Assalam,
1st April 2012
Kapal terbang mendarat di Heathrow airport at Terminal 4 jam tempatan 0710 pagi. Perjalanan kali ini begitu jauh buat saya. Perancangan ke sini adalah tahun depan. Tapi Allah Maha Tahu segala nya dan tahun ini ada sampai ke sini.
Saya pernah ke United Kingdon 26 lalu ketika menunut dulu. Kali terakhir kesana adalah 13 tahun lalu ketika singgah untuk pulang bercuti balik ke tanah air. Perbezaan dan perubahan begitu ketara. Transit di Dubai adalah juga buat pertama kali bagi saya menjejakan kaki kesana tapi ia begitu singkat. Melihat orang orang Pakistan atau India yang begitu ramai dengan memakai jubah putih, nampak gaya mereka baru balik umrah yang juga in transit di sana untuk balik ke negeri mereka. Kerinduan ke Baitullah mengamit kembali. Baitullah lah tempat yang sentiasa di hati. Jemputlah kami Ya Allah.
Sejak bertolak dari umah lidah tak henti henti berzikir dan berdoa agar perjalanan saya di permudahkan Allah.
pemandang dari kapal terbang 2/4/2012. Adakah ini Swiss Alps? Masya Allah |
sebelum mendarat di London Heathrow ternampak stadium ini. |
Kapal mendarat di Terminal 4 |
Jam 0800 pagi saya sudah keluar dari terminal. Tapi muka yang saya nantikan tak nampak. Hati gementar takut kalau kalau dia tak datang. Rupanya ketika saya lalu dia tak nampak. Dari kejauhan saya nampak beliau dan berseru,: "Kakak!" Seru lagi keli kedua dan melambai lambai kan tangan saya, baru dia nampak. Gembira meliat Amira!! Semuga kehadiran saya disini membangunkan semangat nya. Insya Allah.
Dalam perjalanan ke Paddington station, kita sembang sembang dan bertanya khabar. Di bawah ini adalah gambar di Paddingtion station dan Richbourne Court.
Paddington Station |
kedai roti di Paddington Station |
rumah persingahan di Richbourne Court - kami terpaksa berpindah ke hotel kerana tuan rumah ada tetamu |
rumah kawan Richbourne Court |
bersambung....
No comments:
Post a Comment