Friday, April 12, 2013

Terusik


30 Jamadilawal 1434 (11 April 2013)


Begitu pantas nya masa berlalu.  Ia tetap berputar dan tak akan kembali. Manakala saya masih terkejar kejar akan masa.  Entah ada ada aje yang disibukan.


Pejam celik pejam celik rupanya 3 bulan lagi Ramadhan akan menjelang. Kita sudah masok bulan Jamadilakhir.  Allahu Akhar! Bila di pikir balik, terasa apa yang dilakukan cuma sedikit yang tercapai. Maka hati pun tersentap dan berdoa:


“Ya Allah, bantulah kami agar selalu menyebut namaMU, mengingatiMU, bersyukur kepadaMU dan membaguskan ibadat kami terhadap MU. Kami mohon keampunanMU atas kelalaian kami, Ya Allah.”


Banyak yang terjadi sehingga saya tak berkesempatan untuk update blog saya. Satu daripadanya, saya menghadapi masaalah untuk update blog. Saya tak boleh upload gambar. Kedua, selepas kembali nya adik adik ke rahmatullah di hujung bulan November 2012 and Jan 2013; penulisan saya terbantut. Pikiran sentiasa bercelaru. Tak ada ilham untuk menulis. Walau pun tiap hari ke ofis, “badan saya di ofis, tapi hati dan fikiran saya di tempat lain."  Berbagai cara saya nak cari ilham untuk sambung penulisan saya, masih tak dapat ilham. Hari ini saya paksa diri untuk "put pen to paper".

Bila terkenangkan arwah ayah, arwah Mohamed & arwah Ibrahim, hati menjadi sebak. Hati sentiasa terusik lebih lebih lagi melihat emak yang sentiasa mengalirkan air mata apabila emak duduk sorang sorang. Saya tak tahu bagaimana nak mententeramkan hati emak kerana adik Ibrahim adalah anak kesayangan emak. Kalau emak suruh, dia akan buat. Tak ada bantahan. Mana kala arwah Mohamed, bila kena marah, sepatah pun dia tak jawab. “YA Allah, berilah ketenangan kepada ibu ku. Dan cucurilah rahmatMU kepada arwah ayah, Mohamed dan Ibrahim dan tempatkan mereka bersama orang orang yang beriman dan soleh. Amin.”


Walaupun emak cuba sembunyikan perasaan dia, tapi dari raut wajah dan mata emak, kesedihan masih terpancar di muka emak. Bacaan yassin adalah peneman beliau setiap hari.  Minggu ini saja emak kerap bertanya bila 100 hari arwah Ibrahim.  24hb April 100 hari arwah Ibrahim. 

Kami mohon ketenangan dari MU ya Allah buat emak dan kami sekeluarga.


No comments:

Post a Comment