Assalam,
Terkebelakang ini diri ini tak berpeluang membuat catatan yang boleh mengisafi diri. Tetapi dari blog blog yang di kunjungi setiap hari, ianya banyak membantu dan memberi ilmu.
Sebagai manusia adakalanya kita boleh focus membuat sesuatu perkara. Terkadang bila penyakit malas melanda, apa pun tak jadi. Apa yang di buat pun ala kadar aje. Ini lah ujian yang berat buat saya. Dengan doa dan ilmu yang di dapat dari buku, blog dan dari perbualan dengan kawan kawan, motivasi kearah membuat kebaikan memang ada. Diri juga di dorong oleh bagaimana ada bloggers setiap hari mengejar impian setapak demi setapak demi kebaikan diri untuk menuju akhirat dan syurga firdaus. Diri ini berpikir, "kalau mereka boleh buat, aku pun boleh!" Kadang kadang bila terlepas, rasa bersalah timbul dan menyesali diri. Tetaapi waktu yang sudah berlalu tak mungkin dapat di putar balik.
Terkadang bila berat untuk melakukan sesuatu atau terbawa bawa dengan sifat malas, Allah tahu apa yang terdetik hati ini. DIA pun menyedarkan diri ini melalui rancangan TV3 Al-Kuliah dan Tanyalah Ustaz/Tanyalah Ustazah di TV9. Kekadang diri ini akan sedar dari pembacaan buku buku. Seolah olah Allah menyindir diri ini supaya jangan leka, jangan di layan nafsu dan hasutan syaitan. Astaghfirullah. Ya Allah, terima kasih kerana sentiasa mengingati hamba mu yang daif ini.
Ya Allah, KAU berilah aku ketabahan dan ketaqwaan dalam mengerjakan amal ibadat kepada MU. Jadikan lah aku hambaMU yang bersyukur atas nikmat MU. Aku mohon taufiq dan hidayah MU, ya Allah. Aku mohon keredhaan Mu Ya Allah. Aku mohon rahmat Mu Ya Allah. Ampunkan aku ya Allah. Amin
No comments:
Post a Comment