Assalam,
Hari yang di nanti nantikan tiba akhirnya pada hari ini 27hb July 2011. Saya mengenali mereka dari buku buku dan TV. Buku buku mereka ada yang dibaca sehingga beberapa kali kerana tips yang di berikan amat berguna bagi saya.
Di sebelah pagi tadi saya mengikuti mesyuarat bagi memasti kan semuanya disediakan bagi kedatangan mereka. Tak sabar rasa nya. Dari semalam saya sudah tak senang duduk ditakuti akan ada halangan seperti flight delay dan sebagai nya. Selepas mesyuarat, saya singgah ke rumah dan dalam jam 11.30 pagi; saya bertolak ke ibu kota bagi menyambut mereka di lapangan terbang. Sepanjangan perjalanan bibir tak henti henti berdoa dan berzikir moga Allah permudahkan semuanya.
Rasa macam tak percaya, bila meliat mereka di depan mata ketika keluar dari pintu ruang ketibaan. Rasa nak menjerit ada, nak menangis pun ada.
Mereka di tempatkan di hotel terkemuka di Hotel Rizqun.
Selamat datang buat Prof dan keluarga dan terima kasih banyak banyak menghadiahkan buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang di sertakan dengan kata kata dan autograph sekali.
Semoga prof & keluarga di rahmati Allah. Amin