Friday, August 30, 2013

Sangkala

Assalam,

Kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2013M / 1434H pada 9hb August.  Cuti awam kita 3 hari dan ia nya menjadi 3 hari sejak tahun lepas.  Ini membuat kan secara purata cuti awam menjadi 5 hari termasok hujung minggu.

Semasa balik kerja, otak masih lagi bercuti dan pekerjaan pun perlahan.

Di tempat saya bekerja ada lah logi gas cecair.  Tiap tiap hari Rabu akan di adakan "Siren Test Drill".  Pada hari itu terlupa.  Ketika itu saya seorang diri berada di surau dan bila terdengar bunyi yang kuat, hati terdetik adakah ini tiupan sangkala.  Cemas!  Saya terus istighfar.  Bila dah tenang, baru ingat ianya "Siren test drill".

Terus saya terfikir bagaimana agak nya diri ini bila tiupan sangkala yang betul tiba.  Sedangkan amalan belum lagi mencukupi...Ya Allah, beri kami kesempatan untuk beribadat kepadaMU.




Sunday, August 11, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H / 2013M

Assalam,

Hari Raya Aidil Fitri jatoh pada hari Jumaat 9hb Ogos 2014.  Terasa sayu hati Ramadhan berlalu.  Semuga segala amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan diterma Allah dan diampunkan dosa dosa.  Amin ya Rabb.

Terasa kehilangan wajah wajah yang dikasihi - ayah Dan dua adik lelaki.  Mereka mendahului kami.  Semuga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang soleh dan beriman.  Moga kita berjumpa di syurga Firdaus, inshallah.

Semuga Allah beri keimanan, ketaqwaan dan kekuatan untuk  istiqamah bagi meneruskan amal ibdah yang dibuat di bulan Ramadhan ke bulan bulan seterusnya hingga ke titik terakhir.  Kami mohon pertolonganMU ya Allah.

Semuga Allah sampaikan ke Ramadhan yang akan datang, inshallah.

Buat emak serta kaum keluarga dan handai taulan,  Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin.