7 May 2021 (26 Ramadhan 1442)
Hari yang di nanti nanti kan akhir nya tiba. Tarikh kegembiraan buat kami sekeluarga di mana kelahiran cucu pertama Ihsan Syafi'e. Lahir selepas maghrib jam 6.48 malam ( 7 May 2021 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1442) dengan berat 3.44kg.
Kita (saya, anak dan menantu) lepas subuh pergi ke hospital. Hospital staff nya mesra dan bilik dah di sediakan dan kami yang menunggu dapat rehat.
Sebab bulan Ramadhan, jadi apa yang di buat berdoa doa dan doa. Saya jadi runner untuk anak dan menantu jika ada yang diperlukan disebabkan menantu menemani anak di labour room. Sekali sekala ada juga dia menjengok kita di bilik.
Anak nampak tenang saja walau dia menunggu untuk melahirkan.
Neknda doakan agar Ihsan Syafi'e menjadi anak yang soleh yang mendoakan kedua orang tua, berjaya dunia dan akhiran serta moga mendapat ilmu yang memberi menafaat. YA Allah, berikan dia keahlian dalam agamaMU dan ajarkan dia tafsir kitabMU. Aamiin.
No comments:
Post a Comment