Friday, March 16, 2012

Teganya....

Assalam,

Saya melawat teman yang beberapa minggu ini sibuk dengan segala urusan kerja.  Pada perayaan menyambut hari kebangsaan, beliau solat subuh di masjid di ibu negara.  Semasa solat, beliau kedengaran orang masok bila pintu di tolak beberapa kali.  Beg tangan beliau di sebelah belakang.  Semasa solat tahiyat akhir subuh, beliau perasan yang beg beliau di tarik tapi tak di endahkan kerana tengah solat.  Lepas selesai solat dan berdoa, sangkaan beliau tepat kerana beg beliau hilang di curi orang.  Semua barang barang seperti atm kad, kad pengenalan, lesen kereta, etc di bawa lari.

Tak sangka manusia ini tega mencuri walaupun dalam masjid.  Astaghfirullah!  Kisah wang yang dalam peti didalam masjid memang dah ketahuan di curi orang di mana mana masjid.  Dalang nya orang luar dan terdapat orang dalam juga. 

Teringat saya waktu kecil dulu, pintu rumah memang tak di kunci dan jendela memang di sentiasa di buka.  Tak ada pencuri pun!!  Masa ini, kunci banyak mana pun atau pagar tinggi mana pun;  mereka mereka yang "creative" ini, akan dapat juga memasoki rumah rumah!!

Semuga Allah beri taufiq dan hidayah kepada mereka mereka yang "creative" ini.  Kan baik kalau di gunakan "creative" mereka pada benda benda yang baik baik.  Hati hati lah ketika membawa barang barang yang mustahak dalam masjid.  Operandi mereka mereka ini adalah mereka memerhati siapa siapa yang datang ke masjid dengan membawa beg tangan.  Bila tengah solat, mereka bertindak!  Kalau boleh simpan dalam kereta di boot belakang atau dibawa kerusi.  Ini bagi mengelak mereka pecah masok kereta.  Kalau nak bawa juga dalam masjid, simpan lah di depan kita sujud supaya nampak.  Apa apa pun di mana mana saja kita berada, kena berhati hati.

semuga jadi pengajaran buat kita.




No comments:

Post a Comment