Monday, July 1, 2013

Volunteers for conserving Badas Peat Dome

Saturday 4th May 3013
Today is finally the day for the voluntary work in Badas.  See below the need for volunteers to do this conservation.  I volunteer in order for my children and their children to be able to see the green that I used to see, clean air, water etc.  But to be able to have this, something needs to be done.

It is going to be a year long of collecting data etc. We will come out once or twice a month for a few hours to monitor water table depth and canal water flows at three transects in the Badas peat dome.  Below is the email bulletin of the study.


"What if Brunei looked like Holland in 100 years? Sounds unlikely? Not necessarily.


Brunei sits to a large extent on peat soil (18%). Intact peatlands may be as much as 95% water, so when you start disrupting the peat through construction works (roads, houses, canals), the peat starts draining out, flooding occurs AND your land is sinking. In some areas in Brunei the peat is up to 7 meters thick (Badas peat dome).

This brings us back to Holland. Much of Holland used to be intact peat swamps as well but its disturbance has meant that much of the country is by now under sea level. Billions are spent every year to keep the country dry. We do not want this to happen in Brunei."

see pictures below during our first day at the site. The guy in the brown shirt (Wetlands) and his colleague were specially flown for this study.



 


listen to the briefing before proceeding



Friday, April 26, 2013

Habib Noh

Assalam,

July 12hb hingga 14hb 2012 kami ke Singapura membawa emak atas hasrat beliau untuk ke Habib Noh di Palmer Road.  Kami pergi berempat.  Kimi menginap kat Royal Plaza on Scotts.  Ia mudah kerana dekat dengan kedai kedai.  Lagi pun hotel ini mempunyai kemudahan wheel chair.  Makanan kat hotel pun halal.

Kami berada di Singapura 3 hari 2 malam. Buat kaka saya yang turut serta, ini penerbangan yang pertama kali ke singapura ketika beliau dalam usia 54 tahun.

Hari kedua kami terus naik teksi ke Habib Noh.  Teksi yang di pandu oleh orang bangsa cina tetapi mempunyai tolenrasi akan keinginan pelangan nya.  Untuk ke Habib Noh, memang mudah tetapi teksi balik agak susah.  Jadi kami minta driver teksi menunggu kami sementara kami solat.  Sempat jua driver tu berkata: "Kena tunggu mahal sebab meter jalan."  Saya kata. "Tak apa."

Lama  juga kita kat Habib Noh kerana membawa orang yang dah berusia (84 tahun) kena jalan perlahan.  Kita jalan kena ikut rentak emak sebab perjalanan beliau perlahan.  Naik tangga kesian tengok dia menggunakan kudrat walaupun terasa sakit lutut.  Semuga tercapai apa yang emak doakan di masjid ini.

Lepas di Habib Noh, kami minta teksi bawa kami ke Geylang Serai.  Dah lama saya tak kesini.  Berpuluh tahun.  Tak macam dulu.  Bersih sekali tempat ini berbanding dulu.

Lepas dari Gelang Serai, kami balik hotel.  Kami bawa nenek melihat kawasan keliling dan department store.

Sehari sebelum balik, saya berjumpa dengan kawan sekolah masa darjah 3 dulu yang masih berutusan melalui email dan telifon bimbit, dan beliau mahu minum high tea bersama kami di hotel kami.  Ramai nya orang!  Makanan pun sedap sedap.  Kueh mueh macam macam ada.  Saya sungguh berbesar hati kerana beliau sanggup berjumpa dengan kami.  Dia ceria seperti biasanya.  Beliau menghidap barah dan 4 bulan lepas menjalani kimoterapi.  Beliau tetap bersemangat berjumpa dengan kami.  Saya doakan semuga beliau mendapat kesihatan yang berkekalan.  Dulu masa transit kat Singapore before proceeding to UK, kami akan berjumpa.  Kenangan manis.

seminggu lepas balik, emak nak lagi pergi......  Itu nanti lain cerita.



Thursday, April 25, 2013

Kucing

Assalam,

Bumi Kenyalang.

Dekat tapi jauh rasa untuk ke sana.  Saya berpeluang menjejakan kaki ke sana bagi melawat adik bongsu perempuan emak yang sakit.  Ini lah pertama kali saya ke Kucing.

Saya pernah ke Kucing ketika usia baru beberap tahun.  Memijakkan kaki ke bumi kenyalang, emak nampak teruja.  Beliau pun dah lama tak ke sana.

Kami kesana 3 hari 2 malam.  Kesempatan ini kami gunakan sebaik mungkin bagi melawat sanak saudara.  Kami terus ke rumah sakit bila tiba di Kucing.  Kedatangan kami cuma di ketahui oleh sorang saja sepupu kami.  Semua kaum keluarga terkejut dengan ketadangan kami.  Alhamdulillah, emak berkesempatan berjumpa dengan adik beliau.  Nampak emak dan cik begitu gembira bertemu. Cik makin bersemangat melihat emak.  Cik juga mahu makan dengan kedatangan emak.  Sehingga Dr pun menyarankan ada baik nya emak sebagai kakak datang supaya memberi semangat kepada cik.

Kami juga turut melawat abang emak yang sulung (Wa) dan kakak nya (anjang) yang terlantar di katil dek terjatuh di kamar mandi.  Dah 7 tahun beliau begitu.  Tetapi muka nya berseri dan senyuman tak lekang dari bibir nya.  Kata nya dan nasihat nya berkisar kepada ketaatan kepada ibu, minta doa ibu, dan zikrullah jangan tinggal.  Beliau mengajar anak anak kampung mengaji Al Quran.  Itulah cahaya yang saya nampak di muka beliau.  Tak salah umur beliau dah lebih dari 86 tahun.  Subhanallah!!

