Assalam,
Hari Raya Aidil Fitri jatoh pada hari Jumaat 9hb Ogos 2014. Terasa sayu hati Ramadhan berlalu. Semuga segala amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan diterma Allah dan diampunkan dosa dosa. Amin ya Rabb.
Terasa kehilangan wajah wajah yang dikasihi - ayah Dan dua adik lelaki. Mereka mendahului kami. Semuga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang soleh dan beriman. Moga kita berjumpa di syurga Firdaus, inshallah.
Semuga Allah beri keimanan, ketaqwaan dan kekuatan untuk istiqamah bagi meneruskan amal ibdah yang dibuat di bulan Ramadhan ke bulan bulan seterusnya hingga ke titik terakhir. Kami mohon pertolonganMU ya Allah.
Semuga Allah sampaikan ke Ramadhan yang akan datang, inshallah.
Buat emak serta kaum keluarga dan handai taulan, Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin.
No comments:
Post a Comment