Wednesday, August 24, 2011

Jalan Jalan

Assalam,

Khamis 18 Ogos 2011

Oleh kerana ia cuti awam, kita sekeluarga mengambil kesempatan ziarah kubur sebelah suami di ibu kota.  Ramai sekali orang di tanah perkuburan.  Kita pergi 3 tempat perkuburan.  Lepas itu kita sempat meliat bazaar oleh kerna kita tak berkesempatan pergi kerana perjalan memakan masa 1 jam.  Juga di sebabkan bulan Ramadhan, jadi perjalanan yang sebegini saya memang tak berapa suka kalau cuma nak tengok tengok bazaar, kecuali betul betul ada hajat.  Tetapi anak anak berkesempatan meliat reptiles exhibition.  See pics below:


before depart
 
at reptile exhibiton
 
 

Khatam Al Quran

Assalam,

Sabtu, 13hb Ogos 2011

Hari ini khatamal Al Quran di adakan di rumah Mak Wa. Ia bermula jam 5 petang. Kita membaca surah yassin dan seterusnya upaca khatamal Al Quran. See pics below.


about to start
 




Tuesday, August 9, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Assalam,

Selasa 2 Ogos 2011 - Hari Pertama Ramadhan


Before berbuka - Mak Uda's house

The ladies
 
after tarawih - watching Amirul's video school project where some of them are in the video
Buat hari pertama Ramadhan, kami di jemput mak uda berbuka di rumah nya.  Ini lah masa anak anak berkumpul dengan sepupu mereka.  Selepas tarawih, anak anak menonton video clip yang di rakam di rumah Amirul bagi project sekolah nya.  Semua teruja meliat video clip itu termasok lah ibu ibu sekali.  Macam macam lah komen keluar, ada yang tergelak melihat keolahan sendiri walau pun video tu masih dalam process editing.  Mudah mudahan bila siap nanti dapat tengok lagi.  May you have a very good grade with that video Amirul.

Sabtu 6 Ogos 2011 - Berbuka di Holiday Lodge

6 ogos 2011 - Kids group pic at Holiday Lodge
Rezeki datang lagi di mana mak iring menjemput kami berbuka di Hotel Holiday Lodge.  Kita bertolak 5.30 petang memandangkan Khairee ada kelas tusyen.  Kita sampai betul betul beduk berbuka puasa kedengaran di radio kira 6.36 petang.  Kita terus menuju ke ground floor tapi restaurat macam lengang saja.  Kita tanya rupanya dah tukar ke di tingkat satu.  Kita pikir salah tempat!
Naik tingkat satu semua dah duduk di meja dengan juadah buffet yang tersedia.  Saya tegok penuh meja.  Saya tengok tengok apa kueh kueh yang ada bagi berbuka.  Main course tak tengok lagi.

All and all okay juga lah.  Terima kasih mak iring, semoga di murahkan rezeki.

Ahad 7 Ogos 2011 - Tarawih


7 Ogos 2011 - nenek lumut

7 Ogos 2011 lumut - Izzat & Amira

Seminggu dah kita sepakat untuk ziarah kubur nenek ayah.  Anak saudara saya Hj Yamin lah membaca tahlil kerana beliau lepasan tahfiz.  Kini beliau menunggu untuk melanjutkan master di UK.  Adik beliau Hj Yazid masih di tahun kedua dalam jurusan sarjana syariah di Malaysia.   Alhamdulillah ada juga anak anak saudara yang ikut jejak datok (nenek kepada emak adalah seorang alim ulama yang di kenali sebagai Sheikh Usman Abdul Wahab As-Sarawaki.  Buku yang menunjukkan emak keturunan nya ada di bukukan).  Semoga mereka berdua berjaya dunia akhirat.

Lepas tahlil, semua sudah maklom berbuka di rumah nenek di lumut, di teruskan dengan solat maghrib, isyak, & tarawih berjemaah.  Begitu sayu kerana ketiadaan ayah tersayang.

Semoga ibadah kita diterima Allah dan di redhai Nya.  Amin

Friday, August 5, 2011

Tanpa Mu

Assalam,

Ramadhan menjelang lagi.  Tidak terasa waktu berlalu begitu cepat sekali.  Hati tersentuh dan di hambat rindu yang teramat sangat.  Ramadhan kali ini tidak seperti tahun tahun yang lalu.  Kita kehilangan ayah yang tersayang.  Pemergian nya pada 14 Jan 2011 (10 Safar 1432) tidak di sangka sangka (hari ini 203 hari).  14 Julai ada lah hari lahir ayah.  Dia begitu berbangga disebabkan tiap tiap tahun pada hari lahir ayah akan diadakan solat hajat berjemaah di masjid masjid di seluruh negara sempena menyambut HM birthday.  Kini ianya tinggal kenangan abadi.

