak terfikir akan sampai ke tahap ini. Tahun ini juga saya naik satu tingkat dimana usia saya menjangkau "5" series.
Bagi syarikat saya, bila mencapai 25 tahun ke atas perkhidmatan, setiap kaki tangan akan mendapat cuti sehari. Saya memilih untuk bercuti 22hb Disember dan di sambung dengan cuti tahunan hingga 28hb Disember 2011.
Masa mula mula kerja dulu, perancangan saya bila dan sampai 5 tahun berkhidmat, jika tak serasi saya akan meletak jawatan. Tiap tiap 5 tahun saya tengok perkembangan saya. Kini pejam celik pejam celik, ia nya sudah mencecah 30 tahun. Saya rasa bersyukur atas segala yang Allah limpahkan kepada saya dan keluarga.
Ya Allah, aku bersyukur atas limpah kurnia MU.
Limpahkan lah rahmat Mu kepada kami,
Bantulah kami menghadapi masa hadapan kami dengan tabah.
Teguhkan lah iman kami,
Berilah kami kesehatan tubuh badan,
Agar kami dapat beribadat kepada MU.
Tempatkan lah kami di syurga firdaus MU,
Ampunkan lah kami,
Jauhkanlah kami dari fitnah hidup, fitnah mati, fitnah kubur, fitnah kubur
fitnah azab kubur dan azab api neraka.
Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kami dunia dan akhirat.
Kita tengok lagi 5 tahun akan datang.