Assalam,
26th April 2012
Semasa berada di UK, saya dapati banyak perubahan. Yang ketara memang lah pembangunan negeri itu. Bagi saya yang sudah lama tidak ke UK, sekitar 24-25 tahun, kini teknologi memain peranan.
Masa saya belajar dulu, computer cuma ada di perpustakaan. Itu pun boleh di kira berapa biji. Kena berebut pula bila nak menggunakan nya. Kadang kaang kena tunggu berhari hari untuk menggunakannya. Sekarang tiap seorang pelajar dengan laptop masing masing di bawa ke hulu ke hilir.
Dulu kalau nak telefon balik kampong sebulan sekali. Masa bercakap tak sampai 10 minit habis GBP20. Surat dikirim setiap minggu. Bila postman datang masa hari sabtu, kita berlari turun bila mendengar 'letter box" ada benda masok. hee..hee.. Sekarang ini tak payah tulis surat. Berita keluarga boleh di dapati dengan cepat sekali dengan menggunakan skype, viber, whatsapp, dan macam macam lagi melalui internet dan free pula tu.
Tiket keretapi dulu bila nak beli kena pergi train station. Sekarang ni, tiket kapal terbang, tiket keretapi, tiket bas, semua melalui 'online'. Nak order makan pun online. Pokok nya tak yah keluar rumah pun boleh. Nak beli handphone ke dan sebagai nya semua online. Senang! Tapi saya seorang yang suka "window shopping". Lebih lebih lagi kedai buku. WH Smith, memang jadi tumpuan hujung minggu, sehinggu duduk di satu sudut untuk membaca buku jika tak mampu nak beli.
Apa apa pun, ia kisah di suatu masa dulu.... Tapi saya bila belayar ke luar negeri, mesti mengirim pos kad ke rumah untuk kenangan and yang penting setem nya. Kini anak anak turut ikut bila mereka membuat lawatan ke luar negeri.
Walau pun kita mengikut arus kecangihan benda benda IT, I am still ME. Taking pictures is still a hoby of mine....Sampai anak anak bosan kena suruh berhenti untuk bergambar...Its just me making sure every moments are captured...I know one day they will look at the pictures.