Taken a few years back during hari raya aidil fitri
Ya Allah, ampunkan lah dosa dosa ayah ku.  Cucuri lah rohnya dengan rahmatMU, perluaskan dan terangilah kuburnya, Kau tempatkan lah ayah di syurga firdausMu bersama-sama orang orang yang beriman dan beramal soleh.  Amin amin yarabbalalamin.

Al Fatihah

Tuesday, August 2, 2011

Majlis Ilmu

Assalam,

Khamis 28hb Julai 2011 - Puan Roza di bawa ke masjid Serusop bagi menyampaikan ceramah kepada kumpulan muslimah Serusop sementara Prof menyampai ceramah beliau di KUPU kepada tenaga pengajar di sana.  Sebelah petang prof menyampaikan ceramah "cemerlang" kepada siswa siswi KUPU.

Tajuk yang di sampaikan oleh Puan Roza: "Ya Allah, hebatnya kasih sayangMu."
 
Selepas solat tahyatul masjid,  ceramah pun di mulakan kira kira jam 0845 pagi.  Suasana di Masjid Serusop begitu tenang sekali.  Kumpulan muslimah Serusop yang datang begitu teruja sekali akan kedatangan Puan Roza.
28 July 2011 - Masjid Serusop

Penyampaian Puan Roza begitu santai sekali.  Huraian dan petikan dari tafsir surah surah yang terpilih di kaitkan dengan perjalanan hidup beliau dan prof.  Ianya membuka minda bahawa tiap yang terjadi yang baik atau buruk, ada hikmah di sebaliknya.  Keikhlasan dari penyampaian beliau penuh dengan nasihat dan petujuk akan kasih sayang Allah  menyentuh hati sehingga tak disedari air mata menintis tanpa di paksa.  Beliau sendiri pun sebak ketika menceritakan bab ayah beliau. Walaupun buku beliau di baca berkali kali, datang mendengar ceramah beliau sungguh tidak membosankan sehingga waktu berlalu begitu cepat sekali.  Diri ini merasa begitu bersyukur kerana Allah buka pintu hati prof & puan Roza datang ke "Abode of Peace".

28th July 2011 - KUPU
CEMERLANG

Ceramah Prof di sebelah petang bagi siswa siswi di KUPU pun begitu bersemangat dengan tips tips bagaimana menjadi pelajar cemerlang dan bagaimama nanti bila mereka harus berdepan dengan pelajar di kala mereka bertukar menjadi tenaga pengajar. Prof sempat memberi tips "reverse psychology" jika mereka nanti berdepan dengan siswa siswi.  Semoga ceramah prof terkesan di hati mereka dan menjadikan mereka insan cemerlang seperti prof & puan Roza dunia & akhirat.  Amin

Jumaat 29hb Julai - Transformasi Diri



29th July 2011 - Dewan Kemasyarakatan Kampong Pandan KB (selepas ceramah)

Malam jummat prof & keluarga di bawa nun jauh ke Daerah KB bagi ceramah buat masyarakat umum yang bertajuk "Transfomasi Diri".

Dari ceramah beliau ianya membuat diri ini insaf dan betapa kerdil nya kita sebagai manusia.  KepadaNya lah tempat kita mengadu & meminta kerana Dia yang maha berkuasa lagi maha penyayang dan maha mengasihani.  Ceramah beliau menyedarkan kita bahawa nikmat dan kasih sayang Allah begitu besar sekali.  Dan Allah sesungguhnya maha pengampun walau kita sejahil jahil manusia sekali pun kerana Dia sentiasa membuka pintu taubat buat kita.  Ya Allah, aku mohon pengampunan Mu.  Ampunkan lah aku.

Selepas ceramah saya sempat bertanya kepada kawan kawan yang saya kenali apa pendapat mereka akan ceramah prof.  Rata rata mereka tersentuh dan ada yang meninitskan air mata.  Semoga para hadirin yang hadir di beri hidayah Allah berubah kepada yang lebih baik dan sentiasa muhasabah diri.  Sesungguh nya jalan menuju ke titik terakhir begitu dekat sekali.  Mereka mereka yang hadir ini ada lah insan terpilih kerana Allah lah yang mengerakan hati mereka untuk hadir pada malam itu.

