Wednesday, September 11, 2013

Bersiar dengan nenek

Assalam
26.4.2013

Ianya hari Sabtu.  Adik ketika ini berkursus di Holland.  Emak masih di landa sedih kerana pergi nya dua adik lelaki bulan Nov 2012 dan Jan 2013 selepas pemergian ayah Jan 2011.

Untuk menghiburkan hati emak, saya dan kakak membawa emak ke ibu kota bagi pengurusan yang tergendala beberapa minggu.  Pengurusan saya hanya sekejap sahaja iaitu jam 9pagi sudah selesai.

Selepas itu saya terus bertanya kepada emak kemana dia hendak pergi.

Akhirnya emak minta dibawa ke Pantai Serasa.  Kami papah emak pelan pelan dan kami duduk ditemankan angin angin sepoi bahasa. Pemandangan laut begitu tenang.  Ketika itu cuma ada pekerja yang membersih kawasan pantai sahaja.  Lama kami duduk di situ. 

Emak tahu ayah memang suka ke pantai.  Semasa ayah masih sehat, tiap hari ayah akan ke pantai bagi memastikan laut tenang sebelum turun ke laut untuk memukat/mengikis.  Ia kenangan yang tidak dapat di lupakan. 60 tahun mereka hidup bersama.  Kenangan manis dan pahit tetap di hati. 

Adik adik lelaki pula sentiasa membawa emak kesana kemari apabila kami bekerja.  Kini mereka sudah tiada, emak rasa patah kaki kerana teman berjalan tidak ada.  Lebih lebih lagi mereka berdua sentiasa berada dirumah bersama beliau dan tidur sebilik dengan beliau.

Ya Allah, KAU berilah ketenangan jiwa buat emak dalam menempuh hari hari seterusnya.
Berilah emak kesihatan yang berkekalan bagi beribadat kepada MU.
Ampunkanlah dosa dosa kedua orang tua ku sebagaimana mereka memelihara ku sejak kedil lagi.
Tempatkanlah mereka bersama orang orang yang soleh dan beriman.
Masokan lah mereka kedalam syurga firdausMU tanpa hisab.
Amin amin yaarabbal alamin

Bon Voyage Aqeel

Assalam,

Friday 6th September ( 30hb Syawal 1434) was the special day Aqeel has been waiting for.  This is the day she finally flew to further her studies.

Bon Voyage Aqeel

May you stay healthy,

Happy as always,

and  wishing you every success in your studies and future undertakings.

Semuga Allah beri kesihatan yang berkekalan,

Semuga berjaya dunia akhirat,

Sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah,

Teguh iman dalam menghadapi kehidupan di luar sana.

Amin amin ya Rabb