Wednesday, February 29, 2012

Orientasi Khairee

Assalam,

27hb Feb 2012 (5 Rabiulakhir 1433)

Hari yang di tunggu2 dah tiba.  Ini lah hari kemasukan dan pendaftaran buat Khairee bagi memasuki PRA-U1.  Nampak segak dengan kemeja lengan panjang dan seluar panjang warna hijau.  Handsome juga ya anak mama ni!!  Alhamdulillah. 

Group tutor khairee SC2.  Murid murid yang mendaftar ke sekolah ini datang dari semua penuntut dari sekolah sekolah di daerah B.  3 bulan tak berjumpa dengan teman teman, inilah masanya mereka berjumpa.  Tak sangka dulu dia tidor dalam dakapan saya, ini dah remaja.  Semuga berjaya dan selamat dunia akhirat.  Amin

Saya ambil cuti sehari untuk sesi ini disebabkan di sebelah pagi ada taklimat buat ibu bapa.  Sesi orientasi ini bermula disebelah petang 27hb Feb and berakhir 2hb March 2012.  Mereka di pertunjukan di mana kelas, lab dan sebagainya. 

Di bawa ini adalah gambar gambar yang sempat di ambil ketika itu:

Looking for their names at the board for the tutor group




happy to be here.  Seated while waiting for the session to start
 
Ikrar sekolah
break time meeting their ex school mates and ex principal on stage

proud students to enter new school

waiting for group pic to be taken

Group pic with ex princial and new principal



school ground
 
sunrise 28th Feb 2012



Semuga belajar dengan tekun bagi mencapai cita cita Khairee,
Di temukan cikgu cikgu dan kawan kawan yang baik baik,
Di terangkan hati dan lapangkan dada nya,
Mudah memahami apa yang di ajar oleh cikgu cikgu,
Berdoalah sebelum masok belajar.
Semuga Allah permudahkan pembelajaran Khairee.
Semuga berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat.
Semuga menadi anak yang soleh dan jangan tinggal solat.

Tuesday, February 28, 2012

Exhibition

Assalam,

Ahad 19hb Feb kami sekeluarga ke ibu kota melihat education exhibition yang di anjurkan oleh Kementerian Pendidikan.  Berbagai booth pengajian tingkat tinggi dari pejabat swasta dan kerajaan.  Booth dari luar negeri jua ada.  Anak anak datang dengan ibu bapa mereka.  Ia dianjurkan selama dua hari.

Setelah keputusan O dan A level keluar di pertengahan bulan Februari, ibu bapa datang dengan harapan yang tinggi demi anak anak mereka.  Dapat di lihat di tangan anak anak mereka, sijil dalam file yang di bawa.  Macam macam reaksi dapat di lihat dari muka anak anak itu.  Ada gembira dan ada cemas.  Ada yang duduk di booth tertentu menunggu giliran.

Saya sempat bertanya bagi meninggi tahap buat kakak yang ketika ini masih belajar di luar negeri.  Dia kena memohon online, tarikh tutup 4hb April 2012.  Semuga berjaya, Ka!

Aqeel yang kini menduduki tahun akhir A level, turut bertanya untuk pengetahuan beliau.  Dia belum membuat keputusan apa kursus yang nak di ambil nanti.  Harap harap sebelum hujung tahun ni, dia dah dapat buat keputusan.  Harap harap begitulah.

Bagi mereka yang keputusan yang tak seberapa, mujur ibu bapa bekerja dapat juga di hantar ke sekolah swasta.  Yang kesihan mereka yang tak mampu.  Entah apa nak jadi dengan mereka ini.  Ada kah ianya akan menbuat pengangguran meningkat?  Sekolah pengajian tinggi dari setahun ke tahun yang berikut nya, entrance level makin meningkat.  Jadi mereka yang results cukup cukup makan aje, kena cari alternative lain.  Semuga pehak yang berkenaan dapat menangani isu ini.