Hingga kini muka nya sentiasa terbayang.

Semuga kami berkesempatan melawat mereka lagi di sana.

Kepada cik, Wa, Anjang dan kaum keluarga di bumi kenyalang, semuga diberi kesihatan yang berkekalan dan dalam redha Allah hendaknya.  Amin



Friday, April 12, 2013

Terusik


30 Jamadilawal 1434 (11 April 2013)


Begitu pantas nya masa berlalu.  Ia tetap berputar dan tak akan kembali. Manakala saya masih terkejar kejar akan masa.  Entah ada ada aje yang disibukan.


Pejam celik pejam celik rupanya 3 bulan lagi Ramadhan akan menjelang. Kita sudah masok bulan Jamadilakhir.  Allahu Akhar! Bila di pikir balik, terasa apa yang dilakukan cuma sedikit yang tercapai. Maka hati pun tersentap dan berdoa:


“Ya Allah, bantulah kami agar selalu menyebut namaMU, mengingatiMU, bersyukur kepadaMU dan membaguskan ibadat kami terhadap MU. Kami mohon keampunanMU atas kelalaian kami, Ya Allah.”


Banyak yang terjadi sehingga saya tak berkesempatan untuk update blog saya. Satu daripadanya, saya menghadapi masaalah untuk update blog. Saya tak boleh upload gambar. Kedua, selepas kembali nya adik adik ke rahmatullah di hujung bulan November 2012 and Jan 2013; penulisan saya terbantut. Pikiran sentiasa bercelaru. Tak ada ilham untuk menulis. Walau pun tiap hari ke ofis, “badan saya di ofis, tapi hati dan fikiran saya di tempat lain."  Berbagai cara saya nak cari ilham untuk sambung penulisan saya, masih tak dapat ilham. Hari ini saya paksa diri untuk "put pen to paper".

Bila terkenangkan arwah ayah, arwah Mohamed & arwah Ibrahim, hati menjadi sebak. Hati sentiasa terusik lebih lebih lagi melihat emak yang sentiasa mengalirkan air mata apabila emak duduk sorang sorang. Saya tak tahu bagaimana nak mententeramkan hati emak kerana adik Ibrahim adalah anak kesayangan emak. Kalau emak suruh, dia akan buat. Tak ada bantahan. Mana kala arwah Mohamed, bila kena marah, sepatah pun dia tak jawab. “YA Allah, berilah ketenangan kepada ibu ku. Dan cucurilah rahmatMU kepada arwah ayah, Mohamed dan Ibrahim dan tempatkan mereka bersama orang orang yang beriman dan soleh. Amin.”


Walaupun emak cuba sembunyikan perasaan dia, tapi dari raut wajah dan mata emak, kesedihan masih terpancar di muka emak. Bacaan yassin adalah peneman beliau setiap hari.  Minggu ini saja emak kerap bertanya bila 100 hari arwah Ibrahim.  24hb April 100 hari arwah Ibrahim. 

Kami mohon ketenangan dari MU ya Allah buat emak dan kami sekeluarga.


Monday, March 25, 2013

Happy Birthday Khairee

Assalam,

25 March 2013


Selamat Hari Lahir yang ke 18 buat anakanda Khairee

Semuga dilimpahkan rezeki yang halal,

kesihatan yang berkekalan

kelapangan dada dan kelembutan hati

berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat

lulus dalam pepereksaan

jadi anak yang soleh dan dipertemukan dengan jodoh yang solehah dan beriman

dan dalam perlindungan dan rahmat Allah.

Amin amin yarabbal alamin



Friday, February 22, 2013

Happy Birthday Amira

Assalam,

21 Feb 2013

Happy birth to dearest Amira.

Semuga dalam kesihatan yang berkekalan,

Menjadi anak yang solehah,

Taat kepada kedua ibu bapa,

Berjaya dalam pelajaran dan kehidupan dunia akhirat,

Ditemukan jodoh orang yang soleh dan beriman,

Dalam perlindungan dan rahmat Allah.

Amin amin yarabbal alamin.


Wednesday, January 16, 2013

Takziah Ibrahim Hj Julaihi

Assalam,

15hb Jan 2013 (3hb Rabiulawal 1434)


Tanggal 12hb December 2012, 14 hari selepas abang beliau (almarhom Mohamed Hj Julaihi) kembali kerahmatullah, almarhom Ibrahim di masokkan ke ICU.  Beliau mengidap caner liver, kencing manis, tekanan darah dan komplikasi yang lain.  Beliau koma.

11hb December beliau sms saya kerana tak sabar untuk ikut sama ke Kucing dengan emak.  Lawatan ini tergendala kerana saudara mara di Kucing semua ke sini meraikan anak sepupu kami yang melangsongkan perkahwinan.  Saya katakan, bulan Jan 2013 in shaa allah kita pergi.  Allah Maha mengetahui.  Perancangan Allah lain dari apa yang kita rancang.  Allah lebih menyayangi beliau untuk turut menyusul ayah (yang kembali ke rahmatullah 14 Jan 2011 - 10 safar 1432) dan abang beliau (29 hb November 2012 - 15 Muharam 1434) kembali menemuiNYA.

Memang selepas abang beliau meninggal, kesihatan beliau juga susut.  Beliau sentiasa keletihan dan sentiasa tidor.

Buat adik ku Ibrahim,

Kami doakan semuga Allah terangi dan luaskan kubur mu,

diampunkan Allah segala dosa dosa mu,

di tempatkan bersama sama orang yang taqwa, beriman dan beramal soleh.

Tenang lah kau di sana bersama ayah dan abang mu Mohamed.

Semuga kalian sentiasa mendapat rahmat Allah dan di masokkan ke syurga firdaus tanpa 

hisab.  Amin amin yarabbal alamin.

Al Fatihah