Di kisah kan oleh emak saya bahawasanya, masa dia budak budak lagi, kisah ini terjadi sebelum emak saya lahir. Tetapi emak saya selalu mendengar kisah ini dari nenek beliau mengenai kisah nenek Mok (adik kepada ayah emak saya) yang bermastautin di Pelembang. Beliau adalah seorang alim di situ. Apa nama kampong nya tidak saya tahu.
Di ketahui bahawa orang islam memang tidak makan daging babi dan ini memang di ketahui oleh orang setempat di kampong nenek Mok.
Suatu hari, nenek Mok di jemput bagi doa tahlil. Selepas doa dan makan, tuan rumah bertanya kepada nenek Mok ada kah sedap makanan yang di makan nya. Nenek Mok pun menjawab dengan ikhlas "sedap". Tuan rumah kemudian memberitahu bahawa yang di makan oleh nenek Mok adalah daging babi dan daging anjing. Saya tidak juga bertanya kenapa tuan rumah itu berbuat sedemikian kepada nenek Mok. Kemungkinan nya ada dua: (1) sengaja menganiaya nenek Mok; atau (2) ingin melihat betul kah tidak mustajab doa nenek Mok yang di kenali alim itu. Wallahualam
Setelah pulang ke rumah, di ceritkan nenek Mok bersolat hajat memohon doa kepada Allah kerana teraniaya. Selepas nenek Mok berdoa entah bila agak nya (entah malam itu juga, atau selepas sehari, atau minggu...) di ceritakan bahawa seluruh kampong itu kedengaran letupan yang begitu dasyat dan di tenggelami air. Letupan itu boleh di dengar hingga ke Sarawak. Siapa terkorban tidak di ketahui. Cerita itu kemudian di ceritakan turun temurun dan di panggil "Lampong Pecah" olah masyarakat Sarawak.
Saya cuba cari kesasihan kisah ini tapi tak jumpa.
Moral of the story:
Doa orang teraniaya dimakbulkan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment