Assalam,
Apabila seseorang ingin membuat kebaikan, tak semestinya ianya begitu mudah. Dalam fikiran saya mesti tiada masaalah untuk melakukan nya. Begitu lah anggapan saya...kan kita nak buat baik!! Rupa rupanya tanggapan saya salah.
Sesiapa pun jika hendak melakukan sesuatu yang baik, Allah akan lebih lebih lagi lah ingin menguji kesabaran kita. Ada kah kita ikhlas untuk berbuat demikian atau sebaliknya? Atau adakah kita akan putus asa bila ada halangan bagi mencapai nya?
Untuk mencapai tujuan itu, saya kena pergi keseberang untuk pengurusan nya. Beberapa hari sebelum nya saya berdoa agar Allah permudahkan. Seawal awal lagi saya sudah membuat dua perancangan jika salah satunya gagal. Saya juga menghubungi pejabat di sana sebelum pergi. Lega rasanya apabila suara yang lembut di corong telefon mengatakan bahawa dengan apa yang saya ada, ianya boleh di uruskan.
Sementara itu saya juga menghubungi kawan saya yang kebetulan bercuti untuk di titipkan kepada beliau. Malang nya beliau juga ada hal hal untuk di uruskan. Beliau pergi ke empat cawangan untuk cuba menguruskan nya dari sini . Tetapi harapan beliau hampa. Beliau menghubingi saya kembali dan bertanyakan bila saya bertolak keesokan hari nya. Akhirnya beliau membuat keputusan mengikuti saya.
Sebenarnya saya sudah nekad untuk pergi keseberang seorang diri bagi pengurusan ini. Sesungguhnya saya tak pernah pergi seorang diri ke sana. Kalau pergi pun mesti ada suami, adik atau kakak yang temankan. Itulah....kita merancang tetapi Allah menentukan. Masya Allah, rupa rupanya Allah hantar beliau jadi teman saya untuk keseberang bagi pengurusan ini. Sesungguhnya Allah tahu yang saya menyimpan rasa takut untuk pergi kesana. Alhamdulillah, ada juga saya teman berbual ketika memandu ke sana.
Sampai di sana, option pertama di cuba. Dua tiga kali di cuba, tapi gagal. Jadi, saya cadangkan kepada teman saya untuk menunggu sehingga counter di buka bagi option ke dua. Ketika menuju ke counter, memang betul counter tu dah buka, jadi tak lah perlu kami tunggu lama lama. Alhamdulillah pengurusan itu dapat di lakukan. Allah permudahkannya. Beberapa kali kami mengucap syukur kepada Allah.
Pengajaran nya:-
Semasa dalam perjalanan pulang kami kenang balik apa yang terjadi. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita, Allah mendengar apa yang tersirat dan tersurat di hati kita dan Allah akan permudahkan bila kita meminta kepada NYA selagi kita berbuat sesuatu semata mata kerana NYA.
Fikirkanlah dan bersangka baiklah kepada Allah.
No comments:
Post a Comment