Wednesday, March 7, 2012

akhirnya...

Assalam,


Khamis 1st March 2012 (8hb Rabiulakhir 1433)

Saya dikejutkan oleh adik melalui telefon dengan kabar takziah dimana anak saudara kami yang coma kira kira 4-5 bulan, kembali kerahmatullah.  17 Mar ini adalah hari lahir beliau yang ke 29 tahun.  Dia mempunyai seorang isteri dan seroang puteri berumur 2 tahun.

Sayu dan sedih melihat anak yang cerdik ini.  Teringat saya akan anak saudara perempuan saya yang di tinggalkan suami kerana kemalangan ketika anak beliau baru berusia setahun lebih.  Begitu terkekan nya anak saudara saya.  Kini anak beliau dah dalam tingkatan 5.  Semuga anak anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah.  Sedih juga bila balik dari perkuburan, puteri yang berumur 2 tahun ini bertanya mamanya: "mama, is daddy still sick?"

Inilah akhir kehidupan kita bernama manusia.  Cepat atau lambat, kita akan tetap mengalami nya.

Saya bersyukur kehadarat Allah kerana memberi saya mencapai umur lebih 50 tahun.  Semuga Allah memberkati umur yang tersisa dengan amal ibadat hanya semata mata kepada NYA.  Kami mohon pengampunan MU, ya Allah.



Friday, March 2, 2012

Pelancaran

Assalam,

Rabu 29hb Feb 2012
Selepas solat maghrib bersama Nasreen di masjid Pandan, saya menghantar beliau tusen.  Hati undecided nak solat ishak balik ke masjid Pandan atau ke town di masjid Jamalulalam .  Tak semena mena tangan memutar steering kereta ke kiri.  Saya terus memandu ke Masjid Jamalulalam.

Banyak kereta yang parking di sana.  Selalu nya tak ramai.  Jemaah pun ramai dan di luar masjid ada kemah dengan makanan siap sedia.  Dalam hati, mesti ada function agak nya.

Lepas solat tahiyatul masjid, kedengaran pengumuman dari pembesar suara hari itu adalah hari pelancaran bagi khatam Al Quran 66 kali sempena hari puja usia DYMM yang ke 66 tahun.  Ramai peserta dari seluruh daerah yang turut serta.  Saya berasa seronok sebab dapat sama sama membaca Al Quran bagi pelancaran ini.  Ia dibaca sehingga 6 muka dan disudahi dengan doa sebelum melaung kan azan solat ishak.  Alhamdulillah!  Saya sangat bersyukur dapat mengikuti nya.  Sayang sekali saya lupa bawa camera.

Semuga Allah merahmati dan meredhai semua yang turut serta pada hari itu.  Ianya diadakan berterusan di setiap daerah dan di habiskan sebelum majlis keputeraan baginda bulan Julai.

Thursday, March 1, 2012

Di suatu petang

Assalam,

Di suatu petang tanggal 22hb Feb ketika menghantar anak tusen singgah di masjid solat maghrib.  Bila keluar untuk ke kereta, saya mendongak ke atas dan sunset ketika itu begitu cantik sekali.  Maha Suci Allah!  Syukur ke hadrat Allah atas nikmat mata ini.

Di bawa ini adalah gambar gambarnya:


Masjid Pandan - using auto



using sunset scene


 
Masjid Pandan dari jalan raya


Wednesday, February 29, 2012

Orientasi Khairee

Assalam,

27hb Feb 2012 (5 Rabiulakhir 1433)

Hari yang di tunggu2 dah tiba.  Ini lah hari kemasukan dan pendaftaran buat Khairee bagi memasuki PRA-U1.  Nampak segak dengan kemeja lengan panjang dan seluar panjang warna hijau.  Handsome juga ya anak mama ni!!  Alhamdulillah. 

Group tutor khairee SC2.  Murid murid yang mendaftar ke sekolah ini datang dari semua penuntut dari sekolah sekolah di daerah B.  3 bulan tak berjumpa dengan teman teman, inilah masanya mereka berjumpa.  Tak sangka dulu dia tidor dalam dakapan saya, ini dah remaja.  Semuga berjaya dan selamat dunia akhirat.  Amin

Saya ambil cuti sehari untuk sesi ini disebabkan di sebelah pagi ada taklimat buat ibu bapa.  Sesi orientasi ini bermula disebelah petang 27hb Feb and berakhir 2hb March 2012.  Mereka di pertunjukan di mana kelas, lab dan sebagainya. 

Di bawa ini adalah gambar gambar yang sempat di ambil ketika itu:

Looking for their names at the board for the tutor group




happy to be here.  Seated while waiting for the session to start
 
Ikrar sekolah
break time meeting their ex school mates and ex principal on stage

proud students to enter new school

waiting for group pic to be taken

Group pic with ex princial and new principal



school ground
 
sunrise 28th Feb 2012



Semuga belajar dengan tekun bagi mencapai cita cita Khairee,
Di temukan cikgu cikgu dan kawan kawan yang baik baik,
Di terangkan hati dan lapangkan dada nya,
Mudah memahami apa yang di ajar oleh cikgu cikgu,
Berdoalah sebelum masok belajar.
Semuga Allah permudahkan pembelajaran Khairee.
Semuga berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat.
Semuga menadi anak yang soleh dan jangan tinggal solat.

Tuesday, February 28, 2012

Exhibition

Assalam,

Ahad 19hb Feb kami sekeluarga ke ibu kota melihat education exhibition yang di anjurkan oleh Kementerian Pendidikan.  Berbagai booth pengajian tingkat tinggi dari pejabat swasta dan kerajaan.  Booth dari luar negeri jua ada.  Anak anak datang dengan ibu bapa mereka.  Ia dianjurkan selama dua hari.