Sedikit gambar buat hari itu:
His ex ugama mate who is going cross border for his foundation

ICC



Tuesday, February 21, 2012

Happy birthday Amira

Assalam,



 
~  Happy Birthday Amira  ~
~Semuga menjadi anak yang solehah  ~
~  Cemerlang dunia akhirat  ~
~  Di temukan jodoh orang yang soleh  ~
~  Di beri taufiq dan hidayah  ~
~  Dalam rahmat dan perlindungan Allah  ~
~  We love You!!  ~

Friday, February 17, 2012

Keindahan

Assalam,

Dalam kehidupan ini, kita di beri panca indera dan sifat yang cukup oleh Allah.  Macam macam nikmat Allah yang kita dapat.  Seperti panca indera, kesihatan, harta, anak anak, pekerjaan, suami, isteri, dan sebagai nya.

Segala nikmat Allah ini kadang kadang tak diguna dengan betul.  Seperti mata misalnya.  Fungsi mata adalah untuk melihat.  Kadang kita tidak menyelami lebih lanjut akan kegunaan mata.  Dari kita lahir mata ini dah ada pada kita, jadi kita terlupa dan "take for granted" akan nikmat mata.  Kadang kadang kita salah guna mata bagi melihat benda tak senonoh. 

Bila di rumah kita kena "black out - no power electric" misal nya, teruslah masok status kat FB -"Panas lah itulah ini lah."  Pernahkan kita bayangkan bila nikmat mata ini ditarik balik dari kita?  Pernahkah kita terpikir tengah kita memandu kerita, nikmat mata di ambil Allah?  Atau ketika kita pembeli belah, nikmat mata di tarik balik?  Pernahkah kita cuba pejam mata dalam masa 15 minit bagi merasi jika nikmat mata ini di tarik balik?  Apa kah perasaan kita waktu itu?

Kita manusia selalu lupa diri.  Lupa yang kita ini hambaNYA.  Lupa yang rahmat Allah ini melimpah.  Lupa bahawa ada benda yang lebih agong lagi yang sekelip mata boleh menarik balik segala gala nya.  Lupa bersyukur kepada Allah.  Bila terjadi dan di tarik balik oleh Allah baru nak sedar.  Tapi ada juga yang bila dah terkena ujian/musibah, bila dah baik; tak juga sedar dan berubah.  Nauzubillah.

Segala nikmat Allah ini hanya mereka yang selalu muhasabah diri, mereka yang sentiasa ingat akan hari kemudian di akhirat lah yang sentiasa bersyukur.  Bagun saja pagi dah istighfar dan terus bersyukur kepada NYA.  Bibir mereka sentiasa berzikir kepada Allah.  Bila melihat kejadian alam cekrawala seperti langit, awan, bulan, bintang, tanaman, gunung, lautan, sungai dan sebagainya; mereka berasa kerdil sekali.  Mereka sentiasa menginsafi diri.  Dan mereka faham yang mereka dilahirkan tidak lain hanya menyembah kepada yang SATU iaitu Allah, ya Rahman ya Rahim.

Maka marilah kita tengok gambar gambar di bawah ini yang saya ambil.  Ia berupa rasa kesyukuran saya kepada Allah atas NIKMAT MATA yang di anugerahkan kepada saya yang keindahan yang diciptaNYA tiada bandingan.

Kami bersyukur kepada MU, ya Allah.  Kami mohon keampunan Mu Ya Allah.


21 Jan 2012 - 6:21pm sunset

21 Jan 2012 - on the way home at 6:22pm sunset

5 Feb 2012 - 0724am Sunrise.  Just arrive at the Padang for Mauludil Rasul

5 Feb 2012 - SPARK at 1137am

5 Feb 2012 - SPARK 1137am

3 Feb 2012 - Miri, Sarawak at 0948am

9 Feb 2012 - Moon at 0607am

9 Feb 2012 - Moon at 0608am

9 Feb 2012 - sunrise at 0648am
 
9 Feb 2012 - sunrise at 0648am

9 Feb 2012 - sunrise at 0650am



Tuesday, February 14, 2012

Registration Day - Khairee



~  Registration day for Khairee  at Samsa  ~

~  Mama doakan semuga tetap iman  ~

~  Semuga cemerlang dalam apa juga bidang yang di cerburi  ~

~  semuga tabah menempuh hidup ini  ~

~  Belajar lah berdikari demi mencapai cita cita  ~

~  Semuga di pertemukan dengan guru guru dan kawan kawan yang baik baik  ~

~  Solat & doa jangan tinggal  ~

~  Zikir jangan lupa  ~

~  Semuga berjaya di peringkat A level dan seterus nya  ~

~  All the best and take care  ~


see pics of the day activities:


Talking with his mates while awaiting for the door of the multipurpose hall to open for registration

After registration, waiting to get clarification from career officer

Back to Khaire old school to get principal's signature for the entrance for to Samsa - happend to Zura & Nasreen

Khairee with his juniors who will be taking O level this year - Good Lucks boys!!

