Kita di sebelah asia tenggara memang di kenali dengan sikap bersopan santun, berbudi pekerti and hormat menghormati antara satu sama lain.
Beberapa bulan yang lepas saya dan keluarga bertandang ke kanduri tahlil di ibu negara. Hari itu hari kedua tuan rumah kembali ke rahmatullah. Selepas solat ishak and doa tahlil di baca, tetamu yang di kemah begitu ceria sekali. Ia seperti jamuan menyambut pesta perkahwinan bukan seperti jamuan tahlil. Rioh rendah sekali di tambah dengan gelak tawa. Mula mula saya tak kesah sangat, tetapi bila terdengar gelak tawa orang orang di sekeliling, saya rasa pelik juga. Dalam hati: "Ni kan kenduri arwah. Napa orang hapi sangat?"
Saya pun saling berpandangan dengan adik saya kerana heran dengan keolahan tetamu - tak semua lah tetamu macam itu. Bila saya pikir pikir kalau di daerah saya, tetamu nya walau bercerita atau bersembang pun mereka agak tertib sekali. Suara tak tinggi, cuma berbisik dan senyum aje. Dari raut wajah kita dapat lihat ada yang musahabah diri, ada yang walau duduk diam diam tapi mulut nya membaca sesuatu. Agak nya sedekah Al Fatihah atau berzikir atau terpikir: "kalau ini lah kenduri arwah untuk aku, ada kah orang gelak atau sedekah Al Fatihah buat aku?" Jelas sekali ini memang lain dari yang lain. I was shocked! This was my first encounter.
The next day, saya cerita kat abang saya and he said: "Memang pun." Dia pun buka cerita bahawa kat certain kampong, sekiranya ada orang meninggal dunia pada tengah malam dan mayat nya cuma dapat di kendalikan pada esok hari, orang2 yang menunggu itu ada sebilangan mereka bermain daun terup bukan nya membacakan surah yasin. Istighar saya di buat nya. Tapi tak semua cam tu, ada yang tau selok belok ugama mereka memang membaca surah yasin untuk arwah.
Beberapa minggu yang lepas, saya menghadiri kenduri tahlil lagi. Kali ini di tempat lain di ibu negara juga. Selepas solat ishak, tetamu dari dalam rumah akan keluar dan duduk di khemah yang di sediakan. Apabila di persilakan makan, masing masing akan ke meja untuk mengambil makanan. Yang mengejutkan saya ialah tetamu yang lain belum lagi mengambil makanan, ada sesetengah tetamu tanpa segan silu mengeluarkan plastic (yg di bawa sendiri) untuk "tapau" or "take away" makanan yang di atas meja. Ada yang sorang tu hingga sudu atau cawan terjatoh masa dia sibuk membungkus makanan. Tak lari makanan tu mak cik oi!! Really really shocking to see this kind of behaviour. Dia buat muka selamba je!! Lain lah kalau sudah selesai makan mereka membungkus makanan, itu saya tak heran lah. Memang pun lazim nya tuan rumah akan sediakan plastic. Ini sebalik nya. Manusia..manusia....
Tetamu yang duduk sebelah adik saya lagi best. Dia ambil makanan sehingga penuh pingan nya. Dalam hati adik saya, "lapar betul orang ni! Boleh abis ke?" Melopong mulut adik saya di buat nya. Rupanya sambil dia makan sambil dia simpan dalam plastic yang dia bawa sendiri. Bila dia menoleh ke arah adik saya, tak segan pula tu dengan muka selamba bertanya: "tak makan?" Adik saya senyum je....hee..hee
moral of the story:
Jaga lah tingkah laku dan tata terbit ketika kenduri kendara
Hormati lah orang lain
Harus ada sikap malu tertanam dalam diri
i encountered that too recently at one of my cousin's tahlil di perumahan rimba (the ones pasal tapau atu)..i was shocked like you too..i didn't have the chance to try most of the desserts..abis masuk lam plastic!! rupanya their "culture"..emm not a good example being a Bruneian!!
ReplyDelete