Friday, April 29, 2022

Telinga Hati Tersumbat

 19 April 2022 (17 Ramadhan 1443)


Apa agak nya Telinga Hati Tersumbat? 


Semalam ke Facebook Dato Dr Abu Anas Madani. Seperti biasa mendengar tadabbur Al Quran Surah Al Fussilat.  Bila sampai ke tiga perkataan di atas, terus tersentak.  Apa maksud nya?

Dari penjelasan itu saya dapat ambil iktibar bahawa apa pun nasehat orang kepada kita, telinga kita dah tersumbat dan tidak masok apa apa pun nasehat.  Lebih di takuti bila Allah dah beri kita buta hati dan buta telinga.  Semuga kita dijauhi dari orang seperti ini.

Monday, April 18, 2022

Ihsan Shafi'e

7 May 2021 (26 Ramadhan 1442)


Hari yang di nanti nanti kan akhir nya tiba.  Tarikh kegembiraan buat kami sekeluarga di mana kelahiran cucu pertama Ihsan Syafi'e.  Lahir selepas maghrib jam 6.48 malam ( 7 May 2021 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1442) dengan berat 3.44kg.

Kita (saya, anak dan menantu) lepas subuh pergi ke hospital. Hospital staff nya mesra dan bilik dah di sediakan dan kami yang menunggu dapat rehat. 

Sebab bulan Ramadhan, jadi apa yang di buat berdoa doa dan doa.  Saya jadi runner untuk anak dan menantu jika ada yang diperlukan disebabkan menantu menemani anak di labour room.  Sekali sekala ada juga dia menjengok kita di bilik.

Anak nampak tenang saja walau dia menunggu untuk melahirkan.

Neknda doakan agar Ihsan Syafi'e menjadi anak yang soleh yang mendoakan kedua orang tua, berjaya dunia dan akhiran serta moga mendapat ilmu yang memberi menafaat.  YA Allah, berikan dia keahlian dalam agamaMU dan ajarkan dia tafsir kitabMU.  Aamiin.



Sunday, April 17, 2022

Jejak Palestine

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

salam sejahtera

Dec 2017 adalah tahun yang sangat bermakna buat kami sekeluarga.  Kami sangat bersyukur kerana Allah perkenankan doakan kami untuk ziarah masjid ke-3 yg di syariatkan iaitu Masjid Al Aqsa. 2 tahun sebelum nya kami sudah cuba untuk ke sana, tapi belum diperkenankan.

Kita mengikuti pakage dari Kuala Lumpur Rey-Z, kami 10 orang dan yang lain dari Malaysia.  Teruja ada, berdebar pun ada kerana banyak yang di dengar berkenaan tempat yang di tuju.  Visa kami approved sementara pelawat Malaysia belum ada approval.

Ditakdir kan Allah, kami yg 10 sahaja yg melakukan kembara Palestine ini sementara yg lain menetap d Amman Jordan.  Nikmat yang tak dapat di dustakan. 

Penulisan

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apa ada dengan tulisan?

Setelah beberapa tahun tidak masok dalam blog ini, hati di gamit untuk meliat draft tulisan yang di tulis.

Hari ini Sabtu 16 April 2022 ( 14 Ramadhan 1442), titik tolak saya masok balik untuk blog ini.

Hari ini ada hari permulaan bagi saya mengikuti program Sekolah Penulisan Ramadhan 2022.  Saja nak menimba ilmu penulisan.  Tapi....komitmen tu yang buat saya.....

Hari ini baru tahu rupanya tip penulisan dari Dr Hj Ann, kita kena tulis (paksa diti) setiap hari apa apa saja walau setengah muka ada satu muka.  

Semuga Allah permudahkan dan memberi ilham bagi penulisan ini. Aamiin