Tuesday, January 9, 2024

CAPAL

 CAPAL



Perasan tak kita bila nak keluar rumah, kita akan pilih kasut / selipar / sandal etc yang sesuai.  Most important yang selesa.  Tapi saya walau yang satu ni dah berusia, saya tetap suka memakai nya kecuali ke majlis formal.


Kekadang anak anak bersuara juga kenapa saya suka pakai yang satu ni😊😊.


Walau dia cuma sepasang capal, jasa nya melekat di hati sebab dia lah temankan saya ketika menuanaikan haji tahun 2009, umrah 2014 (bersama arwah mak dan adik) dan umrah 2019 (bersama anak dan menantu) sehingga sekarang.  Dialah teman setia menemani saya ke hulu ke hilir.  Ia tak dapat membantah walau kemana arah tujuan samada ke tempat kebaikan atau kemaksiatan.  Kalau lah kita dapat mendengar ia berkata kata, tentu ia membantah atau sebalik nya.  Nampak je dia, kenangan akan kembali menerpa.


Simboliknya capal ini, walau tak significant, tapi jasa nya buat saya melihat kepada diri.  Dalam hidup kita, kita punya pilihan untuk memilih: kebaikan atau kemaksiatan; syurga atau neraka.


Mana satu pilihan kita?


Semuga Allah sentiasa membimbing kita untuk ke arah kebaikan dan ke jalan yang lurus serta yang di redhaiNYA.  Aamiin.


Kami mohon keampunan MU ya Allah.  

NIKMAT SYUKUR

Nikmat Syukur




Setiap kali melihat foto ini akan membawa saya ke tahun 2022.  Hari yang sedih buat kami sebab ketika itu cucunda baru berusia 1 tahun 3 bulan.  Dan dia akan d bawa ke kota ratu oleh kedua ummi dan abah atas tugasan.

Yang membuat hati remuk kerena tak dapat memeluk cucunda kerana kami covid +ve kecuali cucunda dan kedua orang tua nya.  Ucapan selamat jalan hanya dengan melihat dia melalui jendela dan menyentuk tangan nya yg kecil di jendela itu.

Alhamdulillah Allah kurniakan lagi usia untuk bertemu mereka tahun lepas 2023 apabila mereka pulang bercuti.

Nikmat Allah yang patut di syukuri.