Setelah keputusan O dan A level keluar di pertengahan bulan Februari, ibu bapa datang dengan harapan yang tinggi demi anak anak mereka.  Dapat di lihat di tangan anak anak mereka, sijil dalam file yang di bawa.  Macam macam reaksi dapat di lihat dari muka anak anak itu.  Ada gembira dan ada cemas.  Ada yang duduk di booth tertentu menunggu giliran.

Saya sempat bertanya bagi meninggi tahap buat kakak yang ketika ini masih belajar di luar negeri.  Dia kena memohon online, tarikh tutup 4hb April 2012.  Semuga berjaya, Ka!

Aqeel yang kini menduduki tahun akhir A level, turut bertanya untuk pengetahuan beliau.  Dia belum membuat keputusan apa kursus yang nak di ambil nanti.  Harap harap sebelum hujung tahun ni, dia dah dapat buat keputusan.  Harap harap begitulah.

Bagi mereka yang keputusan yang tak seberapa, mujur ibu bapa bekerja dapat juga di hantar ke sekolah swasta.  Yang kesihan mereka yang tak mampu.  Entah apa nak jadi dengan mereka ini.  Ada kah ianya akan menbuat pengangguran meningkat?  Sekolah pengajian tinggi dari setahun ke tahun yang berikut nya, entrance level makin meningkat.  Jadi mereka yang results cukup cukup makan aje, kena cari alternative lain.  Semuga pehak yang berkenaan dapat menangani isu ini.

Sedikit gambar buat hari itu:
His ex ugama mate who is going cross border for his foundation

ICC



Tuesday, February 21, 2012

Happy birthday Amira

Assalam,



 
~  Happy Birthday Amira  ~
~Semuga menjadi anak yang solehah  ~
~  Cemerlang dunia akhirat  ~
~  Di temukan jodoh orang yang soleh  ~
~  Di beri taufiq dan hidayah  ~
~  Dalam rahmat dan perlindungan Allah  ~
~  We love You!!  ~

Friday, February 17, 2012

Keindahan

Assalam,

Dalam kehidupan ini, kita di beri panca indera dan sifat yang cukup oleh Allah.  Macam macam nikmat Allah yang kita dapat.  Seperti panca indera, kesihatan, harta, anak anak, pekerjaan, suami, isteri, dan sebagai nya.

Segala nikmat Allah ini kadang kadang tak diguna dengan betul.  Seperti mata misalnya.  Fungsi mata adalah untuk melihat.  Kadang kita tidak menyelami lebih lanjut akan kegunaan mata.  Dari kita lahir mata ini dah ada pada kita, jadi kita terlupa dan "take for granted" akan nikmat mata.  Kadang kadang kita salah guna mata bagi melihat benda tak senonoh. 

Bila di rumah kita kena "black out - no power electric" misal nya, teruslah masok status kat FB -"Panas lah itulah ini lah."  Pernahkan kita bayangkan bila nikmat mata ini ditarik balik dari kita?  Pernahkah kita terpikir tengah kita memandu kerita, nikmat mata di ambil Allah?  Atau ketika kita pembeli belah, nikmat mata di tarik balik?  Pernahkah kita cuba pejam mata dalam masa 15 minit bagi merasi jika nikmat mata ini di tarik balik?  Apa kah perasaan kita waktu itu?

Kita manusia selalu lupa diri.  Lupa yang kita ini hambaNYA.  Lupa yang rahmat Allah ini melimpah.  Lupa bahawa ada benda yang lebih agong lagi yang sekelip mata boleh menarik balik segala gala nya.  Lupa bersyukur kepada Allah.  Bila terjadi dan di tarik balik oleh Allah baru nak sedar.  Tapi ada juga yang bila dah terkena ujian/musibah, bila dah baik; tak juga sedar dan berubah.  Nauzubillah.

Segala nikmat Allah ini hanya mereka yang selalu muhasabah diri, mereka yang sentiasa ingat akan hari kemudian di akhirat lah yang sentiasa bersyukur.  Bagun saja pagi dah istighfar dan terus bersyukur kepada NYA.  Bibir mereka sentiasa berzikir kepada Allah.  Bila melihat kejadian alam cekrawala seperti langit, awan, bulan, bintang, tanaman, gunung, lautan, sungai dan sebagainya; mereka berasa kerdil sekali.  Mereka sentiasa menginsafi diri.  Dan mereka faham yang mereka dilahirkan tidak lain hanya menyembah kepada yang SATU iaitu Allah, ya Rahman ya Rahim.

Maka marilah kita tengok gambar gambar di bawah ini yang saya ambil.  Ia berupa rasa kesyukuran saya kepada Allah atas NIKMAT MATA yang di anugerahkan kepada saya yang keindahan yang diciptaNYA tiada bandingan.

Kami bersyukur kepada MU, ya Allah.  Kami mohon keampunan Mu Ya Allah.


21 Jan 2012 - 6:21pm sunset

21 Jan 2012 - on the way home at 6:22pm sunset

5 Feb 2012 - 0724am Sunrise.  Just arrive at the Padang for Mauludil Rasul

5 Feb 2012 - SPARK at 1137am

5 Feb 2012 - SPARK 1137am

3 Feb 2012 - Miri, Sarawak at 0948am

9 Feb 2012 - Moon at 0607am

9 Feb 2012 - Moon at 0608am

9 Feb 2012 - sunrise at 0648am
 
9 Feb 2012 - sunrise at 0648am

9 Feb 2012 - sunrise at 0650am