Thursday, April 25, 2013

Kucing

Assalam,

Bumi Kenyalang.

Dekat tapi jauh rasa untuk ke sana.  Saya berpeluang menjejakan kaki ke sana bagi melawat adik bongsu perempuan emak yang sakit.  Ini lah pertama kali saya ke Kucing.

Saya pernah ke Kucing ketika usia baru beberap tahun.  Memijakkan kaki ke bumi kenyalang, emak nampak teruja.  Beliau pun dah lama tak ke sana.

Kami kesana 3 hari 2 malam.  Kesempatan ini kami gunakan sebaik mungkin bagi melawat sanak saudara.  Kami terus ke rumah sakit bila tiba di Kucing.  Kedatangan kami cuma di ketahui oleh sorang saja sepupu kami.  Semua kaum keluarga terkejut dengan ketadangan kami.  Alhamdulillah, emak berkesempatan berjumpa dengan adik beliau.  Nampak emak dan cik begitu gembira bertemu. Cik makin bersemangat melihat emak.  Cik juga mahu makan dengan kedatangan emak.  Sehingga Dr pun menyarankan ada baik nya emak sebagai kakak datang supaya memberi semangat kepada cik.

Kami juga turut melawat abang emak yang sulung (Wa) dan kakak nya (anjang) yang terlantar di katil dek terjatuh di kamar mandi.  Dah 7 tahun beliau begitu.  Tetapi muka nya berseri dan senyuman tak lekang dari bibir nya.  Kata nya dan nasihat nya berkisar kepada ketaatan kepada ibu, minta doa ibu, dan zikrullah jangan tinggal.  Beliau mengajar anak anak kampung mengaji Al Quran.  Itulah cahaya yang saya nampak di muka beliau.  Tak salah umur beliau dah lebih dari 86 tahun.  Subhanallah!!

Hingga kini muka nya sentiasa terbayang.

Semuga kami berkesempatan melawat mereka lagi di sana.

Kepada cik, Wa, Anjang dan kaum keluarga di bumi kenyalang, semuga diberi kesihatan yang berkekalan dan dalam redha Allah hendaknya.  Amin



No comments:

Post a Comment