Wednesday, September 11, 2013

Bersiar dengan nenek

Assalam
26.4.2013

Ianya hari Sabtu.  Adik ketika ini berkursus di Holland.  Emak masih di landa sedih kerana pergi nya dua adik lelaki bulan Nov 2012 dan Jan 2013 selepas pemergian ayah Jan 2011.

Untuk menghiburkan hati emak, saya dan kakak membawa emak ke ibu kota bagi pengurusan yang tergendala beberapa minggu.  Pengurusan saya hanya sekejap sahaja iaitu jam 9pagi sudah selesai.

Selepas itu saya terus bertanya kepada emak kemana dia hendak pergi.

Akhirnya emak minta dibawa ke Pantai Serasa.  Kami papah emak pelan pelan dan kami duduk ditemankan angin angin sepoi bahasa. Pemandangan laut begitu tenang.  Ketika itu cuma ada pekerja yang membersih kawasan pantai sahaja.  Lama kami duduk di situ. 

Emak tahu ayah memang suka ke pantai.  Semasa ayah masih sehat, tiap hari ayah akan ke pantai bagi memastikan laut tenang sebelum turun ke laut untuk memukat/mengikis.  Ia kenangan yang tidak dapat di lupakan. 60 tahun mereka hidup bersama.  Kenangan manis dan pahit tetap di hati. 

Adik adik lelaki pula sentiasa membawa emak kesana kemari apabila kami bekerja.  Kini mereka sudah tiada, emak rasa patah kaki kerana teman berjalan tidak ada.  Lebih lebih lagi mereka berdua sentiasa berada dirumah bersama beliau dan tidur sebilik dengan beliau.

Ya Allah, KAU berilah ketenangan jiwa buat emak dalam menempuh hari hari seterusnya.
Berilah emak kesihatan yang berkekalan bagi beribadat kepada MU.
Ampunkanlah dosa dosa kedua orang tua ku sebagaimana mereka memelihara ku sejak kedil lagi.
Tempatkanlah mereka bersama orang orang yang soleh dan beriman.
Masokan lah mereka kedalam syurga firdausMU tanpa hisab.
Amin amin yaarabbal alamin

Bon Voyage Aqeel

Assalam,

Friday 6th September ( 30hb Syawal 1434) was the special day Aqeel has been waiting for.  This is the day she finally flew to further her studies.

Bon Voyage Aqeel

May you stay healthy,

Happy as always,

and  wishing you every success in your studies and future undertakings.

Semuga Allah beri kesihatan yang berkekalan,

Semuga berjaya dunia akhirat,

Sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah,

Teguh iman dalam menghadapi kehidupan di luar sana.

Amin amin ya Rabb


Friday, August 30, 2013

Sangkala

Assalam,

Kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2013M / 1434H pada 9hb August.  Cuti awam kita 3 hari dan ia nya menjadi 3 hari sejak tahun lepas.  Ini membuat kan secara purata cuti awam menjadi 5 hari termasok hujung minggu.

Semasa balik kerja, otak masih lagi bercuti dan pekerjaan pun perlahan.

Di tempat saya bekerja ada lah logi gas cecair.  Tiap tiap hari Rabu akan di adakan "Siren Test Drill".  Pada hari itu terlupa.  Ketika itu saya seorang diri berada di surau dan bila terdengar bunyi yang kuat, hati terdetik adakah ini tiupan sangkala.  Cemas!  Saya terus istighfar.  Bila dah tenang, baru ingat ianya "Siren test drill".

Terus saya terfikir bagaimana agak nya diri ini bila tiupan sangkala yang betul tiba.  Sedangkan amalan belum lagi mencukupi...Ya Allah, beri kami kesempatan untuk beribadat kepadaMU.




Sunday, August 11, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H / 2013M

Assalam,

Hari Raya Aidil Fitri jatoh pada hari Jumaat 9hb Ogos 2014.  Terasa sayu hati Ramadhan berlalu.  Semuga segala amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan diterma Allah dan diampunkan dosa dosa.  Amin ya Rabb.

Terasa kehilangan wajah wajah yang dikasihi - ayah Dan dua adik lelaki.  Mereka mendahului kami.  Semuga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang soleh dan beriman.  Moga kita berjumpa di syurga Firdaus, inshallah.

Semuga Allah beri keimanan, ketaqwaan dan kekuatan untuk  istiqamah bagi meneruskan amal ibdah yang dibuat di bulan Ramadhan ke bulan bulan seterusnya hingga ke titik terakhir.  Kami mohon pertolonganMU ya Allah.

Semuga Allah sampaikan ke Ramadhan yang akan datang, inshallah.

Buat emak serta kaum keluarga dan handai taulan,  Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin.

Monday, July 1, 2013

Volunteers for conserving Badas Peat Dome

Saturday 4th May 3013
Today is finally the day for the voluntary work in Badas.  See below the need for volunteers to do this conservation.  I volunteer in order for my children and their children to be able to see the green that I used to see, clean air, water etc.  But to be able to have this, something needs to be done.

It is going to be a year long of collecting data etc. We will come out once or twice a month for a few hours to monitor water table depth and canal water flows at three transects in the Badas peat dome.  Below is the email bulletin of the study.


"What if Brunei looked like Holland in 100 years? Sounds unlikely? Not necessarily.


