Tuesday, October 11, 2011

Hati Terdetik


Asslam,

Pagi tadi ketika dalam perjalanan menuju ke ofis, saya memang suka tengok pokok pokok yang menghijau di kiri kana jalan raya dan juga corak corak awan di langit. Lagu di radio ketika itu mendendangkan lagu memuji kebesaran Allah. Tak semena mena hati jadi sebak dan air mata mengalir. Kenapa? Kerana terpikir akan nikmat panca indera dan semua yang ada di anggota tubuh badan ini yang Allah kurniakan kepada hambaNYA.

Sisa usia yang tinggal cuma berapa kerat saja lagi.  Entah esok entah kan lusa entah kan hari ini aku di panggil yang Maha Esa.  Adakah aku bersedia?  Bagaimana kedudukan ku di sana nanti?

Tak sanggup aku memikirkan nya dek kerana tahap ibadah ku belum seberapa.  Dengan sisa hidup yang ada pada ku, aku tahu KAU mendengar dan tahu isi hati ku Ya Allah.  Makanya ku pohon:-

Ya Allah, Kau terima lah amal kebajikan yang aku buat selama ini.

Ya Allah, aku mohon pengampunan Mu.

Ya Allah, aku mohon taufiq dan hidayah Mu.

Ya Allah, Aku mohon keredhaan dan rahmat Mu.

Ya Allah, aku mohon syurga firdaus MU.

Ampunkan aku Ya Allah...ampunkan aku Ya Allah...ampunkan aku Ya Allah 

No comments:

Post a Comment