12 Feb - celebrate khairee success.  Aqeel didn't want to follow. So we ordered take away for her.
 



Thank you to all the teachers in helping us to become what we are today.  You will always be remembered.

Sunday, February 12, 2012

Pergi Mu Tanpa Berita

Assalam,
Anime Muslim Girl
Tanggal 8hb Feb 2012 (15 Rabiulawal 1433).  Bererti sudah 30 hari beliau pergi.  Kali terakhir saya menerima sms beliau adalah pada hari jumaat 13hb Jan 2012 sebelum solat Jumaat.  Rupa rupanya inilah kali terakhir berita dari beliau.

Catatan kali ini merupakan sesuatu yang dekat di hati.

1983 adalah pertama kali saya mengenali beliau.  Dia memasuki batch kami terus ke tahun 2.  Dia seorang yang sopan, pendiam dan baik hati.  Kita menjadi kawan rapat lebih lebih lagi kita tinggal serumah. Waktu sekolah di sini, kadang kadang di hujung minggu kita pergi trekking atau jalan jalan.  Suatu kenagan yang manis...

Kita juga sama sama melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan bekerja di syarikat yang sama.  Boleh dikatakan kita "look out for each another" bila di luar negeri.

28 tahun mengenali beliau, walaupun saya sudah berumah tangga, kita tetap berhubung antara satu sama lain.  Kalau tidak dengan SMS, dengan email.  Bila dah teringin nak dengar suara, kita berhubung melalui telefon.  Kadang kadang seminggu sekali sekadar nak tanya kabar berita.  Atau pun bertanya kabar teman teman yang lain dan sebagainya.  Ada beberapa kali kita keluar makan tapi tak selalu memandangkan semua sibuk dengan hal masing masing.

Semasa di luar negeri kita mengambil kesempatan buat lawatan bersama.  Ia memang tak dapat dilupakan lebih lebih lagi ketika lawatan ke Morocco dan Mesir.

Yang menjadi terkesan di hati ialah tahun 2009.  Dimana tanpa di rancang kita sama sama menunaikan fardhu haji.  Ini kali pertama buat saya dan suami.  Sementara beliau sudah pernah menunaikan haji dan beberapa kali menunaikan umrah bersama ibu bapa beliau (Al Fatihan buat ibu bapa beliau yang sudah meninggal dunia).  Boleh dikatakan dia adalah my "soul buddy".  Jika penyakit "malas" datang; dia lah sebagai pemberi motivasi dan sebalik nya.  Ini lah yang buat saya terkenangkan beliau.  Kadang kadang semasa bebual, kita bisa terasa sebak bila terkenang kan usia sudah kian dekat menuju kejalan penamat.  Dan persediaan untuk ke situ belum pun cukup lagi.  Kita selalu berpesan pesan antara satu sama lain bagi mencari redha Allah.  Kita saling menghadiahkan antara satu sama lain benda benda seperti buku dan CD.

Tetapi, tahun 2010 adalah "turning points" dimana bila berbual dengan beliau, soalan beliau lain macam. I can sense something was amissed.  Ada sesuatu yang beliau tak nak ceritakan.  Saya tak nak tekan lebih lanjut.  Saya beri dia masa untuk menyatakan dan menceritakan atau meluahkan nya.  Sehingga kini saya tak tahu apa permaslahan nya.  Semuga sahabat mu menjumpai jalan keluar atas permaslahan yang di hadapai.

Di penghujung 2011, apabila menghantar email kepada beliau, autoreply nya tertera: "cuti panjang".  Saya called dan tanya sama ada dia nak pergi umrah.  Dia kata, "Tak lah, kalau pergi mesti I tell u."
  