Setinggi tinggi terima kasih buat prof & keluarga kerana dalam kesibukan untuk berhijrah ke Madinah, prof masih sudi datang ke "Abode of Peace".  Semoga penghijrahan prof dan keluarga di permudahkan dan dirahmati Allah.  Kenang lah kami di bumi "Abode of Peace" dalam doa Prof & keluarga di Madinah nanti terutamanya di Raudhah.  amin

Penulisan & mutiara kata dari blog prof & puan Roza dari Madinah sangat sangat dinantikan.

Wednesday, July 27, 2011

Yang di Tunggu Tunggu

Assalam,

Hari yang di nanti nantikan tiba akhirnya pada hari ini 27hb July 2011.  Saya mengenali mereka dari buku buku dan TV.  Buku buku mereka ada yang dibaca sehingga beberapa kali kerana tips yang di berikan amat berguna bagi saya.

Di sebelah pagi tadi saya mengikuti mesyuarat bagi memasti kan semuanya disediakan bagi kedatangan mereka.  Tak sabar rasa nya.  Dari semalam saya sudah tak senang duduk ditakuti akan ada halangan seperti flight delay dan sebagai nya.  Selepas mesyuarat, saya singgah ke rumah dan dalam jam 11.30 pagi; saya bertolak ke ibu kota bagi menyambut mereka di lapangan terbang.  Sepanjangan perjalanan bibir tak henti henti berdoa dan berzikir moga Allah permudahkan semuanya.

Sampai di lapangan terbang, saya perhatikan kapal terbang yang akan datang di board ketibaan.  Ternyata yang tertera di board  waktu ketibaan adalah 1550 petang.  Rupa rupanya saya tersalah waktu ketibaan mereka di sebabkan terlalu risau.  Alhamdulillah dengan waktu yang terluang, saya singgah ke kedai bagi membeli buah tangan buat mereka sekeluarga.  Semoga ia nya jadi kenangan sepanjang hayat buat mereka ketika berada di negeri "Abode of Peace" ini dan semoga mereka mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan negeri ini.

Rasa macam tak percaya, bila meliat mereka di depan mata ketika keluar dari pintu ruang ketibaan.  Rasa nak menjerit ada, nak menangis pun ada.

Mereka di tempatkan di hotel terkemuka di Hotel Rizqun.


Selamat datang buat Prof dan keluarga dan terima kasih banyak banyak menghadiahkan buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang di sertakan dengan kata kata dan autograph sekali.

Semoga prof & keluarga di rahmati Allah.  Amin 

Saturday, July 23, 2011

Adakah...

Assalam


Liang Forestry

Lama diri ini menghilang tanpa ada penulisan dan update baru di blog ni.  Yang di post baru baru ini cuma penulisan draft yang sudah berbulan lama nya yang belum di siarkan.

Kenapa?


Beberapa bulan kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku yang membuat diri berfikir...berfikir dan berfikir... melihat dalam diri ini.


Blog blog yang selalu di baca membuat diri mengimbas masa lalu.  Mengenang tingkah laku dan perbuatan yang lampau.  Macam macam pertanyaan yang bermain di  fikiran ... adakah ... adakah .... adakah ...???

Dengan usia yang akan menjangkau ke ambang separuh abat, membuat diri tertanya tanya akan amalan amalan yang dikerjakan selama ini.  Menangisi diri adakah ia di tahap yang tertinggi?  Adakah ia ikhlas? Ada kah sifat riak dalam diri?  Adakah amalan di terima Allah? 

Adakah diri ini seperti pokok tanpa dedaun yang rimbun?  Adakah diri ini seperti padang pasir yang kegersangan tanpa air?  Semoga diri ini sentiasa di perlihatkan oleh Allah akan ciptaan Nya yang maha luas di langit dan di bumi.

Dengan ini izin kan diri ini memohon...

Ya Allah, aku adalah manusia yang lemah.  Aku mohon pengampunan Mu, Ya Allah.  Sesungguhnya Kau yang maha pengampun.  Ampunkan lah aku.

Ya Allah,  bantulah akan kami agar selalu menyebut nama Mu, mengingati nama Mu, bersyukur kepada Mu, dan membaguskan ibadat kami terhadap Mu.

Ya Allah, Kau ketuklah pintu hati kami agar sentiasa meningati Mu.

Amin amin yaarabbalalamin