Assalam,
Khamis 1st March 2012 (8hb Rabiulakhir 1433)
Saya dikejutkan oleh adik melalui telefon dengan kabar takziah dimana anak saudara kami yang coma kira kira 4-5 bulan, kembali kerahmatullah. 17 Mar ini adalah hari lahir beliau yang ke 29 tahun. Dia mempunyai seorang isteri dan seroang puteri berumur 2 tahun.
Sayu dan sedih melihat anak yang cerdik ini. Teringat saya akan anak saudara perempuan saya yang di tinggalkan suami kerana kemalangan ketika anak beliau baru berusia setahun lebih. Begitu terkekan nya anak saudara saya. Kini anak beliau dah dalam tingkatan 5. Semuga anak anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah. Sedih juga bila balik dari perkuburan, puteri yang berumur 2 tahun ini bertanya mamanya: "mama, is daddy still sick?"
Inilah akhir kehidupan kita bernama manusia. Cepat atau lambat, kita akan tetap mengalami nya.
Saya bersyukur kehadarat Allah kerana memberi saya mencapai umur lebih 50 tahun. Semuga Allah memberkati umur yang tersisa dengan amal ibadat hanya semata mata kepada NYA. Kami mohon pengampunan MU, ya Allah.
No comments:
Post a Comment