Brunei sits to a large extent on peat soil (18%). Intact peatlands may be as much as 95% water, so when you start disrupting the peat through construction works (roads, houses, canals), the peat starts draining out, flooding occurs AND your land is sinking. In some areas in Brunei the peat is up to 7 meters thick (Badas peat dome).

This brings us back to Holland. Much of Holland used to be intact peat swamps as well but its disturbance has meant that much of the country is by now under sea level. Billions are spent every year to keep the country dry. We do not want this to happen in Brunei."

see pictures below during our first day at the site. The guy in the brown shirt (Wetlands) and his colleague were specially flown for this study.



 


listen to the briefing before proceeding



Friday, April 26, 2013

Habib Noh

Assalam,

July 12hb hingga 14hb 2012 kami ke Singapura membawa emak atas hasrat beliau untuk ke Habib Noh di Palmer Road.  Kami pergi berempat.  Kimi menginap kat Royal Plaza on Scotts.  Ia mudah kerana dekat dengan kedai kedai.  Lagi pun hotel ini mempunyai kemudahan wheel chair.  Makanan kat hotel pun halal.

Kami berada di Singapura 3 hari 2 malam. Buat kaka saya yang turut serta, ini penerbangan yang pertama kali ke singapura ketika beliau dalam usia 54 tahun.

Hari kedua kami terus naik teksi ke Habib Noh.  Teksi yang di pandu oleh orang bangsa cina tetapi mempunyai tolenrasi akan keinginan pelangan nya.  Untuk ke Habib Noh, memang mudah tetapi teksi balik agak susah.  Jadi kami minta driver teksi menunggu kami sementara kami solat.  Sempat jua driver tu berkata: "Kena tunggu mahal sebab meter jalan."  Saya kata. "Tak apa."

Lama  juga kita kat Habib Noh kerana membawa orang yang dah berusia (84 tahun) kena jalan perlahan.  Kita jalan kena ikut rentak emak sebab perjalanan beliau perlahan.  Naik tangga kesian tengok dia menggunakan kudrat walaupun terasa sakit lutut.  Semuga tercapai apa yang emak doakan di masjid ini.

Lepas di Habib Noh, kami minta teksi bawa kami ke Geylang Serai.  Dah lama saya tak kesini.  Berpuluh tahun.  Tak macam dulu.  Bersih sekali tempat ini berbanding dulu.

Lepas dari Gelang Serai, kami balik hotel.  Kami bawa nenek melihat kawasan keliling dan department store.

Sehari sebelum balik, saya berjumpa dengan kawan sekolah masa darjah 3 dulu yang masih berutusan melalui email dan telifon bimbit, dan beliau mahu minum high tea bersama kami di hotel kami.  Ramai nya orang!  Makanan pun sedap sedap.  Kueh mueh macam macam ada.  Saya sungguh berbesar hati kerana beliau sanggup berjumpa dengan kami.  Dia ceria seperti biasanya.  Beliau menghidap barah dan 4 bulan lepas menjalani kimoterapi.  Beliau tetap bersemangat berjumpa dengan kami.  Saya doakan semuga beliau mendapat kesihatan yang berkekalan.  Dulu masa transit kat Singapore before proceeding to UK, kami akan berjumpa.  Kenangan manis.

seminggu lepas balik, emak nak lagi pergi......  Itu nanti lain cerita.



Thursday, April 25, 2013

Kucing

Assalam,

Bumi Kenyalang.

Dekat tapi jauh rasa untuk ke sana.  Saya berpeluang menjejakan kaki ke sana bagi melawat adik bongsu perempuan emak yang sakit.  Ini lah pertama kali saya ke Kucing.

Saya pernah ke Kucing ketika usia baru beberap tahun.  Memijakkan kaki ke bumi kenyalang, emak nampak teruja.  Beliau pun dah lama tak ke sana.

Kami kesana 3 hari 2 malam.  Kesempatan ini kami gunakan sebaik mungkin bagi melawat sanak saudara.  Kami terus ke rumah sakit bila tiba di Kucing.  Kedatangan kami cuma di ketahui oleh sorang saja sepupu kami.  Semua kaum keluarga terkejut dengan ketadangan kami.  Alhamdulillah, emak berkesempatan berjumpa dengan adik beliau.  Nampak emak dan cik begitu gembira bertemu. Cik makin bersemangat melihat emak.  Cik juga mahu makan dengan kedatangan emak.  Sehingga Dr pun menyarankan ada baik nya emak sebagai kakak datang supaya memberi semangat kepada cik.

Kami juga turut melawat abang emak yang sulung (Wa) dan kakak nya (anjang) yang terlantar di katil dek terjatuh di kamar mandi.  Dah 7 tahun beliau begitu.  Tetapi muka nya berseri dan senyuman tak lekang dari bibir nya.  Kata nya dan nasihat nya berkisar kepada ketaatan kepada ibu, minta doa ibu, dan zikrullah jangan tinggal.  Beliau mengajar anak anak kampung mengaji Al Quran.  Itulah cahaya yang saya nampak di muka beliau.  Tak salah umur beliau dah lebih dari 86 tahun.  Subhanallah!!

Hingga kini muka nya sentiasa terbayang.

Semuga kami berkesempatan melawat mereka lagi di sana.

Kepada cik, Wa, Anjang dan kaum keluarga di bumi kenyalang, semuga diberi kesihatan yang berkekalan dan dalam redha Allah hendaknya.  Amin