Semasa beliau cuti I called and sms.  Tetapi tiada balasan.  Saya bertambah gelisah kerana selalu nya mesti dia balas balik kalau nampak miss call atau sms dari saya.  Saya cuba tanya dengan dua of our closest friends.  Mereka pun sama juga - tak tahu apa apa.  Dengar berita semasa saya kursus kebetulan jumpa boss dia, saya bertanya akan sahabat saya.  Katanya, kawan saya dah hantar surat letak jawatan di bulan  Disember 2011.  Hati tersentak dan sedih sebab dia tak beritahu walaupun sebelum ini pernah beliau menyatakan nak berhenti.  Tapi saya terfikir ia secepat itu.

Tapi the big "bomshell" ialah pada 13 Jan 2012, setelah sms demi sms di kirim kepada beliau tanpa balas, akhirnya sms saya berbalas dengan ungkapan: "Saya dah kawin."  Perasaan bercampur baur antara gembir dan sedih.  Gembira kerana beliau sudah bertemu jodoh.  Sedih...ya sedih...kerana sebagai kawan rapat, dia tak beritahu langsong dia berhenti kerja dan nak kawin.  Dan yang paling paling saya sedih sekali "Tiada ucap selamat jalan atau selamat tinggal".  Saya tak tahu siapa suami beliau.  Saya tak tahu dimana beliau berada dan FB akaun pun dah di tutup.  Where ever you are, my dearest friend, do send us your news.

Kadang kadang saya tinjau tinjau juga kalau kalau ada kerita beliau bila saya pergi ke pejabat kerana kita pergi ke arah yang bertentangan.  Tapi ia tak kan berlaku kerana ianya hanya tinggal kenangan, termasuk buku2 yang beliau beri dan CD Al Mathurat (Raihan) yang beliau hadiahkan kepada saya pada tahun lepas pada hari kelahiran saya.  Air mata menitis mengenangkan beliau.  Saya cuma mampu berdoa, semuga dikau dalam peliharaan Allah hendaknya.

Sahabat ku, adakah kita akan berjumpa lagi?? Adakah daku dapat melihat senyum tawa mu?  Semuga Allah izinkan, insya Allah.

Sekiranya sahabat ku membaca coretan ini, we all miss you. Balik lah jika ada kesempatan.  Saya memohon kemaafan di atas luahan di blog ini. 



Buat teman ku yang di kasihi:

Semuga kau berbahagia di kehidupan baru mu dengan suami tersayang,
Bersabar lah dalam hidup berumah tangga,
Mohon kepada NYA atas apa jua permaslahan atau ujian yang datang,
Semuga Allah curahkan rahmat dan kasih sayang NYA kepada kamu berdua,
Semuga dalam perlindungan Allah di mana saja kau berada,
Hanya kepada Allah aku serah kan dikau, sahabat ku.
Tahniah


Friday, February 10, 2012

Congrats




~  Tahniah kepada  ~

~  Aqeel on passing her AS  ~

~  Khairee on passing his O level  ~

~  Semuga anakanda maju jaya di peringkat seterusnya  ~

~  Tabahkan hati dalam kehidupan  ~

~  Semuga ditemukan dengan guru guru dan sahabat handai yang prihatin  ~

~  Belajar rajin rajin semoga cemerlang dalam pelajaran A level ~

~  semuga berjaya dunia dan akhrat  ~ 

~ All the best and take care ~

Monday, February 6, 2012

Perarakan

Assalam

12 Rabiulawal 1433



Awal pagi lagi kami sudah ke padang bagi mengikuti Maulidul Rasul kita Nabi saw yang di kasihi.  Selawat dan salam kepada baginda serta keluarga dan sahabat sahabat baginda.

Tahun ini kaum adam berarak lalu dan di tutup dengan marhaban.  Sememntara kaum wanita mendengar forum dengan dua orang panel jemputan khas, dan di sudahi dengan tausyeh, nashid dan marhaban.

Tajuk forum kali ini "Muslimah Solehah Obor Ummah" suatu ceramah yang menarik lebih lebih lagi bagi memberi kesedaran kepada anak remaja zaman ini.  Semuga mereka dan kita mendapat menafaat dari forum tersebut

Di bawa ini ada lah sebahagian dari gambar gambar yang di ambil di dewan tersebut.


5hb Feb 2012 (12 Rabiulawal 1433) Sunrise
   
Tajuk forum 


Panel pada forum hari itu